Cuba fikir, lepas ja kita mula masuk alam persekolahan, kita stress belajar. Sekolah rendah lagi dah belajar sungguh-sungguh (konon) untuk ambil UPSR. Lepas tu, Alhamdulillah, UPSR dah lepas. Lega sat. Kemudian, masuk pulak sekolah menengah. Kena belajar sungguh-sungguh lagi untuk PMR (ni memang serius belajar). Tuisyen seminggu sampai 8 kali. Ish3, stress sungguh. Lepas tu, dah lepas PMR, belajar lagi untuk SPM (lagi pulun walaupun tak boleh dapat A semua). SPM kena ambik sampai 12 subjek waktu tu. Memang paksa rela. Stress lagi. Lepas SPM pulak, kena tunggu result. Tak tau dapat masuk U ke tidak. Stressnya tunggu result. Lepas dah dapat result dan melalui susah-payah, akhirnya dapat jugak masuk U. Alhamdulillah. Eh, tapi stress belum lagi berakhir. Masuk U stress lagi belajar. Belajar susah, stress. Lecturer pun boleh jadi punca stress. Kawan-kawan lagi. Stress… Stress… Tambah lagi dengan kuiz, exam, assignment.. segala-gala menambahkan stress yang ada. Apa lagi, stress laa.. Bila dah konvo, dapat keja, kat tempat keja pulak stress. Stress dangan bos, stress dengan kawan sekerja. Lepas tu orang asyik tanya bila la nak kawin ni, umoq pun dah makin meningkat. Aish, stress lagi. Bila dah kawin, orang tanya pulak bila nak dapat anak. Stress jugak. Bila dapat anak, kena jaga, didik, bagi cukup semua, stress lagi. Bila anak-anak dah besar, asyik fikir hal anak-anak, pun stress. Bila tua, kesihatan pun makin merosot. Stress jugak, asyik kena ulang-alik jumpa doktor. Last-last meninggal. Innalillah… Agak-agak bila dah meninggal stress lagi tak? Hm, ni soalan yang agak menarik. Er, kalau tak bawak cukup bekal untuk ke alam sana, memang stress la dalam kubur nanti. Wallahu’alam. Fuh, begitulah kitaran hidup manusia yang penuh dengan stress. Yang menulis ni pun stress tau, asyik ulang-ulang tulis perkataan stress :p
Jadi, apa nak buat kalau tak nak stress? Kalau anda rasa stress, itu bermakna anda masih lagi normal. Cuma,
jangan terlalu stress sampai lupa untuk menikmati kehidupan dan memanfaatkannya
dengan sebaik mungkin. Setiap masalah yang datang ialah peluang untuk kita
perbaiki diri, tambahkan ilmu dan kemahiran, serta menghargai setiap perkara
yang datang dalam hidup. Kita sebenarnya belajar dan mencipta pengalaman baru daripada
masalah yang datang kepada kita. Kita belajar dan menambah kemahiran dalam
pelbagai bentuk dan situasi; time management, stress management, self-discipline,
critical thinking, problem-solving, social skill dan pelbagai lagi. One point
is, we learnt to know ourselves better. So, be positive. Live to the fullest :)
“Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu
dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua
akan dikembalikan.”
(Al-Anbiyaa’:35)
P/s: Manfaatkan masa kita yang singkat di dunia ni dengan
sebaik mungkin, agar kita tak 'stress' bila tibanya masa untuk kita
menghadap-Nya nanti (sedang memujuk jiwa yang stress).
Ahaha..lawak la Raihan ni?
ReplyDeleteBila nak kawen?
;p
Oh, stressnya baca soalan wani :p
DeleteBila sampai masanya nanti kawenla, insyaAllah ^^
Avoiding stress is the best way to prolong our lives.
ReplyDelete