Bismillah…
Daripada al-Nawwas bin Sam’an r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang
bermaksud: “Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu adalah apa
yang bergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya”. (Riwayat
Muslim)
Daripada Wabisah bin Ma’bad r.a. beliau berkata: “Aku telah menemui
Rasulullah s.a.w. lalu Baginda bersabda yang bermaksud: ‘Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan?’ Aku menjawab:
‘Ya.’
“Baginda bersabda yang bermaksud: ‘Mintalah fatwa dari
hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati berasa tenang
tenteram terhadapnya, dan dosa itu adalah suatu perkara yang bergetar dalam
dirimu dan rasa teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa
kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.’” (Riwayat Ahmad dan al-Darimi,
Hadis hasan)
P/s: Persoalan hati amat sukar ditafsir.. Sekalipun ada orang yang memberikan fatwa, perkara dosa tetap akan menjadi dosa dan berbekas dengan rasa teragak-agak di hati. Hati itu takkan pernah berbohong padamu. Mintalah fatwa dari hatimu sendiri! :'(
Sesungguhnya hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui dan mengilhamkan fatwa pada hati...
No comments:
Post a Comment