Popular Posts

Sunday, July 1, 2012

Yang Hidup & Mati

Dari Abu Musa RA Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan orang yang berzikir dengan yang tidak berzikir, seperti orang yang hidup dan orang yang mati.” (HR Bukhari fi ad-Da’awat, 11/208).

Hidup dan mati. Begitulah gambaran yang diungkapkan oleh Rasulullah SAW bagi menggembarkan orang yang berzikir dan yang tidak. Apakah dimensi, fungsi, serta kedudukan zikir sehingga orang yang melakukannya diibaratkan seperti yang hidup manakala yang tidak melakukannya digelar sebagai mati?

Fungsi dan kedudukan zikir bagi hati setara dengan fungsi makanan bagi tubuh. Seseorang yang tidak memenuhi keperluan ruang hati dan rohnya dengan zikir, samalah umpama tubuh yang tidak diberi bekalan makanan sebagai sumber kekuatan. Tubuh yang tidak memperolehi makanan akan menjadi lemah, tidak berdaya dan mudah diserang penyakit. Apabila keadaan ini berterusan, ia akan menyebabkan kebuluran dan padahnya adalah membawa maut. Demikian juga dengan hati yang kosong dari zikrullah. Zikir ialah makanan bagi hati. Semakin hari hati semakin lemah apabila makan tidak diperolehi. Ia akan mudah terumbang-ambing, goya dan resah. Hati menjadi mudah dikuasai hawa nafsu yang dkendalikan syaitan disebabkan tiada daya ketahanan. Akhirnya apabila keadaan ini berterusan, hati juga akan menemui nasib sebagaiamana yang menimpa tubuh iaitu mati.

Hati yang mati adalah hati yang tidak dapat menjalankan apa-apa fungsi. Manusia yang memiliki hati yang sakit atau mati, adalah manusia yang hidup tanpa nilai, tanpa pengemudi. Neraca penentuan sikapnya hanya ditentukan oleh kehendak hawa nafsu. Keadaan meeka ini lebih dahsyat jika dibandingkan dengan orang yang mati fizikalnya. Manusia yang mati secara fizikal tidak membawa kemudharatan kepada manusia di sekelilingnya tetapi manusia yang mati hatinya akan merugikan malah memudharatkan orang lain. Orang yang mati hatinya akan bertindak dalam konteks memenuhi kehendak hawa nafsu serta kesenangan peribadi. Ini sudah tentu menjerumuskan diri sendiri ke lembah kehancuran serta menyeret sama manusia lain. Buktinya hari ini jika dilihat pada dada-dada akhbar, perbuatan jenayah dan kekejaman semakin berleluasa dari hari ke hari, akibat terlalu mengikut hawa nafsu sendiri.



Zikir sebagai ubat
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah pernah menyatakan, “Zikrullah bagi hati, seperti air bagi ikan. Bagaimana keadaan ikan bila keluar dari air?” Manakala Imam Hasan al-Basri, ulama terkemuka pada zaman tabi’in juga pernah menjawab keluhan seorang pemuda tentang kekesatan hatinya. Beliau mengatakan, “Ubati hatimu dengan zikir.”

Hati yang rutin diisi dengan zikir kepada Allah akan menjadi kuat, teguh, istiqamah serta mampu mematahkan serangan dan pengaruh hawa nafsu yang dikendalikan oleh syaitan. Malah yang lebih penting, hati ini akan dekat kepada Allah, terhindar dari rasa keluh-kesah dan gelisah. Hati dan wajahnya pula memancarkan sinar, selalu optimis, sukacita dan gembira. Zikrullah (mengingati Allah) bukan sekadar kita mengingati Allah malah secara timbal balik akan menjadikan Allah ingat kepada orang yang melakukannya. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud,

“Berzikirlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu.”
(Al-Baqarah: 152)
Paling utama
Zikrullah banyak ragamnya. Boleh dilakukan dengan menyebut asma’ Allah (nama-nama Allah), sifat dan memuji Allah seperti ucapan subhanallah, Alhamdulillah, la ilaha illallah, dan lain-lain zikir seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW. Selan zikir-zikir tersebut, zikir yang paling utama ialah tilawatul Qur’an. Al-Qur’an merupakan sumber penawar dan ubat pelbagai penyakit hati. Ini bertepatan dengan janji Allah SWT seperti firman-Nya,

“Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orag-orang yang beriman.”
(Yunus: 57)

“Dan Kami turunkan dari al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan al-Qur’an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.”
(Al-Isra’: 82)

Penawar
Al-Qur’an merupakan penawar dan penjelas – penawar atau ubat bagi penyakit syahwat, dan penjelas bagi yang haq dan batil. Di samping itu, ia juga dapat membentuk kebersihan hati dan kejernihan persepsi. Dengan hati yang bersih dan pandangan yang lurus, hidup seseorang menjadi tenang dan istiqamah.

“Ketahuilah, bahawa dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”
(Ar-Ra’du: 28)


 Sumber: Mihwar.

Friday, June 29, 2012

Ikhlas

Orang yang ikhlas tiak mengharapkan penghargaan orang untuk setiap perbuatannya.
Orang yang ikhlas tidak berbangga atas pujian yang diterima.
Orang yang ikhlas tidak peduli dengan pandangan orang lain terhadap dirinya.
Orang yang ikhlas redha apabila ditimpa sesuatu musibah.
Orang yang ikhlas tidak kecewa apabila usahanya belum dapat membuahkan hasil.
Orang yang ikhlas tidak bersedih apabila dirinya dikeji.

… kerana dalam fikirannya cuma satu – dia berbuat sesuatu kerana ALLAH.

Ya, orang yang ikhlas melakukan sesuatu semata-mata hanya kerana Allah.



Ikhlas – berasal daripada perkataan kholaso yang bermaksud licin, habis, sedikit pun tidak tertinggal. Dalam erti kata lain ia membawa maksud tiada apa yang diharapkan melainkan tujuannya semata-mata kerana Allah.

Ibnul Qayyim mendefinisikan, “Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.”

Jika dia seorang pelajar, dia menuntut ilmu kerana Allah, bukan semata-mata kerana hendak lulus periksa. Jika dia diuji dengan kegagalan sewaktu belajar, dia redha.  Malah, dia menggiatkan lagi usaha untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Kerana dengan ilmu yang dimiliki, dia akan lebih mengenal Pencipta dan berbakti kepada ciptaan Pencipta untuk menggapai redha-Nya.

Jika dia seorang pekerja, dia bekerja demi mencari rezeki halal bagi mencukupkan keperluan keluarganya. Dia bekerja bersungguh-sungguh kerana percaya bahawa setiap jam, minit dan saat yang dihabiskan di tempat kerjanya kelak akan dihitung oleh Allah. Tiada istilah curi tulang dalam bekerja kerana baginya setiap jam, minit dan saat itu juga akan menentukan keberkatan gaji yang bakal diperoleh untuk keluarganya. Dia tidak kisah jika belum dinaikkan pangkat dan dia tetap memberikan khidmat yang terbaik kepada organisasi. Dia hanya mengharapkan keredhaan Allah.  Dia bekerja kerana Allah.

Jika dia seorang anak. Dia berbakti kepada ibu bapanya sebaik yang mungkin. Dia cuba untuk menjadi anak yang terbaik dan taat perintah ibu bapanya, selagi tidak bertentangan dengan syariat. Jasa dan kasih ibu bapa amat besar baginya, namun kasih Allah itu lebih besar mengatasi kasih yang lain. Baginya, tiada keredhaan Allah tanpa keredhaan ibu bapa. Segala amalan dan bakti buat keluarga dia niatkan kerana Allah. Biar Allah redha, biar Allah sayang.

Jika dia ialah ibu atau bapa. Dia berusaha untuk membesarkan anak-anaknya dengan sebaik mungkin, mencukupkan keperluan asas, agama, pendidikan dan sebagainya. Dia melengkapkan anak-anaknya dengan ilmu duniawi dan ukhrawi supaya si anak dapat lebih mengenal Tuhannya. Apabila hati sudah kenal erti bertuhan, maka rasa cinta pada Tuhan akan muncul dengan sendirinya. Dia mengharapkan agar dapat membimbing dan mendidik anak dan ahli keluarga dengan cara yang diredhai Allah. Agar wujudlah keluarga yang diredhai dan diberkati – sakinah, mawaddah dan rahmah. Dia melakukannya kerana Allah semata.

Jika dia seorang insan biasa. Dia tetap akan berusaha dengan bersungguh-sungguh walau dalam apa jua bidang yang diceburi. Dia percaya bahawa Allah tidak akan mengubah nasibnya selagi mana dia tidak berusaha untuk mengubah nasibnya sendiri. Dia yakin bahawa dunia ini hanyalah persinggahan sementara – tempat untuk berbuat baik dan mengumpulkan bekalan untuk dibawa ke alam kekal abadi. Biarpun dia dikhianati dan dizalimi di dunia, dia yakin nasibnya akan terbela di akhirat sana. Dia tidak kesal dan kecewa atas segala ujian yang datang, kerana dia tahu yang Dia punya Allah, Pencipta segala. Seorang insan sudah pasti akan bersedih jika sesuatu yang dihajati tidak kesampaian, tapi dia masih menyimpan harapan bahawa jika sesuatu itu belum dapat diperoleh di dunia, dia pasti akan memilikinya di akhirat kelak, persinggahan yang kekal abadi. Dia percaya bahawa kebahagiaan bukan terletak pada material, tetapi pada hati dan iman. Dia ikhlas menjalani kehidupannya kerana Allah.



Antara tanda-tanda orang yang ikhlas, dia menerima pujian atau kejian dengan perasaan yang sama sahaja – tidak berbangga apabila dipuji dan tidak kecewa apabila dikeji.

Pesanan Imam al-Ghazali: "Manusia semuanya mati, kecuali yang masih hidup iaitu orang yang berilmu tetapi umumnya orang yang berilmu itu sedang nyenyak tidur, kecuali yang berjaga iaitu orang yang berilmu dan beramal. Tetapi orang yang beramal itu pula sering tergoda atau terpedaya kecuali yang tidak terpedaya iaitu hanya orang yang ikhlas. Tetapi ingatlah bahawa ikhlas itu berada dalam keadaan yang amat sukar ibarat telur di hujung tanduk."

P/s: Peringatan buat diri yang sering lupa…

Monday, June 18, 2012

Warming-up Ramadhan


Masa begitu pantas berlalu. Antara sedar atau tidak, Ramadhan semakin menghampiri kita. Moga tahun ini sempat dipertemukan lagi dengan Ramadhan – bulan mulia yang menjanjikan rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka.

Apa persediaan kita untuk menghadapi Ramadhan. Berikut ialah tips-tips menjelang Ramadhan yang boleh dikongsi bersama, sebagai warming-up untuk kita:

  1. Lakukan pembacaan buku daripada kitab-kitab, buku-buku dan artikel-artikel berkaitan dengan Ramadhan.
  2. Lakukan warming-up dengan berpuasa setiap Isnin dan Khamis
  3. Latihan dan intensif tidur awal dan membiasakan diri untuk bangun awal.
  4. Mulakanlah membaca Al-Quran setiap hari dengan penuh tadabur, khusyuk dan terancang.
  5. Luangkan masa mendengar lantunan bacaan Al-Quran daripada pasangan anda, qari-qari yang terkenal  dan kaset-kaset radio.
  6. Biasakan diri untuk sentiasa memelihara wudhuk.
  7. Dekati, hampiri dan bergaul dengan orang-orang yang alim, warak dan soleh.
  8. Setiap malam sebelum tidur, bermuhasabahlah diri kita.
  9. Perbanyakanlah mendirikan solat sunat setiap hari,  terutamanya di saat sepertiga malam.
  10. Dalam sehari, berikanlah masa untuk bersendirian untuk berzikir kepada Allah SWT.
  11. Mulakanlah amalan bersedekah, sedikit demi sedikit.
  12. Bantulah orang lain yang sangat-sangat memerlukan sama ada dalam bentuk keilmuan, bantuan kewangan, pertolongan kudrat dan kemahiran yang kita miliki.
  13. Luangkan masa bersama ahli keluarga, rakan dan sesiapa sahaja disekitar anda dan berbincangkanlah tentang Ramadhan yang bakal tiba, persediaan, harapan, perlaksanaan dan sebagainya.
  14. Bagi yang berkemampuan untuk mengerjakan umrah, maka rancanglah ia dengan sebaiknya.
  15. Hebah-hebahkan, war-warkan dan maklumkan tentang ketibaan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi kepada kenalan, sahabat handai dan sesiapa sahaja melalui SMS, emel, FB, twitter dan blog-blog anda.


P/s: Sengal-sengal badan selepas menebas rumput di kebun. Mungkin juga sebab tak warming-up dulu sebelum menebas rumput. Tapi kata mak, “Ayah menebas rumput lama dah, tak penah sekalipun mak tengok ayah warming-up.” Aku hanya tersengih. Heheh, takda orang warming-up ke sebelum berkebun? :p



Sunday, June 17, 2012

Hati itu


Bismillah…

Daripada al-Nawwas bin Sam’an  r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu adalah apa yang bergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya”. (Riwayat Muslim)


Daripada Wabisah bin Ma’bad r.a. beliau berkata: “Aku telah menemui Rasulullah s.a.w. lalu Baginda bersabda yang bermaksud: ‘Engkau datang  mahu bertanya tentang kebajikan?’ Aku menjawab: ‘Ya.’

“Baginda bersabda yang bermaksud: ‘Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati berasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu adalah suatu perkara yang bergetar dalam dirimu dan rasa teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.’” (Riwayat Ahmad dan al-Darimi, Hadis hasan)

P/s: Persoalan hati amat sukar ditafsir.. Sekalipun ada orang yang memberikan fatwa, perkara dosa tetap akan menjadi dosa dan berbekas dengan rasa teragak-agak di hati. Hati itu takkan pernah berbohong padamu. Mintalah fatwa dari hatimu sendiri! :'(

Sesungguhnya hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui dan mengilhamkan fatwa pada hati...

Thursday, May 24, 2012

Lobak, Telur, dan Teh


Aku memandang anak-anak orang itu seorang demi seorang. Sambil tersenyum, aku berkata, “Hari ni akak nak ceritakan tentang kisah lobak, telur dan teh. Ada sesiapa pernah dengar tak kisah ni? Kulihat mereka menggeleng-gelengkan kepala, tanda tidak tahu. Aku meneruskan lagi. Ok, sebelum tu akak nak tanya. Antara lobak, telur dan teh, yang mana satu adik-adik akan pilih? Adik-adik nak jadi lobak ke, telur, atau teh? Masing-masing mengemukakan jawapan dan alasan mereka satu-persatu. Aku hanya tersenyum mendengar. Setelah mendengar semua hujah mereka, aku menceritakan tentang sifat dan keadaan ketiga-tiga benda yang disebutkan tadi.


Pertama sekali lobak. Lobak ialah sejenis sayur-sayuran, penuh khasiat dan segar. Apabila dimasukkan ke dalam air panas, lobak akan bertukar menjadi sangat lembut.  Lobak tak tahan apabila dikenakan suhu yang tinggi. Ia akan mengubah sifat lobak menjadi layu dan lemah. Benda yang kedua ialah telur. Sebiji telur yang belum direbus kelihatan keras tetapi bersifat sensitif kerana mengandungi cecair di dalamnya. Telur kelihatan kuat dan tidak berubah apabila dimasukkan ke dalam air yang panas. Namun apabila diangkat dan dikupas kulitnya, akan didapati bahawa isinya telah berubah menjadi keras. Seperti lobak, telur juga berubah sifat apabila menghadapi tekanan suhu. Benda yang ketiga ialah teh. Teh bersifat serbuk dan halus. Apabila dimasukkan ke dalam air panas, teh akan menukarkan warna air menjadi kuning keperangan. Apabila diangkat dan dibiarkan seketika, teh akan kembali menjadi seperti keadaan sebelum ia dimasukkan ke dalam air panas tadi. Tekanan suhu tidak mengubah teh, tetapi teh yang mengubah air yang panas, menjadikan air tadi punya warna dan rasa.


Menerusi cerita di atas, didapati bahawa lobak dan telur berubah apabila dikenakan tekanan manakala teh pula akan mengubah keadaan apabila diletakkan dalam tekanan. Begitu juga dengan kita. Kadang-kadang persekitaran akan membuatkan kita menjadi lemah tak berdaya seperti lobak. Kadangkala persekitaran membuatkan kita kelihatan kuat dan tabah, tetapi dalam masa yang sama keadaan dalaman kita sebenarnya telah berubah. Kita boleh berubah apabila dipengaruhi oleh persekitaran, seperti lobak dan telur. Namun, kadang-kadang kita terus menjadi diri sendiri dan tidak berubah mengikut tekanan dan keadaan persekitaran bahkan dapat memberi manfaat kepada orang yang menyakiti atau memberi tekanan kepada kita. Maka jadilah seperti teh - unik, punya cara tersendiri apabila menghadapi saat genting dan memberi manfaat kepada orang sekelilingnya…


Yang mana satu diri anda - lobak, telur atau teh?

To get a clearer view, you may also read this article... http://www.wyos.biz/docs/Carrots,_Eggs_or_Tea.pdf
……………………………………………………………………………………

Aku termenung sendirian. Kisah yang pernah kuceritakan pada anak-anak Orang Asli sewaktu program motivasi Faci Team beberapa tahun lalu masih segar di ingatan. Aku bimbang jika suatu hari nanti aku akan berubah disebabkan pengaruh persekitaran. Masih berdoa agar diberi kekuatan iman sepanjang berada di sini. 

Program Motivasi anjuran IIUM Faci Team, Kuantan.

Wednesday, April 18, 2012

Guide Me All the Way


I know that You could easily
Take away every thing You’ve given me
And I try to remember
Not to take anything for granted
‘Cause I know that one day
Suddenly this will all come to an end
So my last wish is for you to be pleased with Me

Allah, Ya Allah
Guide me all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let me go astray ’cause I need you
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, oh Allah!
Be with me all the way

I know that sometime I do
I do forget that my last breath could be the last
Forgive me ’cause I cant thank you enough
Forgive me when I doubt your love
Now I pray for that day
when all this stops and comes to an end
So my last wish is for You to be pleased with me

Allah, Ya Allah
Guide me all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let me go astray ’cause I need you
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, oh Allah!
Be with me all the way

Day by day passes
And I think that my time could be near
So I pray: O God let this world be in my hands
And not in my heart
‘Cause soon I’ll have to leave it
 [x2]

Allah, Ya Allah
Guide me all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let me go astray ’cause I need you
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, oh Allah!
Be with me all the way
[x2]

Guide me all the way
Don’t let me go astray


Singer: Maher Zain

Sunday, April 15, 2012

Saya tak Stress

Tengah hari ni, tetiba dapat tahu kena hantar journal minggu depan. “Eh, kenapa masa pegi kelas minggu lepas saya tak dengar apa-apa pun? Kenapa baru sekarang dapat tahu?” Apa perasaan kalau dapat tahu kena buat kerja waktu last minute? Dah tu, bukan journal yang biasa-biasa kena buat, tapi journal untuk dipublish kat website nanti. It's about 9-10 pages. Adoila.



Cuba fikir, lepas ja kita mula masuk alam persekolahan, kita stress belajar. Sekolah rendah lagi dah belajar sungguh-sungguh (konon) untuk ambil UPSR. Lepas tu, Alhamdulillah, UPSR dah lepas. Lega sat. Kemudian, masuk pulak sekolah menengah. Kena belajar sungguh-sungguh lagi untuk PMR (ni memang serius belajar). Tuisyen seminggu sampai 8 kali. Ish3, stress sungguh. Lepas tu, dah lepas PMR, belajar lagi untuk SPM (lagi pulun walaupun tak boleh dapat A semua). SPM kena ambik sampai 12 subjek waktu tu. Memang paksa rela. Stress lagi. Lepas SPM pulak, kena tunggu result. Tak tau dapat masuk U ke tidak. Stressnya tunggu result. Lepas dah dapat result dan melalui susah-payah, akhirnya dapat jugak masuk U. Alhamdulillah. Eh, tapi stress belum lagi berakhir. Masuk U stress lagi belajar. Belajar susah, stress. Lecturer pun boleh jadi punca stress. Kawan-kawan lagi. Stress… Stress… Tambah lagi dengan kuiz, exam, assignment.. segala-gala menambahkan stress yang ada. Apa lagi, stress laa.. Bila dah konvo, dapat keja, kat tempat keja pulak stress. Stress dangan bos, stress dengan kawan sekerja. Lepas tu orang asyik tanya bila la nak kawin ni, umoq pun dah makin meningkat. Aish, stress lagi. Bila dah kawin, orang tanya pulak bila nak dapat anak. Stress jugak. Bila dapat anak, kena jaga, didik, bagi cukup semua, stress lagi. Bila anak-anak dah besar, asyik fikir hal anak-anak, pun stress. Bila tua, kesihatan pun makin merosot. Stress jugak, asyik kena ulang-alik jumpa doktor. Last-last meninggal. Innalillah… Agak-agak bila dah meninggal stress lagi tak? Hm, ni soalan yang agak menarik. Er, kalau tak bawak cukup bekal untuk ke alam sana, memang stress la dalam kubur nanti. Wallahu’alam. Fuh, begitulah kitaran hidup manusia yang penuh dengan stress. Yang menulis ni pun stress tau, asyik ulang-ulang tulis perkataan stress :p






Jadi, apa nak buat kalau tak nak stress? Kalau anda rasa stress, itu bermakna anda masih lagi normal. Cuma, jangan terlalu stress sampai lupa untuk menikmati kehidupan dan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Setiap masalah yang datang ialah peluang untuk kita perbaiki diri, tambahkan ilmu dan kemahiran, serta menghargai setiap perkara yang datang dalam hidup. Kita sebenarnya belajar dan mencipta pengalaman baru daripada masalah yang datang kepada kita. Kita belajar dan menambah kemahiran dalam pelbagai bentuk dan situasi; time management, stress management, self-discipline, critical thinking, problem-solving, social skill dan pelbagai lagi. One point is, we learnt to know ourselves better. So, be positive. Live to the fullest :)

“Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”
(Al-Anbiyaa’:35)

P/s: Manfaatkan masa kita yang singkat di dunia ni dengan sebaik mungkin, agar kita tak 'stress' bila tibanya masa untuk kita menghadap-Nya nanti (sedang memujuk jiwa yang stress).



Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....