Aku memandang anak-anak orang itu seorang demi seorang.
Sambil tersenyum, aku berkata, “Hari ni akak nak ceritakan tentang kisah lobak,
telur dan teh. Ada sesiapa pernah dengar tak kisah ni? Kulihat mereka
menggeleng-gelengkan kepala, tanda tidak tahu. Aku meneruskan lagi. Ok, sebelum
tu akak nak tanya. Antara lobak, telur dan teh, yang mana satu adik-adik akan
pilih? Adik-adik nak jadi lobak ke, telur, atau teh? Masing-masing mengemukakan
jawapan dan alasan mereka satu-persatu. Aku hanya tersenyum mendengar. Setelah
mendengar semua hujah mereka, aku menceritakan tentang sifat dan keadaan
ketiga-tiga benda yang disebutkan tadi.
Pertama sekali lobak. Lobak ialah sejenis sayur-sayuran,
penuh khasiat dan segar. Apabila dimasukkan ke dalam air panas, lobak
akan bertukar menjadi sangat lembut. Lobak tak tahan apabila dikenakan suhu yang
tinggi. Ia akan mengubah sifat lobak menjadi layu dan lemah. Benda yang
kedua ialah telur. Sebiji telur yang belum direbus kelihatan keras tetapi bersifat sensitif kerana mengandungi cecair di dalamnya. Telur kelihatan kuat dan tidak berubah apabila
dimasukkan ke dalam air yang panas. Namun apabila diangkat dan dikupas kulitnya, akan
didapati bahawa isinya telah berubah menjadi keras. Seperti lobak, telur juga
berubah sifat apabila menghadapi tekanan suhu. Benda yang ketiga ialah teh. Teh
bersifat serbuk dan halus. Apabila dimasukkan ke dalam air panas, teh
akan menukarkan warna air menjadi kuning keperangan. Apabila diangkat dan
dibiarkan seketika, teh akan kembali menjadi seperti keadaan sebelum ia dimasukkan
ke dalam air panas tadi. Tekanan suhu tidak mengubah teh, tetapi teh yang mengubah
air yang panas, menjadikan air tadi punya warna dan rasa.
Menerusi cerita di atas, didapati bahawa lobak
dan telur berubah apabila dikenakan tekanan manakala teh pula akan mengubah
keadaan apabila diletakkan dalam tekanan. Begitu juga dengan
kita. Kadang-kadang persekitaran akan membuatkan kita menjadi lemah tak berdaya
seperti lobak. Kadangkala persekitaran membuatkan kita kelihatan kuat dan
tabah, tetapi dalam masa yang sama keadaan dalaman kita sebenarnya telah
berubah. Kita boleh berubah apabila dipengaruhi oleh persekitaran, seperti lobak dan telur. Namun,
kadang-kadang kita terus menjadi diri sendiri dan tidak berubah mengikut tekanan
dan keadaan persekitaran bahkan dapat memberi manfaat kepada orang yang
menyakiti atau memberi tekanan kepada kita. Maka jadilah seperti teh - unik, punya
cara tersendiri apabila menghadapi saat genting dan memberi manfaat kepada
orang sekelilingnya…
Yang mana satu diri anda - lobak, telur atau teh?
To get a clearer view, you may also read this article... http://www.wyos.biz/docs/Carrots,_Eggs_or_Tea.pdf
……………………………………………………………………………………
Program Motivasi anjuran IIUM Faci Team, Kuantan.
No comments:
Post a Comment