Jumaat, pagi.
Setelah selesai melakukan tugasan di masjid, saya mencari
tempat untuk berehat sebentar sementara menanti tamat waktu bertugas. Sekejap buka
Quran, sekejap baca buku. Tiba-tiba saya disapa oleh seseorang.
“Assalamu’alaikum.”
“'Alaikumussalam.”
“Kaifa haluki?”
“Alhamdulillah, bikhoir.”
“MasyaAllah… Blablalala…” (Alamak, dia speaking Arab pulak
dengan saya… sudah!)
“Sorry, I can’t understand you. I just remember the basic
Arabic.”
Jujur saya mengaku sambil tersenyum.
“Oh, I see. Are you Kelantan?”
“No, I’m not.”
“I’m finding someone from Kelantan… blablabla..” (dia cakap
arab lagi da)
Dia ialah seorang wanita. Kelihatan usianya sekitar 40-an. Kemudian
dia berlegar-legar mencari orang yang dimaksudkan. Kemudian, dia datang semula
ke tempat saya duduk tadi.
“What are you doing?”
“Are you studying? Are you reading Quran?”
“I just read the translation.”
Dia tanya saya dalam B. Arab.. “Can you read Quran?”
“Yes.”
Selepas tu, semua percakapannya dalam bahasa Arab. Oh, saya
memang blur. Hanya boleh menangkap beberapa patah perkataan.
Tengah blur tu, tiba-tiba muncul pula dua orang perempuan muda
berpurdah. Mereka senyum-senyum pada saya bila tengok saya tak faham percakapan
makcik tadi. Salah seorangnya datang dan menjadi penterjemah.
Katanya makcik tu
nak saya bacakan Quran, kemudian dia nak terjemahkan.
Saya pun membacakan separuh daripada muka surat dan makcik
tadi menterjemahkan dalam bahasa Arab, dan perempuan tadi menterjemah ke dalam
bahasa Melayu. Makcik tu menceritakan tentang ‘Arasy Allah – makhluk Allah yang
paling besar. Juga sifat-sifat Allah yang tidak sama dengan manusia dan
kebesaran Allah yang mencipta bumi, langit, sungai-sungai, tumbuhan dan sebagainya.
Juga mentafsirkan ayat ke-11 surah Syura.
Saya mendengar dalam kedua-dua bahasa, sambil
mengangguk-angguk faham. Dalam masa yang sama, hati saya masih tertanya, “Siapa
makcik ni? Siapa pulak penterjemah ni?”
Subhanallah. Saya memang blur.
Setelah selesai makcik tadi menterjemah, barulah kami
berkenalan. Makcik tadi berasal dari Lubnan. Salah seorang perempuan tadi pula ialah
pelajar UM. Saya pun bertanya pada mereka, bagaimana boleh kenal makcik tadi. Salah
seorangnya mengaku pernah berjumpa beliau pada tahun lepas, di masjid yang
sama.
Mereka tidak pernah berjanji. Tapi hari ini mereka bertemu
lagi. Hanya untuk berkongsi dan bercerita tentang keagungan Allah.
Dalam hati saya berkata, "Mungkin makcik tadi nak berkongsi ilmu yang dia ada. Sekurang-kurangnya dapat juga pahala, dan pahala akan berganda-ganda lagi apabila ilmu yang dikongsi tu diamalkan oleh orang lain. Dan betapa pemurahnya Allah, orang yang menyampaikan ilmu akan mendapat pahala yang sama dengan pahala orang yang mengamalkan ilmu yang diajarkan tadi, tanpa berkurang sedikitpun.
MasyaAllah!
Dan saya berazam untuk berkongsi ilmu yang saya ada dengan orang terdekat di sekitar saya, biidznillah...
"Bertaqwalah kepada Allah walau di mana
jua kamu berada, dan turutilah segala kejahatan yang kamu lakukan itu dengan
kebaikan, nescaya ia akan menghilangkan kejahatan tersebut. Dan berakhlaklah
kepada manusia dengan akhlak yg mulia."
(Hadis Riwayat At-Termizi dan Ahmad)
(Hadis Riwayat At-Termizi dan Ahmad)
P/s: Kena banyak buat baik, moga-moga pahala kebaikan yang dibuat mampu untuk memadam dosa-dosa lalu. Allah menilai walau sekecil-kecil kebaikan...
- senyum itu sedekah
- menolong orang dalam kesusahan itu sedekah
- solat dhuha itu sedekah
- membuang benda yang menghalang laluan/ jalan itu sedekah
- memberi nasihat itu sedekah
- berzikir itu sedekah
- merenung ciptaan Allah sambil mengingati-Nya juga sedekah
- niat nak buat baik, dah dapat 1 pahala. belum buat lagi tu..