Tuesday, October 21, 2014

Dunia Sebentar Cuma



Sungguh pada hari ini Aku memberi balasan kepada mereka, kerana kesabaran mereka; sungguh mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan.

Dia (Allah) berfirman, “Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?”

Mereka menjawab, “Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada mereka yang menghitung.”

Dia (Allah) berfirman, Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar saja, jika kamu benar-benar mengetahui.”

Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
(Al-Mu’minun: 111-115)

P/s: Susah, sakit, pedih, sedih, derita… semua itu hanyalah sementara kerana dunia ini sebentar cuma. Allahu… Dialah yang Maha Mengetahui segala isi hati. T_T

Saturday, January 25, 2014

Awas! Jaga Lisan & Perbuatan.



Assalamualaikum w.b.t…

Alhamdulillah, akhirnya berpeluang juga untuk menulis hari ni.. Pelbagai perkara yang berlaku baru-baru ni dan saya kadangkala tak dapat mengawal emosi sendiri untuk berdepan dengan situasi yang menguji.
Hmmm, disebabkan perasaan dan hati yang selalu terguris dan sakit ni saya nak menyentuh mengenai topik lisan dan perbuatan seorang muslim.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan dalam sebuah hadis yang bermaksud,

“Seorang muslim adalah seseorang yang orang muslim lainnya selamat dari gangguan lisan dan tangannya.” (H. R. Bukhari dan Muslim)
Lisan dan tangan di sini bukan hanya bermaksud perkataan yang diucapkan oleh seseorang, tapi juga tulisan hasil tangannya sendiri. Kadangkala mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang – terus tembus dan menusuk ke hati. Jadi, beringatlah sebelum menulis. Jangan sampai tulisan kita (blog, sms dan sebagainya) bisa membuatkan air mata orang lain mengalir dan memberi tekanan perasaan pada orang lain.

Jangan lupa, apa yang kita lakukan setiap saat dihitung oleh malaikat dan malaikat tak pernah sesekali lalai dalam menjalankan tugasnya.

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya, (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk disebelah kanan dan yang lain duduk disebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (Qaf : 16-18)

Diam itu emas. Kalau tidak ada kepentingan untuk bercakap, lebih baik diam. Diam lebih selamat.
Sesungguhnya seorang hamba yang mengucapkan suatu perkataan yang tidak difikirkan apa kesan-kesannya akan membuatnya terjerumus ke dalam neraka yang dalamnya lebih jauh dari jarak timur dengan barat.” (H. R. Bukhari dan Muslim)

“Orang yang berakal selayaknya lebih banyak diam daripada bicara. Hal itu kerana betapa banyak orang yang menyesal kerana bicara, dan sedikit yang menyesal kerana diam. Orang yang paling celaka dan paling besar mendapat bahagian musibah adalah orang yang lisannya senantiasa berbicara, sedangkan fikirannya tidak mahu jalan”.. Lisan seorang yang berakal berada di bawah kendali hatinya. Ketika dia hendak berbicara, maka dia akan bertanya terlebih dahulu kepada hatinya. Apabila perkataan tersebut bermanfaat bagi dirinya, maka dia akan bebicara, tetapi apabila tidak bermanfaat, maka dia akan diam. Adapun orang yang bodoh, hatinya berada di bawah kendali lisannya. Dia akan berbicara apa saja yang ingin diucapkan oleh lisannya. Seseorang yang tidak mampu menjaga lidahnya bererti tidak faham terhadap agamanya” (Imam Abu Hatim Ibnu Hibban Al-Busti)

“Seseorang yang baik perkataannya dapat aku lihat dari amal-amal perbuatannya, dan orang yang buruk perkataannya pun dapat aku lihat dari amal-amal perbuatannya.” (Yahya bin Abi Katsir)
Cukuplah seseorang dikatakan buruk jika sampai menghina saudaranya sesama muslim. Seorang muslim wajib menjaga darah, harta dan kehormatan orang muslim lainnya.” (H. R. Muslim) 
Wallahu’alam…

Friday, November 8, 2013

Manusia vs Robot



Manusia umpama robot. Robot umpama manusia. Eh?





Setiap hari kita lakukan rutin yang sama. Hampir setiap hari – bangun pagi, gosok gigi, mandi, buat kerja, rehat, tidur.

Robot – on (bangun daripada tidur), buat kerja, off (tidur). Erk, sama je kan dengan manusia. Cuma bezanya robot tak gosok gigi dan mandi macam manusia =p

Eh, cop! Tapi ada satu rahsia yang buatkan manusia ni SPECIAL daripada robot.

Pssst, nak tahu tak apa rahsianya?

Manusia kena beribadah pada Allah. Hari-hari kita solat, zikir, belajar (niat ibadah), dan sebagainya.
Haaa, itulah rahsianya! Manusia ada akal dan tujuan utama manusia diciptakan adalah untuk beribadah kepada Allah.

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.”
(Al-Dzariyat: 56)

Errr, jadi orang yang tak solat, tak puasa tu hidup macam robotlah ya? Setiap hari buat benda yang sama sampai ke akhir hayat… Hurm, make sense. 

Na’uzubillahiminzalik…


Ehem, jadi…. Kalau tak nak jadi macam robot rajin-rajinkanlah memaknakan kehidupan anda di dunia ni dengan beribadah kepada Allah. Setiap pekerjaan yang kita lakukan jika diniatkan kerana Allah, insya Allah akan beroleh ganjaran dari-Nya…

P/s: Hidup biar bermanfaat, walaupun manfaat itu kelihatannya sedikit. Jangan hiraukan pandangan manusia, tetapi hiraukan pandangan Allah kerana hanya Dia yang akan menolong kita di sana nanti.

“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin.”
(Al-Dzariyat: 55)



Tuesday, October 22, 2013

Ibu Tua Itu



Ibu tua itu masih setia menanti
Menunggu kehadiran si anak kesayangan yang terlalu dirindui
Sesekali dia menjenguk ke luar jendela
Dia tampak resah bagai ibu kucing kehilangan anaknya

Jika ditanyakan sesuatu bagi memulakan bicara
Ibu tua itu lantas menjawab acuh tak acuh
Tidak suka orang mengganggu dunianya
Biarlah dia memikirkan tentang si anak seenaknya

Dan aku masih di sini
Tidak tahu apa yang harus kuperbuat
Aku galau memerhatikan si ibu tua
Ingin menolong tapi tiada mampu

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan
Kekuatan untuk menghadapi segala macam persekitaran
Aku hampir tidak keruan
Mencari jalan dan arah tujuan

 



Sunday, October 6, 2013

Alhamdulillah, finally...!



Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah, pejam celik rupa-rupanya sudah 2 tahun saya berada di bumi Gombak demi menyambung pengajian di peringkat sarjana. Sungguh cepat masa berlalu. Dan sekarang, saya sedang menghabiskan hari-hari terakhir di sini. InsyaAllah, besok saya akan meninggalkan UIA Gombak. Sedih… Walaupun hanya 2 tahun di sini, pengalaman yang saya lalui tidak terhitung nilainya. Saya banyak belajar tentang manusia dan kehidupan di UIA yang berbeza.

UIA Gombak dan UIA Kuantan – kedua-duanya kelihatan sama, tetapi mereka sebenarnya amat berbeza. Saya bersyukur kerana diberikan kesempatan oleh Allah untuk mengenali kedua-duanya – tempat, suasana, budaya dan orang-orangnya. 

InsyaAllah, saya akan berkonvokesyen pada 16 November 2013. Alhamdulillah sempat juga berkonvo tahun ini selepas beberapa baldi air mata tumpah untuk menyiapkan project paper. Hehe..

Ehem.. Terasa nak buat ucapan penghargaan pulak kat sini :p

Pertama sekali, terima kasih Allah untuk anugerah kehidupan dan nikmat tak pernah putus yang tak ternilai harganya.

Terima kasih buat mak ayah terchenta yang sedia menjadi penyumbang dan pendengar setia di kala susah dan senang.

Terima kasih buat adik2, Najihah dan Nabilah serta family tersayang untuk sokongan padu kalian.
Terima kasih buat para pensyarah dan teman2 yang tak jemu mendorong dan melayan kerenah saya - Dr Mohyani, Dr Joharry, Dr Sharifah, Prof Rosnani.. Azniza Azrai, Aimi Shazwani, Norhalina, Nur Hanim, Azlin Azmy dan Zulmaryan. 

Tidak dilupakan, terima kasih buat adik2 usrah yang sentiasa bersama di kala susah dan senang.
Akhir sekali, terima kasih untuk semua yang membantu saya secara langsung mahupun tak langsung.

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

P/s: “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” 

Memory...

Aimi, thanks for this cute cake! =)