Sepanjang semester ini, saya sering mengeluh dengan masa yang tidak cukup dan pelbagai perkara yang menguji diri saya. Kesibukan yang saya lalui setiap hari membuatkan saya hampir terlupa kepada nikmat yang Allah berikan. Setelah hilang satu nikmat (lapang), petang semalam satu lagi nikmat ditarik oleh-Nya – nikmat sihat. Benarlah kata orang, ‘kesihatan itu ibarat mahkota yang berada di atas kepala orang sihat dan hanya orang sakit sahaja yang dapat melihat mahkota itu’. kesakitan semalam telah membuatkan saya tersedar daripada ‘mimpi’. Alhamdulillah, kesakitan semalam juga telah mengingatkan saya tentang nikmat yang saya sering terlupa. Terima kasih Ya Allah!
Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Dua kenikmatan yang sering membuat manusia tertipu ialah sihat dan waktu kosong.” (Riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas)
~Ingat 5 Sebelum 5 ~
Lapang sebelum sempit.
Sihat sebelum sakit.
Kaya sebelum miskin.
Muda sebelum tua.
Hidup sebelum mati.
No comments:
Post a Comment