Popular Posts

Sunday, April 1, 2012

Hujan di Hati


Perasaan yang sama sejak sambung master ni. Setiap kali balik rumah, ada satu perasaan yang lain. Susah nak tulis, susah nak ucap. Apapun, aku rasa terperangkap. Terperangkap dengan keputusan yang diambil sendiri. Memang, kadang-kadang rasa menyesal setiap kali dah buat keputusan. Kalaulah… Kalaulah… Kalaulah… Cuba untuk mengelakkan diri daripada menyebut perkataan 'kalau'. Biarlah Allah saja yang tahu. Itulah keputusan yang dibuat sesudah istikharah. Mungkin ada hikmah yang belum lagi Allah tunjukkan sekarang. Dan mungkin juga ini merupakan ujian buatku. Rasa sangat tak kuat dan boleh rebah bila-bila kalau terlalu fikirkan tak boleh. Tapi, bila fikir positif, insyaAllah semangat tu akan datang, walau sedikit cuma. Hanya pada-Nya tempat letaknya harapan tertinggi (-_-)…




Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]


2 comments:

  1. ada baca edisi solusi lepas: 'mujahadah dalam istikharah' or something like that..

    ReplyDelete

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....