Assalamualaikum.
Masih panas dengan isu Palestin. Dah lama saya berdiam diri
sebenarnya sebab tak pandai nak menulis tentang isu Palestin, yang bagi saya ia
bukan isu kecil. Tapi melihat pada sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih
relax dan cool dengan isu boikot ni, saya pulak yang panas. Rasa gatal tangan
nak menulis sampaikan tak boleh nak menulis concept paper selagi tak menulis di
sini. Lihatlah gambar di bawah ni. Grrrr..
“Eh, kenapa nak marah pulak? Lagipun apa sangatlah kalau
setakat aku sorang je makan McD. Tak jejas pon kan. Bukan ke McD Malaysia ada
bagi statement ni ha… McD Malaysia tak salurkan pada rejim Israel pon. Ce baca
ni.”
Adoi. Kalaulah sepuluh orang cakap macam anda, bagaimana? kalau
seratus atau seribu orang cakap macam anda bagaimana? Memanglah depa kata lagu tu
kak oii.. Sapa yang nak ngaku kalau depa baling batu? Haih. Dengaq sini
baek-baek no..
Berikut ialah ulasan dari Pengerusi Aqsa Syarif:
Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar franchisee fees kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun setiap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari revenue mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar).
Oleh kerana McD konsisten menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan message yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan. Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat disclaimer bahawa 'mereka tidak menyumbang kepada israel' bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka boycott akan gagal dan McD Corporation US bolih meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel.
Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing maka ini akan menyampaikan message yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kpd Israel.
Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee shj jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang bolih dibeli oleh Israel dgn sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin.
Kerana itu boycott adalah satu 'peperangan'. Seruan boycott akan di counter oleh pihak musuh dgn mengatakan kami 'cawangan tempatan' dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kpd ekonomi negara dan menyediakan peluan pekerjaan kpd rakyat tempatan.
Jika semua negara membuat pengistiharan spt ini dan semua warga dunia terpedaya dgn seruan manis; ini boycott akan gagal total. Tetapi apabila McD semberang laut menerima tempiasan dari polisi McD Corp yang membiayai israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kpd zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.
Ingat boycott adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah 'yang masuk akal' untuk menggagalkan strategi boikot.

Rasional kenapa perlu boikot
sudah dijelaskan di sini. Kalau tak tahu, kena belajar. Kalau dah tahu, silakan
beramal.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
"Tidak sempurna iman
seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi
dirinya sendiri."
(Hadis riwayat Muslim).
Saya tak mahu kelak di akhirat jika saya ditanya tentang usaha saya untuk membantu saudara Islam yang sedang menderita di Palestin, lidah
terkelu dek kerana tiada sedikit pun doa, sumbangan mahupun perasaan benci
kepada musuh yang menyerang mereka. Sudahlah tak dapat pergi berjuang di sana,
berperang dengan nafsu sendiri untuk menolak McD, Nestle, Starbuck dan Coke pun
tak mampu. Sedih. =.=”
TABUNG A2G EMERGENCY RELIEF AQSA SYARIF BERHAD di:
1) Maybank Islamic 551575004299
2) Bank Islam 12092010034904.
1) Maybank Islamic 551575004299
2) Bank Islam 12092010034904.
Oh ya. Untuk yang nak menderma kepada rakyat Palestin melalui khidmat pesanan ringkas (sms), bolehlah taip PALESTIN10 (nilai RM 10/5/3/1) dan hantar ke 39111 (Aman Palestin).
Sekian, terima kasih.
P/s: Sekarang baru rasa aman sikit nak buat kerja.
No comments:
Post a Comment