Popular Posts

Sunday, December 19, 2010

Uji Kuasa Minda

Mata ke Hati. Kali pertama menonton rancangan tersebut, saya terus tertarik untuk mengikutinya hingga ke hujung siaran. Program tersebut diacarakan oleh Prof. Dr. Muhaya menerusi channel Astro Oasis (kalau tak silap). Tajuk yang saya tonton pada hari tersebut ialah kuasa minda. Apakah yang dimaksudkan dengan kuasa minda? Kuasa minda merujuk kepada tenaga yang berada dalam diri setiap manusia. Ia memang tersedia sejak kita dilahirkan.



Dalam rancangan tersebut, penonton telah disajikan dengan 2 demonstrasi untuk menguji kuasa minda seseorang. Jom kita tengok!

  1. Seorang pelajar ditanya tentang cita-citanya dan dia menjawab bahawa dia ingin menjadi seorang saintis suatu hari nanti. Pelajar tersebut kemudian diminta untuk membayangkan bahawa pada 20 tahun akan datang, dia BERJAYA mencipta kereta terbang. Dia dikehendaki untuk menutup mata, sementara sebelah tangan kanannya didepakan dan diarahkan untuk melawan tekanan yang dikenakan ke atas tangannya itu. Selepas beberapa ketika diuji dengan tekanan, pelajar tersebut berjaya melawan tekanan yang dikenakan ke atas tangannya. Kemudian, pelajar tadi diminta untuk membayangkan reaksi NEGATIF dan senyuman sinis rakan-rakannya tentang cita-citanya untuk menghasilkan kereta terbang. Setelah itu, dia sekali lagi diuji dengan tekanan yang sama. Apa yang menakjubkan saya, tangan yang mampu melawan tekanan tadi gagal dan akhirnya tertolak ke bawah apabila tekanan yang sama dikenakan.
  2. Seorang pelajar perempuan diminta untuk menudingkan jari telunjuknya ke depan dan diarahkan untuk memusingkan badannya setakat yang termampu olehnya. Tempat terakhir tangan pelajar itu menuding ditanda. Pelajar itu kemudian diminta untuk memejamkan mata dan membayangkan bahawa dia dapat menuding jarinya sejauh yang mungkin. Kemudian dia diarahkan untuk mengulang kembali arahan awal tadi. Hasilnya, pelajar tersebut berjaya memusingkan tangannya lebih jauh pada kali kedua setelah membayangkan bahawa dia mampu melakukannya.

Jadi, apa kesimpulan daripada kedua-dua ujian kuasa minda tadi?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika positif dan baik-baik sahaja fikiran kita, maka hasil yang akan kita peroleh juga positif. Jika negatif fikiran kita, maka perkara sebaliknya akan terjadi.

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman:

"Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada-Ku, maka berprasangkalah ia kepada-Ku sesukanya."

Justeru, kita disarankan untuk berprasangka baik kerana kebarangkalian sangkaan kita (baik atau buruk) untuk menjadi kenyataan adalah sangat tinggi. Bukankah Allah itu menurut sangkaan hamba-Nya?

Anda fikir, anda pilih!

No comments:

Post a Comment

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....