Popular Posts

Monday, October 18, 2010

Jangan buat 'peace' lagi..

Salam,
Hari ni saya nak kongsikan sesuatu dengan anda - tentang tanda 'peace' yang kita selalu buat bila bergambar. Artikel ini saya peroleh semasa mengikuti satu program di sebuah sekolah. Mengapa kita tak boleh buat 'peace' bila bergambar ya? Untuk maklumat yang lebih lanjut, jom baca artikel di bawah ini..

-------------------------------------------------------------------------------------




Jangan tunjuk ‘Peace’ kerana…

Simbol ini berasal daripada syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden Amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya ialah symbol gerakan Illuminati. Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) ialah tanda huruf Roman yang bermaksud 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (hukum Lima).



Dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail ialah salah satu tanda rahsia syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu ialah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah daripada simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (anti-Christ). Mereka mengambil salib kristian, mematahkannya ke atas dan menterbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud: Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).

-------------------------------------------------------------------------------------

Astaghfirullah.. Saya sendiri pun pernah buat 'peace' bila bergambar. InsyaAllah, lepas dah tahu hal ni saya akan cuba elakkannya. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....