Popular Posts

Tuesday, December 25, 2012

Kisah Semut dan Nabi Sulaiman


Assalamualaikum.

Sobahul khoir! Hari ni nak kongsikan cerita tentang salah satu makhluk Allah yang rajin dengan Nabi Sulaiman a.s. Moga bermanfaat… =)

Suatu hari, Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar biji gandum.

Lalu, Nabi Sulaiman a.s memasukkan semut tersebut ke dalam suatu botol dengan diletakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup. 

Cukup tempoh setahun, Nabi Sulaiman pun membuka mulut botol itu semula. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut.
Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada semut, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar biji gandum?

Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol, rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Jadi, dia tidak perlu risau akan hakikat itu. Tetapi apabila dikurung oleh manusia, dia mengambil langkah berjaga-jaga kerana tidak yakin dengan keprihatinan dan jaminan manusia. 

SubhanAllah!

Betapa tinggi sifat tawakkal dan keyakinan semut pada Allah, sehingga ia tidak sedikit pun bergantung pada janji dan jaminan manusia. Inilah sifat tawakkal dan ikhtiar yang boleh dipelajari daripada semut. Yakni, jangan sekali-kali bergantung kepada sesama makhluk dalam soal rezeki. Bergantung sepenuhnya kepada Allah.

Senyum.


No comments:

Post a Comment

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....