Assalamualaikum...
Hari ni terbaca berita tentang kenyataan NASA bahawa
matahari diramalkan akan terbit dari arah barat. Berikut adalah sebahagian
daripada artikel yang dapat dikongsikan di sini.
Sains
astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan
sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa
lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu
terhenti ke arah laluan tersebut.
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke
arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit
dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde
motion”.
Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan
melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya
berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!
Subhanallah!
Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang
hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.
Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit
dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh.
Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil
sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.
Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman
umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku
walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Untuk membaca artikel penuh boleh rujuk pada link di
bawah:
Daripada Huzaifah bin
Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami
pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang
kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang
hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari
qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya".
Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari
dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan
Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga
di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri
Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)
P/s: Saya kurang pasti dengan hadis
di atas – dicedok daripada http://www.pekida.org/hadis40/hadis42.htm .. Sebab tak pernah dengar HR Muslimi. Jika salah tolong betulkan ya. Terima kasih.
Cepat atau lambat, kiamat pasti akan berlaku. Buatlah kebaikan di dunia ini sebanyak-banyaknya, sebab tiada apa yang dapat menolong di sana nanti melainkan amalan kita di dunia. Dunia hanya sementara. Bertaubatlah sebelum terlambat. Peringatan buat diri saya sendiri juga.
"Sesungguhnya hari Kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentangnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.”
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan
amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat)
Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi
orang-orang yang bertakwa.”
"Sesungguhnya hari Kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentangnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.”
(Al-Ghafir: 59)
(A-li ‘Imran: 133)
No comments:
Post a Comment