Menurut Dr. Dicks, seorang pakar psikologi berbangsa Amerika, “Kehidupan yang bahagia adalah seni keindahan yang memiliki 10 kaedah”:
- Melakukan pekerjaan yang anda sukai. Jika pekerjaan yang disukai itu sukar diperoleh, maka isikanlah hobi anda pada saat-saat terluang.
- Perhatikan kesihatan fizikal anda, kerana kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan.
- Harus memiliki tujuan dalam hidup, kerana itu yang membuatnya bersemangat.
- Menjalani kehidupan apa adanya dan menerima baik yang manis mahupun yang pahit dengan hati yang lapang.
- Hayati hidup yang sedang dijalani.
- Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan.
- Sentiasalah memandang orang yang berada di bawah anda.
- Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman, berjiwa periang dan berteman dengan orang yang optimis.
- Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar mendapatkan harumnya kebahagiaan darinya.
- Pergunakanlah pelbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan.
No comments:
Post a Comment