Popular Posts

Saturday, July 28, 2012

30 Hari Mencari Cinta

Cinta. Jika sebut soal cinta, kebanyakannya akan membayangkan tentang cinta antara manusia – cinta ibu bapa kepada anak, cinta suami kepada isteri, dan sebagainya.Manusia berlumba-lumba untuk mengejar cinta manusia, berbuat sehabis daya dan berusaha sehabis cara untuk memenangi cinta mereka. Tapi, kadang-kadang kita lupa bahawa dalam mengejar cinta manusia, kita seakan melupakan cinta yang lebih agung – cinta yang mengatasi segala cinta yang ada di dunia ini.

Jika kita mencintai seseorang, pasti kita akan lakukan sesuatu untuk membuktikan cinta kita kepadanya. Begitu juga jika kita mencintai Allah. Cinta tidak dapat bertahan hanya dengan kata-kata 'I love you'. Cinta yang sebenar perlu disulam antara kata dan perbuatan. Jadi, di kesempatan Ramadhan ini, marilah kita cuba mencari cinta Dia itu dengan mengerjakan amalan yang disukai-Nya. Ya, inilah masanya.

Segala ganjaran sudah tersedia untuk kita, hanya menanti untuk dilunasi sahaja. Dia  tidak akan terjejas dengan sedikitnya amalan kita dalam menzahirkan cinta kita pada-Nya, tetapi kitalah yang akan rugi kelak. Ramadhan ialah permulaan yang baik untuk memulakan sesuatu yang baik, kerana ketika ini syaitan dibelenggu, dan yang tinggal hanyalah pertempuran antara diri dan nafsu sendiri. Dengan latihan dan amalan yang konsisten, insyaAllah tempoh 30 hari cukup untuk mendidik nafsu agar patuh pada suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.



Antara tips untuk mencari cinta Dia ialah:
  • Melakukan perbuatan atau amalan yang belum pernah ataupun jarang sekali kita lakukan sebelum ini. Contohnya seperti qiyamullail, solat sunat - dhuha, taubat, istikharah dan hajat.
  • Membiasakan diri membaca ayat suci al-Quran, mentadabbur maknanya serta berusaha untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan.
  • Banyakkan bersedekah. Rasulullah SAW ialah manusia yang paling dermawan dan lebih dermawan pada bulan Ramadhan, seperti angin yang bertiup. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”  (HR at-Tirmidzi)
  • Berbahagi kasih sayang sesama manusia (yang halal jer ye). Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”

Setelah kita melakukan semua perkara di atas, bagaimana pula untuk kita tahu sama Ramadhan yang telah dilalui memberi kesan pada jiwa kita? Caranya ialah, jika amalan yang kita lakukan semasa Ramadhan itu masih lagi berterusan dalam bulan-bulan seterusnya dan menjadi rutin, maka itu tandanya Ramadhan telah terkesan pada jiwa. Contohnya, amalan sunat dhuha kita berterusan walaupu setelah berakhirnya Ramadhan. Selain itu, tanda yang lain ialah seseorang itu akan berubah menjadi lebih baik berbanding dengan dirinya sebelum Ramadhan. Jangan berlengah untuk melakukan kebaikan, kerana ajal datang menjemput tidak mengira tua atau muda. Adakah masih ada Ramadhan untuk kita pada tahun depan?

P/s: Sangat terkesan dengan tazkirah pagi tadi. Jom mencari cinta! =)


Friday, July 20, 2012

Ramadhan is Coming


Ramadhan is coming.. Ramadhan is coming..

Alhamdulillah, all praises are for Allah. I feel very happy and grateful to get another chance to enter this great month of all months. Do you know why? There are a lot of benefits in this blessed month of Ramadhan.

It is the month where I should learn to control my own desire with the absence of devils, to increase my worship to Allah, to strengthen my iman, to do more good deeds and to change my habits - from bad to good, from good to better, and from better to the best! Yes, this is the time to recharge my iman within 30 days and Allah has promised a lot of goodness and mercy for His servant in this month. So, why don’t I grab this chance?

Oh you who believe! Fasting is prescribed to you as it was prescribed to those before you, that you may learn piety and righteousness.
(Al-Baqarah: 183)

"When Ramadhan comes, the gates of mercy are opened and the gates of Hell are shut, and the devils are put in chains."
(Al-Bukhari and Muslim)


Happy Ramadhan, my dear friends. Please forgive me for all my wrongdoings. Let’s spend this blessed month to seek His pleasure and forgiveness. May Allah bless us all.

P/s: Let’s put our maximum effort for this Ramadhan as if it will be our last Ramadhan in this world. May Allah give me strength and health to spend this precious time in Ramadhan wisely. Ameen.. Ramadhan kareem!



Monday, July 2, 2012

Kiamat Sudah Dekat?


Assalamualaikum...

Hari ni terbaca berita tentang kenyataan NASA bahawa matahari diramalkan akan terbit dari arah barat. Berikut adalah sebahagian daripada artikel yang dapat dikongsikan di sini.

Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.
Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.

Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Untuk membaca artikel penuh boleh rujuk pada link di bawah:


Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)

P/s: Saya kurang pasti dengan hadis di atas – dicedok daripada http://www.pekida.org/hadis40/hadis42.htm .. Sebab tak pernah dengar HR Muslimi.  Jika salah tolong betulkan ya. Terima kasih.

Cepat atau lambat, kiamat pasti akan berlaku. Buatlah kebaikan di dunia ini sebanyak-banyaknya, sebab tiada apa yang dapat menolong di sana nanti melainkan amalan kita di dunia. Dunia hanya sementara. Bertaubatlah sebelum terlambat. Peringatan buat diri saya sendiri juga.


"Sesungguhnya hari Kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentangnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.”
(Al-Ghafir: 59)

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.”
(A-li ‘Imran: 133)




Sunday, July 1, 2012

Yang Hidup & Mati

Dari Abu Musa RA Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan orang yang berzikir dengan yang tidak berzikir, seperti orang yang hidup dan orang yang mati.” (HR Bukhari fi ad-Da’awat, 11/208).

Hidup dan mati. Begitulah gambaran yang diungkapkan oleh Rasulullah SAW bagi menggembarkan orang yang berzikir dan yang tidak. Apakah dimensi, fungsi, serta kedudukan zikir sehingga orang yang melakukannya diibaratkan seperti yang hidup manakala yang tidak melakukannya digelar sebagai mati?

Fungsi dan kedudukan zikir bagi hati setara dengan fungsi makanan bagi tubuh. Seseorang yang tidak memenuhi keperluan ruang hati dan rohnya dengan zikir, samalah umpama tubuh yang tidak diberi bekalan makanan sebagai sumber kekuatan. Tubuh yang tidak memperolehi makanan akan menjadi lemah, tidak berdaya dan mudah diserang penyakit. Apabila keadaan ini berterusan, ia akan menyebabkan kebuluran dan padahnya adalah membawa maut. Demikian juga dengan hati yang kosong dari zikrullah. Zikir ialah makanan bagi hati. Semakin hari hati semakin lemah apabila makan tidak diperolehi. Ia akan mudah terumbang-ambing, goya dan resah. Hati menjadi mudah dikuasai hawa nafsu yang dkendalikan syaitan disebabkan tiada daya ketahanan. Akhirnya apabila keadaan ini berterusan, hati juga akan menemui nasib sebagaiamana yang menimpa tubuh iaitu mati.

Hati yang mati adalah hati yang tidak dapat menjalankan apa-apa fungsi. Manusia yang memiliki hati yang sakit atau mati, adalah manusia yang hidup tanpa nilai, tanpa pengemudi. Neraca penentuan sikapnya hanya ditentukan oleh kehendak hawa nafsu. Keadaan meeka ini lebih dahsyat jika dibandingkan dengan orang yang mati fizikalnya. Manusia yang mati secara fizikal tidak membawa kemudharatan kepada manusia di sekelilingnya tetapi manusia yang mati hatinya akan merugikan malah memudharatkan orang lain. Orang yang mati hatinya akan bertindak dalam konteks memenuhi kehendak hawa nafsu serta kesenangan peribadi. Ini sudah tentu menjerumuskan diri sendiri ke lembah kehancuran serta menyeret sama manusia lain. Buktinya hari ini jika dilihat pada dada-dada akhbar, perbuatan jenayah dan kekejaman semakin berleluasa dari hari ke hari, akibat terlalu mengikut hawa nafsu sendiri.



Zikir sebagai ubat
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah pernah menyatakan, “Zikrullah bagi hati, seperti air bagi ikan. Bagaimana keadaan ikan bila keluar dari air?” Manakala Imam Hasan al-Basri, ulama terkemuka pada zaman tabi’in juga pernah menjawab keluhan seorang pemuda tentang kekesatan hatinya. Beliau mengatakan, “Ubati hatimu dengan zikir.”

Hati yang rutin diisi dengan zikir kepada Allah akan menjadi kuat, teguh, istiqamah serta mampu mematahkan serangan dan pengaruh hawa nafsu yang dikendalikan oleh syaitan. Malah yang lebih penting, hati ini akan dekat kepada Allah, terhindar dari rasa keluh-kesah dan gelisah. Hati dan wajahnya pula memancarkan sinar, selalu optimis, sukacita dan gembira. Zikrullah (mengingati Allah) bukan sekadar kita mengingati Allah malah secara timbal balik akan menjadikan Allah ingat kepada orang yang melakukannya. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud,

“Berzikirlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu.”
(Al-Baqarah: 152)
Paling utama
Zikrullah banyak ragamnya. Boleh dilakukan dengan menyebut asma’ Allah (nama-nama Allah), sifat dan memuji Allah seperti ucapan subhanallah, Alhamdulillah, la ilaha illallah, dan lain-lain zikir seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW. Selan zikir-zikir tersebut, zikir yang paling utama ialah tilawatul Qur’an. Al-Qur’an merupakan sumber penawar dan ubat pelbagai penyakit hati. Ini bertepatan dengan janji Allah SWT seperti firman-Nya,

“Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orag-orang yang beriman.”
(Yunus: 57)

“Dan Kami turunkan dari al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan al-Qur’an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.”
(Al-Isra’: 82)

Penawar
Al-Qur’an merupakan penawar dan penjelas – penawar atau ubat bagi penyakit syahwat, dan penjelas bagi yang haq dan batil. Di samping itu, ia juga dapat membentuk kebersihan hati dan kejernihan persepsi. Dengan hati yang bersih dan pandangan yang lurus, hidup seseorang menjadi tenang dan istiqamah.

“Ketahuilah, bahawa dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”
(Ar-Ra’du: 28)


 Sumber: Mihwar.

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....