Popular Posts

Monday, June 18, 2012

Warming-up Ramadhan


Masa begitu pantas berlalu. Antara sedar atau tidak, Ramadhan semakin menghampiri kita. Moga tahun ini sempat dipertemukan lagi dengan Ramadhan – bulan mulia yang menjanjikan rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka.

Apa persediaan kita untuk menghadapi Ramadhan. Berikut ialah tips-tips menjelang Ramadhan yang boleh dikongsi bersama, sebagai warming-up untuk kita:

  1. Lakukan pembacaan buku daripada kitab-kitab, buku-buku dan artikel-artikel berkaitan dengan Ramadhan.
  2. Lakukan warming-up dengan berpuasa setiap Isnin dan Khamis
  3. Latihan dan intensif tidur awal dan membiasakan diri untuk bangun awal.
  4. Mulakanlah membaca Al-Quran setiap hari dengan penuh tadabur, khusyuk dan terancang.
  5. Luangkan masa mendengar lantunan bacaan Al-Quran daripada pasangan anda, qari-qari yang terkenal  dan kaset-kaset radio.
  6. Biasakan diri untuk sentiasa memelihara wudhuk.
  7. Dekati, hampiri dan bergaul dengan orang-orang yang alim, warak dan soleh.
  8. Setiap malam sebelum tidur, bermuhasabahlah diri kita.
  9. Perbanyakanlah mendirikan solat sunat setiap hari,  terutamanya di saat sepertiga malam.
  10. Dalam sehari, berikanlah masa untuk bersendirian untuk berzikir kepada Allah SWT.
  11. Mulakanlah amalan bersedekah, sedikit demi sedikit.
  12. Bantulah orang lain yang sangat-sangat memerlukan sama ada dalam bentuk keilmuan, bantuan kewangan, pertolongan kudrat dan kemahiran yang kita miliki.
  13. Luangkan masa bersama ahli keluarga, rakan dan sesiapa sahaja disekitar anda dan berbincangkanlah tentang Ramadhan yang bakal tiba, persediaan, harapan, perlaksanaan dan sebagainya.
  14. Bagi yang berkemampuan untuk mengerjakan umrah, maka rancanglah ia dengan sebaiknya.
  15. Hebah-hebahkan, war-warkan dan maklumkan tentang ketibaan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi kepada kenalan, sahabat handai dan sesiapa sahaja melalui SMS, emel, FB, twitter dan blog-blog anda.


P/s: Sengal-sengal badan selepas menebas rumput di kebun. Mungkin juga sebab tak warming-up dulu sebelum menebas rumput. Tapi kata mak, “Ayah menebas rumput lama dah, tak penah sekalipun mak tengok ayah warming-up.” Aku hanya tersengih. Heheh, takda orang warming-up ke sebelum berkebun? :p



No comments:

Post a Comment

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....