Popular Posts

Monday, November 1, 2010

Rapuhnya Aku

Rasa sedih tatkala mendengar bait-bait lagu Rapuh nyanyian Opick. Terasa sekali bagai ada sesuatu yang mengusik jiwa tentang lagu ini. Aku terus mengulang-ulang lagu tersebut dan akhirnya tertulis jua apa yang terbuku di hati…

Rapuhnya aku..
Mudah melatah bila diuji
Mudah merintih bila disakiti
Mudah goyah bila diasak

Rapuhnya aku..
Mudah mengharapkan sesuatu yang payah
Tetapi payah untuk mengusahakan sesuatu yang mudah
Seringkali alpa tika emosi merajai diri

Rapuhnya aku..
Selalu mengharapkan ujian yang ringan
Tetapi aku sering lupa bahawa
Iman yang berat itu lebih utama

~ Usahlah meminta diringankan ujian, tetapi mohonlah agar diberatkan iman… Usahlah risau akan pandangan manusia terhadapmu, tetapi bimbanglah akan pandangan Allah terhadapmu… Hiduplah dengan cinta Pencipta, bukan mendamba pada cinta ciptaan Pencipta… Hiduplah kerana cinta-Nya, kerana hanya dengan cinta-Nya kau bakal menemui cinta orang yang mencintaimu kerana mencintai-Nya! ~

No comments:

Post a Comment

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....