Popular Posts

Sunday, November 11, 2012

Kanak-kanak Ribena



Dahulu semasa saya masih di bawah graduasi (baca: undergraduate), teman-teman sangat gemar menggelarkan saya sebagai kanak-kanak ribena. Tapi selepas tamat belajar dan bekerja sementara, saya akhirnya telah bertemu dengan kanak-kanak yang lebih ribena daripada saya. Eh.

Saya suka tengok gambar budak-budak ni kalau stress. Tsk tsk.. Dan tadaa… Saya ada cerita untuk dikongsikan sementelah saya tidak bekerja lagi di situ dan saya rasa selamat untuk bercerita tanpa ada rakan-rakan yang cuba untuk menskodeng tempat saya bekerja *sambil toleh kiri kanan* Hehehe…


Ini Ammar Aizat. Setiap kali saya nak ajar Iqra’, memang berhempas-pulas dengan budak ni. Semua cara saya pernah cuba – dari cara lembut sampai cara kasar. Pujuk bagai, ugut tak bagi balik rumah kalau taknak ngaji, tarik telinga, pegang kepala serta tarik kaki dan tangan untuk paksa dia ngaji. Haish. Memang saya tak dapat nak tahan rasa nak gelak besar-besaran semasa melakukan semua perbuatan di atas. Tapi dia masih buat ‘dunno’ dengan memandang ke tempat lain atau memejam mata, semata-mata sebab taknak baca Iqra’!



Ini pulak Aina Faqihah. Budak bijak yang petah bercakap. Awaslah cikgu kalau berkata-kata dalam kelas tanpa berfikir terlebih dahulu. Setiap butiran dan leteran kata-kata saya dalam kelas diikutnya dengan gaya yang garang tu. Huii, memang sebijik lah, boleh masuk pertandingan ‘tiru gaya cikgu’. Cikgu yang malu sendiri. Huhuhu…




Ini pulak Amier Suhairi. Bagus budaknya. Hormat cikgu dan mendengar kata, err tapi hanya untuk beberapa minit ja. Kalau ada ‘geng’, suka menghilangkan diri dari kelas. Berlari keluar tanpa pengetahuan cikgu, sampai cikgu kena main kejar-kejar dengan dia, kepung untuk tangkap dia masuk semula dalam kelas. Peluh hooo.. Tapi kalau takdak ‘geng’, baik dan santun. Siap tarik tangan cikgu, ajak cikgu teman main papan lungsur. Hihi..



Ini namanya Nur Atiqah. Nampak diam dan pemalu. Ke mana-mana pasti dengan botol susu. Kalau botolnya diambil, nanti siaplah cikgu dengar ‘nyanyian’nya nakkan botol balik. Kalau waktu ngaji Iqra’ pun taknak lepas botol susu. Kadang-kadang kalau mood tak baik dan tak mau mengaji, botol susu tulah yang saya jadikan umpan untuk paksa dia ngaji. Culik botol susu, nanti dia akan ikut apa yang cikgu suruh, asalkan dapat balik botol. Heh.



Ini pulak Syed Nasrin. Nampak hensem dan macho. Tapi setiap pagi akan meraung bila dihantar ke tadika. Cikgu kena cukup tenaga untuk heret ini budak masuk ke dalam pagar tadika. Kalau tengah mengajar pun, tiba-tiba boleh berlinang air mata, “nak balik” katanya. Time makan pun kena pujuk. Cara keras memang tak pandang. Jadi, cikgu kena berlembut dan cakap dengan kasih sayang baru cair. Haih.



Yang ini namanya Nurin Farhana. Manja dan mudah mesra dengan cikgu. Tapi kalau dia buat salah dan ditegur atau dimarahi cikgu, tiada kompromi dia nak buat apa-apa kerja yang cikgu suruh selepas tu. Budak bijak juga ni. Tahu apa yang dia akan jawab kat cikgu bila ditanya kenapa duduk jauh-jauh dan tak nak buat kerja yang cikgu suruh? “Tadi cikgu marah kite, sekarang cikgu nak suruh-suruh kite buat keje pulak.” Adoila… Hmm, di sini cikgu perlu menjelaskan rasional tindakan cikgu sebelum ini dalam usaha memujuk dan menyejuk hati budak comel ini. Haha.. Padan muka cikgu!

Hmm, cerita di atas belum lagi bab tiba-tiba seluar basah dan cikgu kena salin seluar baru, bab pijak-memijak kawan-kawan yang lebih lemah, bab menangis hampir setiap jam bermula pagi hingga tengah hari dan bab cikgu sebut nama polis untuk menakutkan murid. Maaf ye pakcik polis. Saya terpaksa guna nama polis, sebab anak murid saya tak pernah takut dengan cikgu. Dia hanya  takut untuk membuli kawan-kawan jika nama pakcik polis disebut. Hua...

P/s: Aku kangen bangat sama ini anak-anak. Kalaulah budak-budak ni tahu yang cikgu mereka pun suka menangis sama macam mereka.. Oh, alangkah!

Moral:
  1. Seorang guru sepatutnya menjadi contoh teladan kepada murid. If you want to teach your student about patient, you have to be patient at the first place.
  2. Guru perlu rajin menggali ilmu sebelum masuk ke kelas. A teacher need additional reading in order to deliver their lesson effectively. The content subject and the method of delivery - both are important in teaching learning process.
  3. Wahai guru, layanlah anak murid anda sebagaimana anda mahu anak anda sendiri dilayan oleh guru mereka nanti. Treat your students the way you want your children to be treated.

*Satu muhasabah diri, selepas 4 bulan bergelar guru tadika dan lebih setahun menambahkan ilmu dalam bidang pendidikan. Saya masih jahil sewaktu menjadi guru ketika itu dan sebenarnya banyak perkara yang perlu dibaiki.. :(

No comments:

Post a Comment

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....