Popular Posts

Thursday, May 24, 2012

Lobak, Telur, dan Teh


Aku memandang anak-anak orang itu seorang demi seorang. Sambil tersenyum, aku berkata, “Hari ni akak nak ceritakan tentang kisah lobak, telur dan teh. Ada sesiapa pernah dengar tak kisah ni? Kulihat mereka menggeleng-gelengkan kepala, tanda tidak tahu. Aku meneruskan lagi. Ok, sebelum tu akak nak tanya. Antara lobak, telur dan teh, yang mana satu adik-adik akan pilih? Adik-adik nak jadi lobak ke, telur, atau teh? Masing-masing mengemukakan jawapan dan alasan mereka satu-persatu. Aku hanya tersenyum mendengar. Setelah mendengar semua hujah mereka, aku menceritakan tentang sifat dan keadaan ketiga-tiga benda yang disebutkan tadi.


Pertama sekali lobak. Lobak ialah sejenis sayur-sayuran, penuh khasiat dan segar. Apabila dimasukkan ke dalam air panas, lobak akan bertukar menjadi sangat lembut.  Lobak tak tahan apabila dikenakan suhu yang tinggi. Ia akan mengubah sifat lobak menjadi layu dan lemah. Benda yang kedua ialah telur. Sebiji telur yang belum direbus kelihatan keras tetapi bersifat sensitif kerana mengandungi cecair di dalamnya. Telur kelihatan kuat dan tidak berubah apabila dimasukkan ke dalam air yang panas. Namun apabila diangkat dan dikupas kulitnya, akan didapati bahawa isinya telah berubah menjadi keras. Seperti lobak, telur juga berubah sifat apabila menghadapi tekanan suhu. Benda yang ketiga ialah teh. Teh bersifat serbuk dan halus. Apabila dimasukkan ke dalam air panas, teh akan menukarkan warna air menjadi kuning keperangan. Apabila diangkat dan dibiarkan seketika, teh akan kembali menjadi seperti keadaan sebelum ia dimasukkan ke dalam air panas tadi. Tekanan suhu tidak mengubah teh, tetapi teh yang mengubah air yang panas, menjadikan air tadi punya warna dan rasa.


Menerusi cerita di atas, didapati bahawa lobak dan telur berubah apabila dikenakan tekanan manakala teh pula akan mengubah keadaan apabila diletakkan dalam tekanan. Begitu juga dengan kita. Kadang-kadang persekitaran akan membuatkan kita menjadi lemah tak berdaya seperti lobak. Kadangkala persekitaran membuatkan kita kelihatan kuat dan tabah, tetapi dalam masa yang sama keadaan dalaman kita sebenarnya telah berubah. Kita boleh berubah apabila dipengaruhi oleh persekitaran, seperti lobak dan telur. Namun, kadang-kadang kita terus menjadi diri sendiri dan tidak berubah mengikut tekanan dan keadaan persekitaran bahkan dapat memberi manfaat kepada orang yang menyakiti atau memberi tekanan kepada kita. Maka jadilah seperti teh - unik, punya cara tersendiri apabila menghadapi saat genting dan memberi manfaat kepada orang sekelilingnya…


Yang mana satu diri anda - lobak, telur atau teh?

To get a clearer view, you may also read this article... http://www.wyos.biz/docs/Carrots,_Eggs_or_Tea.pdf
……………………………………………………………………………………

Aku termenung sendirian. Kisah yang pernah kuceritakan pada anak-anak Orang Asli sewaktu program motivasi Faci Team beberapa tahun lalu masih segar di ingatan. Aku bimbang jika suatu hari nanti aku akan berubah disebabkan pengaruh persekitaran. Masih berdoa agar diberi kekuatan iman sepanjang berada di sini. 

Program Motivasi anjuran IIUM Faci Team, Kuantan.

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....