Popular Posts

Tuesday, November 20, 2012

Ada Apa dengan Boikot

Assalamualaikum.

Masih panas dengan isu Palestin. Dah lama saya berdiam diri sebenarnya sebab tak pandai nak menulis tentang isu Palestin, yang bagi saya ia bukan isu kecil. Tapi melihat pada sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih relax dan cool dengan isu boikot ni, saya pulak yang panas. Rasa gatal tangan nak menulis sampaikan tak boleh nak menulis concept paper selagi tak menulis di sini. Lihatlah gambar di bawah ni. Grrrr..



“Eh, kenapa nak marah pulak? Lagipun apa sangatlah kalau setakat aku sorang je makan McD. Tak jejas pon kan. Bukan ke McD Malaysia ada bagi statement ni ha… McD Malaysia tak salurkan pada rejim Israel pon. Ce baca ni.”



Adoi. Kalaulah sepuluh orang cakap macam anda, bagaimana? kalau seratus atau seribu orang cakap macam anda bagaimana? Memanglah depa kata lagu tu kak oii.. Sapa yang nak ngaku kalau depa baling batu? Haih. Dengaq sini baek-baek no..

Berikut ialah ulasan dari Pengerusi Aqsa Syarif:

Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar franchisee fees kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun setiap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari revenue mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar).

Oleh kerana McD konsisten menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan message yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan. Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat disclaimer bahawa 'mereka tidak menyumbang kepada israel' bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka boycott akan gagal dan McD Corporation US bolih meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel.

Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing maka ini akan menyampaikan message yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kpd Israel.

Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee shj jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang bolih dibeli oleh Israel dgn sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin.

Kerana itu boycott adalah satu 'peperangan'. Seruan boycott akan di counter oleh pihak musuh dgn mengatakan kami 'cawangan tempatan' dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kpd ekonomi negara dan menyediakan peluan pekerjaan kpd rakyat tempatan.

Jika semua negara membuat pengistiharan spt ini dan semua warga dunia terpedaya dgn seruan manis; ini boycott akan gagal total. Tetapi apabila McD semberang laut menerima tempiasan dari polisi McD Corp yang membiayai israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kpd zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.

Ingat boycott adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah 'yang masuk akal' untuk menggagalkan strategi boikot.

Rasional kenapa perlu boikot sudah dijelaskan di sini. Kalau tak tahu, kena belajar. Kalau dah tahu, silakan beramal. 



Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; 
"Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." 
(Hadis riwayat Muslim).

Saya tak mahu kelak di akhirat jika saya ditanya tentang usaha saya untuk membantu saudara Islam yang sedang menderita di Palestin, lidah terkelu dek kerana tiada sedikit pun doa, sumbangan mahupun perasaan benci kepada musuh yang menyerang mereka. Sudahlah tak dapat pergi berjuang di sana, berperang dengan nafsu sendiri untuk menolak McD, Nestle, Starbuck dan Coke pun tak mampu. Sedih. =.=”





TABUNG A2G EMERGENCY RELIEF AQSA SYARIF BERHAD di:
1) Maybank Islamic 551575004299
2) Bank Islam 12092010034904.

Oh ya. Untuk yang nak menderma kepada rakyat Palestin melalui khidmat pesanan ringkas (sms), bolehlah taip PALESTIN10 (nilai RM 10/5/3/1) dan hantar ke 39111 (Aman Palestin).

Sekian, terima kasih.

P/s: Sekarang baru rasa aman sikit nak buat kerja.





Bahaya Syiah

Assalamualaikum w.b.t…


Kali ni saya nak berkongsi beberapa perkara tentang Syiah. Ilmu yang saya dapat ni hanya secebis, tapi cukuplah sekadar anda tahu basic knowledge tentang Syiah. Ha… lepas dah tahu sikit nanti, anda pasti akan dapat detect orang Syiah di persekitaran anda. (^_^)V

Senang cite, orang Syiah ni sangat mengagungkan Saidina Ali a.s.. Kalau kita, contohnya tengah berjalan tersepak batu. Kita akan cakap, “Allahu akbar!” Tak pun paling koman, “Opocot!” Tapi orang Syiah ni, mereka akan sebut nama Saidina Ali, instead of Allah. Sampaikan syahadah mereka pun ada 4 kalimah (mereka menambah nama Saidina Ali) dalam syahadah mereka. 

Malah, gelaran ‘karamallahu wajhah’ juga ialah gelaran yang diberi oleh Syiah untuk Saidina Ali. Sebenarnya, Allah beri pangkat kepada Saidina Ali sama seperti para sahabat yang lain – Saidina. Menurut Ustaz Darus, kalau gelaran ‘karamallahu wajhah’ itu diberi kepada Ali sebab Ali tidak pernah meyembah berhala, sahabat-sahabat yang lain pun ada yang tidak pernah menyembah berhala sepanjang hayat mereka, tapi kenapa hanya Ali yang mendapat gelaran sedemikian? Bagus jawapan ustaz. Soalan dijawab dengan soalan. =)

Berikut ialah kurafat Syiah di Malaysia (setiap satu ada kisah dongeng tersendiri):

  • Tongkat Ali dan Kacip Fatimah
  • Buah gajus/janggus/ketereh
  • Pokok nipah


Berikut ialah soalan-soalan biasa yang ditanya tentang Syiah.

Syiah ni apa sebenarnya?
Syiah ialah satu agama, bukan satu mazhab.
-          Mazhab: perbezaan pada furu’
-          Agama: perbezaan pada usul, dasar dan akidah (syahadah orang Syiah ada nama Saidina Ali).
- Siapa yg beramal dengan Syiah -> kafir/murtad.

Oh, kiranya orang Syiah ni bukan Islam ke?
Hm, sebenarnya sukar untuk menjelaskan Syiah itu bukan Islam dan ia merupakan satu agama. Sebabnya:

  • Orang Syiah guna al-Quran yang sama dengan Islam, yang lainnya ialah tafsir mereka – mentafsir ayat Quran ikut suka hati selera Syiah.
  • Orang Syiah juga berpuasa seperti orang Islam.
  • Orang Syiah bersolat hampir sama dengan orang Islam, cuma bezanya pada tahiyat dan bacaan mereka.


Adakah Syiah ni sama dengan agama-agama lain?
Syiah sama dengan agama-agama lain rekaan manusia, seperti Qidyani (Mirza Ghulam Ahmad), Bahai, Taslim (Hj. Ahmad Matahari) dan Kerajaan Langit (Ayah Pin).

Apa bezanya Syiah dan Tasyaiyyu’?
Syiah ertinya beramal dengan Syiah manakala Tasyaiyyu’ pula ialah bersimpati dengan Syiah.

Apa perkara-perkara syirik dalam Syiah ni?
Antara syirik Syiah ialah:

  • Syiah mendakwa dunia dan akhirat milik Imam…

o   Dakwaan ini boleh ditolak mentah-mentah. Rujuk surah Al-Baqarah, ayat 107.
Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi?...


  • Syiah percaya bahawa para Imam mereka lebih tinggi maqamnya daripada maqam para Nabi dan Malaikat.



  • Syiah mendakwa bahawa Imam mereka pun diberi Ismah sama seperti Nabi a.s.. Mereka juga percaya dengan Ismah para Imam, menggunakan kata-kata seperti “Kata Imam: …” atau dalam bahasa Arabnya, “Qola imam: …” (instead of “Kata Nabi: …”).

o   Ismah bermaksud tidak melakukan dosa/perkara yang dilarang oleh Allah. Mereka sangat taat pada Imam dan percaya Imam mereka bersifat maksum. Baik, ini dalil untuk menentang hujah mereka. Sila rujuk surah An-Nisa’, ayat 59.
Wahai orang-orang yang beriman!... Jika kamu berbeda pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah dan Rasul (bukan kembalikan kepada Imam ok)


  • Syiah menghina Rasulullah dengan mengatakan bahawa hanya lapan orang sahaja yang masuk Islam sewaktu dakwah Rasulullah, yang lain semuanya Syiah belaka (kata mereka).



  • Syiah melaknat Jibril, para sahabat dan isteri-isteri Rasulullah.



  • Orang Syiah juga mengamalkan sikap bertaqiyah atau berbohong. Sebagai contoh, jika mereka memaki Nabi dan para sahabat, kemudian mereka ditanya kenapa mereka berbuat demikian, mereka akan berkata, “Kami tidak memaki mereka sama sekali”. Sekali imbas, perkataan ‘taqiyah’ ni kelihatan seperti perkataan ‘taqwa’. Amboi!



  • Orang Syiah sujud ke atas Tanah Karbala’. Bagi Syiah, Tanah Karbala’ ni suci, sesuci lebaran. Eh. Sesuci Sungai Ganges bagi orang Hindu. Tanah Karbala’ dibentuk dengan pelbagai rupa dan ukuran.



  • Sembahyang orang Syiah, pada tahiyat mereka bertasyahhud seperti syahadah mereka, iaitu 4 syahadah (orang Islam 2 kalimah syahadah je), dan diakhiri dengan ucapan “Khonal Amin” (bukan salam) sebanyak 3 kali sambil menepuk lutut 3 kali. Maksud ucapan “Khonal Amin” ialah mereka melaknat malaikat Jibril a.s..

o   Kenapa mereka melaknat malaikat Jibril? Orang Syiah melaknat malaikat Jibril kerana mereka percaya bahawa Ali lebih layak menjadi rasul, bukan Nabi Muhammad. Mereka menyalahkan malaikat Jibril kerana telah tersalah mengutus wahyu kepada Nabi Muhammad, dan bukannya Ali. Astaghfirullah…. (Geleng-geleng kepala mendengar cerita ini. Seram sejuk!)

Alhamdulillah. Selesai sudah perkongsian saya untuk kali ini. Moga ia bermanfaat untuk anda. Dan selepas saya tahu sedikit fakta tentang Syiah ni, baru saya sedar yang saya pernah bersolat berjemaah bersebelahan orang Syiah di masjid! 

Sumber: Ustaz Darus Senawi Ali (Pengkaji Syiah di Malaysia).

P/s: Iran pernah meminta kerajaan Malaysia untuk menghentikan pengeluaran majalah Mustaqim kerana majalah tersebut berjaya menyelongkar dan membongkar tentang Syiah. 

“Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari menyekutukan Engkau dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampun dari (menyekutukan-Mu) dengan sesuatu yang tidak kami ketahui”.

Friday, November 16, 2012

3 Types of Goals in Education



Thursday, 6th October 2011.

During the class, I had learnt how important philosophy of education is in achieving the goals of education. Philosophy will determine the curriculum of education and how to implement the curriculum into practical ways in order to achieve goals as well as the philosophy of education. There are three types of goals in education: instructional goal, management goal and support goal. Instructional goal means teaching and learning goal which involves teacher and students. Instructional goal is the most crucial goal in education as without it, the educational goal will never be reached. Whereas, management goal will determine how the administrator manages the goal according to his own methods. Last but not least is the support goal. The support goal will determine the service delivery such as teaching resources, teaching facilities and so forth. Goal is important for students learning because from the goal, the level of achievement can be measured specifically. Thus, the evaluation of learning is observable.

Sunday, November 11, 2012

Kanak-kanak Ribena



Dahulu semasa saya masih di bawah graduasi (baca: undergraduate), teman-teman sangat gemar menggelarkan saya sebagai kanak-kanak ribena. Tapi selepas tamat belajar dan bekerja sementara, saya akhirnya telah bertemu dengan kanak-kanak yang lebih ribena daripada saya. Eh.

Saya suka tengok gambar budak-budak ni kalau stress. Tsk tsk.. Dan tadaa… Saya ada cerita untuk dikongsikan sementelah saya tidak bekerja lagi di situ dan saya rasa selamat untuk bercerita tanpa ada rakan-rakan yang cuba untuk menskodeng tempat saya bekerja *sambil toleh kiri kanan* Hehehe…


Ini Ammar Aizat. Setiap kali saya nak ajar Iqra’, memang berhempas-pulas dengan budak ni. Semua cara saya pernah cuba – dari cara lembut sampai cara kasar. Pujuk bagai, ugut tak bagi balik rumah kalau taknak ngaji, tarik telinga, pegang kepala serta tarik kaki dan tangan untuk paksa dia ngaji. Haish. Memang saya tak dapat nak tahan rasa nak gelak besar-besaran semasa melakukan semua perbuatan di atas. Tapi dia masih buat ‘dunno’ dengan memandang ke tempat lain atau memejam mata, semata-mata sebab taknak baca Iqra’!



Ini pulak Aina Faqihah. Budak bijak yang petah bercakap. Awaslah cikgu kalau berkata-kata dalam kelas tanpa berfikir terlebih dahulu. Setiap butiran dan leteran kata-kata saya dalam kelas diikutnya dengan gaya yang garang tu. Huii, memang sebijik lah, boleh masuk pertandingan ‘tiru gaya cikgu’. Cikgu yang malu sendiri. Huhuhu…




Ini pulak Amier Suhairi. Bagus budaknya. Hormat cikgu dan mendengar kata, err tapi hanya untuk beberapa minit ja. Kalau ada ‘geng’, suka menghilangkan diri dari kelas. Berlari keluar tanpa pengetahuan cikgu, sampai cikgu kena main kejar-kejar dengan dia, kepung untuk tangkap dia masuk semula dalam kelas. Peluh hooo.. Tapi kalau takdak ‘geng’, baik dan santun. Siap tarik tangan cikgu, ajak cikgu teman main papan lungsur. Hihi..



Ini namanya Nur Atiqah. Nampak diam dan pemalu. Ke mana-mana pasti dengan botol susu. Kalau botolnya diambil, nanti siaplah cikgu dengar ‘nyanyian’nya nakkan botol balik. Kalau waktu ngaji Iqra’ pun taknak lepas botol susu. Kadang-kadang kalau mood tak baik dan tak mau mengaji, botol susu tulah yang saya jadikan umpan untuk paksa dia ngaji. Culik botol susu, nanti dia akan ikut apa yang cikgu suruh, asalkan dapat balik botol. Heh.



Ini pulak Syed Nasrin. Nampak hensem dan macho. Tapi setiap pagi akan meraung bila dihantar ke tadika. Cikgu kena cukup tenaga untuk heret ini budak masuk ke dalam pagar tadika. Kalau tengah mengajar pun, tiba-tiba boleh berlinang air mata, “nak balik” katanya. Time makan pun kena pujuk. Cara keras memang tak pandang. Jadi, cikgu kena berlembut dan cakap dengan kasih sayang baru cair. Haih.



Yang ini namanya Nurin Farhana. Manja dan mudah mesra dengan cikgu. Tapi kalau dia buat salah dan ditegur atau dimarahi cikgu, tiada kompromi dia nak buat apa-apa kerja yang cikgu suruh selepas tu. Budak bijak juga ni. Tahu apa yang dia akan jawab kat cikgu bila ditanya kenapa duduk jauh-jauh dan tak nak buat kerja yang cikgu suruh? “Tadi cikgu marah kite, sekarang cikgu nak suruh-suruh kite buat keje pulak.” Adoila… Hmm, di sini cikgu perlu menjelaskan rasional tindakan cikgu sebelum ini dalam usaha memujuk dan menyejuk hati budak comel ini. Haha.. Padan muka cikgu!

Hmm, cerita di atas belum lagi bab tiba-tiba seluar basah dan cikgu kena salin seluar baru, bab pijak-memijak kawan-kawan yang lebih lemah, bab menangis hampir setiap jam bermula pagi hingga tengah hari dan bab cikgu sebut nama polis untuk menakutkan murid. Maaf ye pakcik polis. Saya terpaksa guna nama polis, sebab anak murid saya tak pernah takut dengan cikgu. Dia hanya  takut untuk membuli kawan-kawan jika nama pakcik polis disebut. Hua...

P/s: Aku kangen bangat sama ini anak-anak. Kalaulah budak-budak ni tahu yang cikgu mereka pun suka menangis sama macam mereka.. Oh, alangkah!

Moral:
  1. Seorang guru sepatutnya menjadi contoh teladan kepada murid. If you want to teach your student about patient, you have to be patient at the first place.
  2. Guru perlu rajin menggali ilmu sebelum masuk ke kelas. A teacher need additional reading in order to deliver their lesson effectively. The content subject and the method of delivery - both are important in teaching learning process.
  3. Wahai guru, layanlah anak murid anda sebagaimana anda mahu anak anda sendiri dilayan oleh guru mereka nanti. Treat your students the way you want your children to be treated.

*Satu muhasabah diri, selepas 4 bulan bergelar guru tadika dan lebih setahun menambahkan ilmu dalam bidang pendidikan. Saya masih jahil sewaktu menjadi guru ketika itu dan sebenarnya banyak perkara yang perlu dibaiki.. :(

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....