Popular Posts

Wednesday, May 5, 2010

Kerja

Salam…
Hari ni dapat cuti, alhamdulillah.. Diam tak diam dah hampir sebulan berada di rumah, dan baru lima hari melalui pengalaman bekerja waktu cuti ni. Pada awal bekerja, terasa agak kekok untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Bukannya apa, rasa ‘segan’ pulak bila terserempak dengan rakan-rakan atau saudara mara yang kebetulan berkunjung ke kedai. Kalau boleh terasa nak pakai topeng ja masa bekerja, hehe.. Namun kata orang, alah bisa tegal biasa. Bila dah serasi dengan keadaan, dah mula terasa senang walaupun bertemu rakan-rakan sekolah semasa bekerja. Dah tak kekok lagi. Sepanjang lima hari bekerja ni, pernah menjadi salesgirl dan cashier di dua buah kedai; kedai pakaian dan kedai kasut. Pengalaman bekerja di kedua-dua kedai sangatberbeza. Apapun, saya bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk bekerja sepanjang cuti ni. Sekurang-kurangnya tidaklah masa terbuang sewenang-wenangnya. Saya juga sedang belajar untuk menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru di sini, yang sememangnya sangat berbeza dengan rakan-rakan di universiti. Moga Allah terus mengekalkan iman di hati ini dan memberikan kesabaran untuk saya. Amin..

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
(Ibrahim: 7)

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....