Popular Posts

Friday, November 19, 2010

Kecewa & Doa

Assalamualaikum w.b.t…

Apa yang anda rasa apabila anda telah mencurahkan seluruh usaha, masa dan tenaga untuk sesuatu, tetapi akhirnya hasil yang anda peroleh kurang memuaskan, mengecewakan dan tidak dihargai? Sudah tentu perasaan letih, penat, kecewa dan putus asa akan muncul waktu itu. Rasa penat kerana usaha dan masa yang dikorbankan terasa tidak setimpal dengan hasil. Rasa sedih, kecewa dan putus asa kerana tenaga yang telah dihabiskan terasa tidak berbaloi dengan apa yang anda harapkan. Lain yang dipinta, lain pula yang dapat.

Saya pernah terbaca kata-kata ini, “Allah tidak memberi apa yang kita inginkan, tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan”. Ingatlah, sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Mungkin kita belum nampak lagi hikmahnya sekarang. Doa kita belum lagi dimakbulkan Allah mungkin kerana masanya belum sesuai. Ada tiga cara Allah perkenankan doa hamba-Nya:
  • Allah memakbulkan doa hamba-Nya secara terus.
  • Allah lambat memakbulkan doa kerana ingin menguji hamba-Nya.
  • Allah tidak memakbulkan doa tersebut kerana Dia ada sesuatu yang lebih baik buat kita.



Jadi, sentiasalah berbaik sangka dengan Allah. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya. Teruslah berusaha dan berdoa. Kemudian, bertawakkallah kepada-Nya.

“Dan bila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku memperkenankan permintaan orang yang meminta, apabila dia meminta kepada-Ku. Sebab itu, perkenankanlah seruan-Ku dan berimanlah kepada-Ku, supaya mereka berjalan lurus”.
(Al-Baqarah: 186)

No comments:

Post a Comment

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....