Kali ni saya nak berkongsi beberapa perkara tentang Syiah. Ilmu
yang saya dapat ni hanya secebis, tapi cukuplah sekadar anda tahu basic
knowledge tentang Syiah. Ha… lepas dah tahu sikit nanti, anda pasti akan dapat
detect orang Syiah di persekitaran anda. (^_^)V
Senang cite, orang Syiah ni sangat mengagungkan Saidina Ali
a.s.. Kalau kita, contohnya tengah berjalan tersepak batu. Kita akan cakap, “Allahu
akbar!” Tak pun paling koman, “Opocot!” Tapi orang Syiah ni, mereka akan sebut
nama Saidina Ali, instead of Allah. Sampaikan syahadah mereka pun ada 4 kalimah
(mereka menambah nama Saidina Ali) dalam syahadah mereka.
Malah, gelaran ‘karamallahu wajhah’ juga ialah gelaran yang
diberi oleh Syiah untuk Saidina Ali. Sebenarnya, Allah beri pangkat kepada Saidina
Ali sama seperti para sahabat yang lain – Saidina. Menurut Ustaz Darus, kalau
gelaran ‘karamallahu wajhah’ itu diberi kepada Ali sebab Ali tidak pernah
meyembah berhala, sahabat-sahabat yang lain pun ada yang tidak pernah menyembah
berhala sepanjang hayat mereka, tapi kenapa hanya Ali yang mendapat gelaran
sedemikian? Bagus jawapan ustaz. Soalan dijawab dengan soalan. =)
Berikut ialah kurafat Syiah di Malaysia (setiap satu ada kisah dongeng tersendiri):
- Tongkat Ali dan Kacip Fatimah
- Buah gajus/janggus/ketereh
- Pokok nipah
Berikut ialah soalan-soalan biasa yang ditanya tentang
Syiah.
Syiah ni apa sebenarnya?
Syiah ialah satu agama, bukan satu mazhab.
-
Mazhab: perbezaan pada furu’
-
Agama: perbezaan pada usul, dasar dan akidah
(syahadah orang Syiah ada nama Saidina Ali).
- Siapa yg beramal dengan Syiah ->
kafir/murtad.
Oh, kiranya orang Syiah ni bukan Islam ke?
Hm, sebenarnya sukar untuk menjelaskan Syiah itu bukan Islam
dan ia merupakan satu agama. Sebabnya:
- Orang Syiah guna al-Quran yang sama dengan
Islam, yang lainnya ialah tafsir mereka – mentafsir ayat Quran ikut
suka hatiselera Syiah. - Orang Syiah juga berpuasa seperti orang Islam.
- Orang Syiah bersolat hampir sama dengan orang Islam, cuma bezanya pada tahiyat dan bacaan mereka.
Adakah Syiah ni sama dengan
agama-agama lain?
Syiah sama dengan agama-agama lain rekaan manusia, seperti
Qidyani (Mirza Ghulam Ahmad), Bahai, Taslim (Hj. Ahmad Matahari) dan Kerajaan
Langit (Ayah Pin).
Apa bezanya Syiah dan Tasyaiyyu’?
Syiah ertinya beramal dengan Syiah manakala Tasyaiyyu’ pula
ialah bersimpati dengan Syiah.
Apa perkara-perkara syirik dalam Syiah ni?
Antara syirik Syiah ialah:
- Syiah mendakwa dunia dan akhirat milik Imam…
o
Dakwaan ini boleh ditolak mentah-mentah. Rujuk surah
Al-Baqarah, ayat 107.
“Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi?...”
- Syiah percaya bahawa para Imam mereka lebih tinggi maqamnya daripada maqam para Nabi dan Malaikat.
- Syiah mendakwa bahawa Imam mereka pun diberi Ismah sama seperti Nabi a.s.. Mereka juga percaya dengan Ismah para Imam, menggunakan kata-kata seperti “Kata Imam: …” atau dalam bahasa Arabnya, “Qola imam: …” (instead of “Kata Nabi: …”).
o
Ismah bermaksud tidak melakukan dosa/perkara
yang dilarang oleh Allah. Mereka sangat taat pada Imam dan percaya Imam mereka bersifat maksum. Baik, ini dalil untuk menentang hujah mereka. Sila
rujuk surah An-Nisa’, ayat 59.
“Wahai orang-orang yang beriman!... Jika kamu berbeda pendapat tentang
sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah dan Rasul…” (bukan kembalikan kepada Imam ok)
- Syiah menghina Rasulullah dengan mengatakan bahawa hanya lapan orang sahaja yang masuk Islam sewaktu dakwah Rasulullah, yang lain semuanya Syiah belaka (kata mereka).
- Syiah melaknat Jibril, para sahabat dan isteri-isteri Rasulullah.
- Orang Syiah juga mengamalkan sikap bertaqiyah
atau berbohong. Sebagai contoh, jika mereka memaki Nabi dan para sahabat, kemudian
mereka ditanya kenapa mereka berbuat demikian, mereka akan berkata, “Kami tidak
memaki mereka sama sekali”. Sekali imbas, perkataan ‘taqiyah’ ni kelihatan
seperti perkataan ‘taqwa’.
Amboi!
- Orang Syiah sujud ke atas Tanah Karbala’. Bagi Syiah,
Tanah Karbala’ ni suci, sesuci
lebaran. Eh. SesuciSungai Ganges bagi orang Hindu. Tanah Karbala’ dibentuk dengan pelbagai rupa dan ukuran.
- Sembahyang orang Syiah, pada tahiyat mereka bertasyahhud seperti syahadah mereka, iaitu 4 syahadah (orang Islam 2 kalimah syahadah je), dan diakhiri dengan ucapan “Khonal Amin” (bukan salam) sebanyak 3 kali sambil menepuk lutut 3 kali. Maksud ucapan “Khonal Amin” ialah mereka melaknat malaikat Jibril a.s..
o
Kenapa mereka melaknat malaikat Jibril? Orang Syiah
melaknat malaikat Jibril kerana mereka percaya bahawa Ali lebih layak menjadi
rasul, bukan Nabi Muhammad. Mereka menyalahkan malaikat Jibril kerana telah
tersalah mengutus wahyu kepada Nabi Muhammad, dan bukannya Ali. Astaghfirullah….
(Geleng-geleng kepala mendengar cerita ini. Seram sejuk!)
Alhamdulillah. Selesai sudah perkongsian saya untuk kali
ini. Moga ia bermanfaat untuk anda. Dan selepas saya tahu sedikit fakta tentang
Syiah ni, baru saya sedar yang saya pernah bersolat berjemaah bersebelahan
orang Syiah di masjid!
Sumber: Ustaz Darus Senawi Ali (Pengkaji Syiah di Malaysia).
P/s: Iran pernah meminta kerajaan Malaysia untuk menghentikan
pengeluaran majalah Mustaqim kerana majalah tersebut berjaya menyelongkar dan membongkar
tentang Syiah.
“Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari menyekutukan
Engkau dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampun dari
(menyekutukan-Mu) dengan sesuatu yang tidak kami ketahui”.
No comments:
Post a Comment