You are the author of your own book of deeds.. Make sure it's worth a read on the day of judgement.
Popular Posts
-
In our life, we often use fractions to represent parts of a whole. Do you realize that? Okay, let’s look at examples of fractions that we us...
-
The Qur’an is Allah’s word which was revealed to His Last Prophet Muhammad (peace be upon him) to be conveyed and communicated to all humank...
-
The story of Hayy Ibn Yaqzan takes place on an island uninhabited by human beings. There Hayy is found alone as an infant. Philos...
Wednesday, October 13, 2010
Masa oh Masa
Salam,
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar di rumah. Malam ini bolehlah saya pulang ke Kuantan dengan sedikit lega. Fuh… Penat sungguh rasanya. Penat dihambat makhluk yang bernama masa. Ajaib sungguh makhluk ini. Setiap orang pasti memilikinya dengan kuantiti yang sama – 24 jam sehari. (Erm, ada ke yang memperolehi masa 24 jam setengah atau 24.75 jam sehari? Hehe, pandai-pandai la jawab sendiri ye.) Tapi yang peliknya saya terasa masa yang saya ada setiap hari amatlah terhad. Sampaikan tak sempat untuk buat perkara-perkara ‘extra’ untuk diri sendiri.
Bila ditanya oleh mak sebab saya tak buat itu dan ini, jawapan saya yang paling senang ialah, “ Tak sempat mak. Nak baca doa tidur pun tak sempat, mata pejam dulu mulut masih kumat-kamit baca doa, inikan pula nak ‘spend time’ untuk perkara seperti itu”. “Ish ish…,” itu kata mak sambil menggelengkan kepala. Hairan mak dengan anak dia yang asyik dengan aduan tak cukup masa sepanjang semester ni. Hmmm, bukan mak saja yang pelik, saya juga pelik dengan diri saya sendiri.
Sepatutnya semester akhir merupakan semester yang paling mudah, ringan dan lapang. Tapi lain pula dengan saya. Semester ini ialah semester yang paling menguji saya. Ujian dan tugasan yang datang bak peluru berpandu. Tak sempat nak tepis kalau setakat sabar dan iman yang senipis kulit bawang ini. Sudahnya, saya terdampar keletihan pabila tenaga yang dibekalkan habis terpakai. Biar penat, biar lelah. Tapi, saya masih tak mahu mengalah lagi. Cuba buat sehabis daya biarpun kadang-kadang emosi tergugat ketika berurusan dengan orang lain. Rasa nak menangis tu memang ada kalau dah penat sangat dengan pelbagai perkara. Tapi saya teruskan juga, biarpun jalan pun kadang-kadang dah tak berapa betul – asyik tersepak itu ini dan tersungkur kat tangga. Degil jugak saya ni kan?
Saya cuba mengoreksi diri. Mencari punca dan akar umbi masalah saya ini. Yang pasti, saya ada dua jawapan untuk persoalan saya sekarang. Pertama, saya sememangnya perlukan kepada pengurusan masa yang betul. Walaupun sudah ada ‘planner’ untuk perkara yang perlu dibuat setiap hari, namun ia masih belum mencukupi. Saya perlu belajar menguruskan masa dengan betul. Perlu tahu membezakan perkara yang paling penting dan yang penting dalam hidup. Saya sudah tahu akan hal ini, tapi kalau semua perkara itu dalam dalam satu masa, terpaksa juga saya selesaikan semuanya sekaligus. Ataupun, barangkali juga saya perlu belajar untuk buat ‘back-up plan’ lain kali.
Masalah kedua, saya rasa saya perlu belajar untuk berkata ‘tidak’. Saya sedar akan hal ini dan sedang cuba untuk memperelokkannya dari semasa ke semasa. Kemahiran berkata ‘tidak’ ini bukanlah demi kepentingan diri semata-mata, tapi juga untuk orang lain. Cuba anda bayangkan, jika anda diberi lima tanggungjawab untuk dilaksanakan dalam masa beberapa hari, adakah anda mampu untuk melaksanakannya? Tepuk dada, tanya selera! Jika anda mampu, anda boleh teruskan. Jika tidak, usahlah anda seksa diri anda dan juga orang lain. Jika anda tidak mampu tetapi masih berkata ‘ya’, anda akan mendapat salah satu daripada akibat berikut: sama ada anda menderita (kerana berhempas pulas untuk menyiapkan tugasan yang diterima) atau orang lain menderita (atas rasa tidak bertanggungjawab anda yang menerima tugasan dengan membuta tuli lalu tidak berdaya menyempurnakannya). Jadi, tepuk dada, tanyalah iman!
“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-‘Asr: 1-3)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Matematik dan Al-Quran
Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life ....
No comments:
Post a Comment