Popular Posts

Sunday, December 30, 2012

Jalan-jalan Cari Pahala


Jumaat, pagi.

Setelah selesai melakukan tugasan di masjid, saya mencari tempat untuk berehat sebentar sementara menanti tamat waktu bertugas. Sekejap buka Quran, sekejap baca buku. Tiba-tiba saya disapa oleh seseorang.

“Assalamu’alaikum.”

“'Alaikumussalam.”

“Kaifa haluki?”

“Alhamdulillah, bikhoir.”

“MasyaAllah… Blablalala…” (Alamak, dia speaking Arab pulak dengan saya… sudah!)

“Sorry, I can’t understand you. I just remember the basic Arabic.” 

Jujur saya mengaku sambil tersenyum.

“Oh, I see. Are you Kelantan?”

“No, I’m not.”

“I’m finding someone from Kelantan… blablabla..” (dia cakap arab lagi da)

Dia ialah seorang wanita. Kelihatan usianya sekitar 40-an. Kemudian dia berlegar-legar mencari orang yang dimaksudkan. Kemudian, dia datang semula ke tempat saya duduk tadi.

“What are you doing?”

“Are you studying? Are you reading Quran?”

“I just read the translation.”

Dia tanya saya dalam B. Arab.. “Can you read Quran?”

“Yes.”

Selepas tu, semua percakapannya dalam bahasa Arab. Oh, saya memang blur. Hanya boleh menangkap beberapa patah perkataan.

Tengah blur tu, tiba-tiba muncul pula dua orang perempuan muda berpurdah. Mereka senyum-senyum pada saya bila tengok saya tak faham percakapan makcik tadi. Salah seorangnya datang dan menjadi penterjemah. 

Katanya makcik tu nak saya bacakan Quran, kemudian dia nak terjemahkan.

Saya pun membacakan separuh daripada muka surat dan makcik tadi menterjemahkan dalam bahasa Arab, dan perempuan tadi menterjemah ke dalam bahasa Melayu. Makcik tu menceritakan tentang ‘Arasy Allah – makhluk Allah yang paling besar. Juga sifat-sifat Allah yang tidak sama dengan manusia dan kebesaran Allah yang mencipta bumi, langit, sungai-sungai, tumbuhan dan sebagainya. Juga mentafsirkan ayat ke-11 surah Syura.

Saya mendengar dalam kedua-dua bahasa, sambil mengangguk-angguk faham. Dalam masa yang sama, hati saya masih tertanya, “Siapa makcik ni? Siapa pulak penterjemah ni?”

Subhanallah. Saya memang blur.

Setelah selesai makcik tadi menterjemah, barulah kami berkenalan. Makcik tadi berasal dari Lubnan. Salah seorang perempuan tadi pula ialah pelajar UM. Saya pun bertanya pada mereka, bagaimana boleh kenal makcik tadi. Salah seorangnya mengaku pernah berjumpa beliau pada tahun lepas, di masjid yang sama.
Mereka tidak pernah berjanji. Tapi hari ini mereka bertemu lagi. Hanya untuk berkongsi dan bercerita tentang keagungan Allah.

Dalam hati saya berkata, "Mungkin makcik tadi nak berkongsi ilmu yang dia ada. Sekurang-kurangnya dapat juga pahala, dan pahala akan berganda-ganda lagi apabila ilmu yang dikongsi tu diamalkan oleh orang lain. Dan betapa pemurahnya Allah, orang yang menyampaikan ilmu akan mendapat pahala yang sama dengan pahala orang yang mengamalkan ilmu yang diajarkan tadi, tanpa berkurang sedikitpun.

MasyaAllah!

Dan saya berazam untuk berkongsi ilmu yang saya ada dengan orang terdekat di sekitar saya, biidznillah...

"Bertaqwalah kepada Allah walau di mana jua kamu berada, dan turutilah segala kejahatan yang kamu lakukan itu dengan kebaikan, nescaya ia akan menghilangkan kejahatan tersebut. Dan berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yg mulia."
(Hadis Riwayat At-Termizi dan Ahmad)




P/s: Kena banyak buat baik, moga-moga pahala kebaikan yang dibuat mampu untuk memadam dosa-dosa lalu. Allah menilai walau sekecil-kecil kebaikan...

  • senyum itu sedekah
  • menolong orang dalam kesusahan itu sedekah
  • solat dhuha itu sedekah
  • membuang benda yang menghalang laluan/ jalan itu sedekah
  • memberi nasihat itu sedekah
  • berzikir itu sedekah
  • merenung ciptaan Allah sambil mengingati-Nya juga sedekah
  • niat nak buat baik, dah dapat 1 pahala. belum buat lagi tu..
dan ada baaaaaanyak lagi. Jom!

Thursday, December 27, 2012

Tanda-tanda Hari Kiamat



  • Penaklukan Baitul Maqdis.
  • Zina berleluasa.
  • Alat muzik dan ramai penyanyi wanita bermaharajalela.
  • Masjid dihias dan dibanggakan.
  • Munculnya kekejian dan memutuskan silaturrahim.
  • Bulan sabit kelihatan besar.
  • Banyaknya dusta dan berita yang tidak tepat.
  • Banyak kesaksian palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
  • Ramai orang soleh meninggal dunia.
  • Orang yang hina mendapat kedudukan dan terhormat.
  • Salam hanya diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja.
  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi telanjang.


“Hari yang menggemparkan. Apa dia hari yang menggemparkan itu? Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? (Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran.”
(Al-Qaari’ah: 1-4)

Tuesday, December 25, 2012

Kisah Semut dan Nabi Sulaiman


Assalamualaikum.

Sobahul khoir! Hari ni nak kongsikan cerita tentang salah satu makhluk Allah yang rajin dengan Nabi Sulaiman a.s. Moga bermanfaat… =)

Suatu hari, Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar biji gandum.

Lalu, Nabi Sulaiman a.s memasukkan semut tersebut ke dalam suatu botol dengan diletakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup. 

Cukup tempoh setahun, Nabi Sulaiman pun membuka mulut botol itu semula. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut.
Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada semut, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar biji gandum?

Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol, rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Jadi, dia tidak perlu risau akan hakikat itu. Tetapi apabila dikurung oleh manusia, dia mengambil langkah berjaga-jaga kerana tidak yakin dengan keprihatinan dan jaminan manusia. 

SubhanAllah!

Betapa tinggi sifat tawakkal dan keyakinan semut pada Allah, sehingga ia tidak sedikit pun bergantung pada janji dan jaminan manusia. Inilah sifat tawakkal dan ikhtiar yang boleh dipelajari daripada semut. Yakni, jangan sekali-kali bergantung kepada sesama makhluk dalam soal rezeki. Bergantung sepenuhnya kepada Allah.

Senyum.


Monday, December 24, 2012

Terima Kasih Allah



Assalamualaikum…

Dah lama tak bercerita di sini.. Sangat sibuk dengan program, esaimen, dan exam sampai makan tak basah mandi pun tak kenyang (memang pon kan : p)

Alhamdulillah, baru selesai jawab take home exam. There’ll be one more paper next year (eh, lama lagi tu) hehe, next year in January ok.. insyaAllah lepas dah habis semua subjek, sem depan saya akan mula dengan tesis @ D.R… belum tahu hujung pangkal lagi nak buat yang mana satu. 

Senang cite, nak buat yang paling cepat boleh habis.. saya perlu habis cepat. Saya nak kerja. Saya nak kumpulkan duit. Saya nak… blablabla… kalau boleh saya nak settlekan perkara yang buatkan saya risau apa akan jadi kalau saya mati tanpa sempat menyelesaikan semuanya.. moga Allah permudahkan urusan saya.. ameen… 

Terima kasih Allah untuk sebuah keluarga yang menjadi penyejuk mata..

Terima kasih Allah untuk sahabat-sahabat fillah..

Terima kasih Allah kerana masih setia mengingatkan saya..

Terima kasih Allah kerana selalu menemani saya..

Terima kasih Allah untuk semua pengalaman berharga dalam hidup ini..

Terima kasih Allah untuk semua ujian ini.. dan saya sentiasa berdoa agar setiap kesakitan dan kesedihan yang saya alami akan mengurangkan dosa-dosa saya sebelum ni.. kerana kalau boleh saya nak jumpa Allah dalam keadaan bebas dari dosa.. 

T_T

 "Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantungkanlah dirimu hanya kepada Allah." (Ibnul Qayyim)

Monday, December 17, 2012

The Role of Critical Thinking in Islam


  
Critical thinking has been developed throughout the past 2500 years. Critical thinking was defined by the National Council for Excellence in Critical Thinking, 1987 as “the intellectually disciplined process of actively and skillfully conceptualizing, applying, analyzing, synthesizing, and/or evaluating information gathered from, or generated by, observation, experience, reflection, reasoning, or communication, as a guide to belief and action”. Critical thinking is a part of educational process either in schools or universities. Critical thinking is a skill that has to be developed in order to make it becomes a habit.
                 According to the author Dr. Yedullah Kazmi, “to be critical is to try to understand the world. To understand is to find reasons why things are the way they are”. We have to go through the process of codification in order to find the reasons. Critical thinking involves the process of coding and decoding of meaning. Coding here means an attempt to create new meanings in all different ways whereas decoding means to interpret or understand the world. Usually, it is impossible to be critical without the utopian imagination. A critique aims to give new and different meaning to life. A critique is practical and a necessary moment to understand the world which is to engage with the world.
As the Qur’an is guidance for Muslims, we are encouraged to understand the Qur’an through intellectual exercise namely critical thinking. Critical thinking needs freedom. Muslims have been given freedom by Allah to be critical and creative as His vicegerents on the earth.  However, if Muslims refuse to think for fear of making mistakes meaning that to ignore Allah who is forgiving and kind. To understand the signs of Allah, we have to be critical and creative. The process of understanding the meaning of a sign is a hermeneutical activity where the meaning of the sign is understood in the context of the meaning of the whole with reference to the meaning of a particular sign. The process is continuing in the movement from particular to the general and back and exploring new meanings as well as deconstructing the old settled meaning. The question is about how to understand the truth of which the Qur’an speaks. With the help of a structure of meaning which we possess by virtue of being-in-the-world, we try to make sense of the world around us. The structure of meaning will change when something new is understood in order to accommodate and assimilate it. Whilst, the degree of the structure of meaning to change depends on how different is that which is added.
            A creative mind is a critical mind. Human, whom has been given the mind, has to be creative to take the challenge in order to understand the Qur’an as well as to play his role as a vicegerent of Allah. The challenge of the Qur’an is the general condition for all people at all time and the understanding of the Qur’an is to develop. In order to understand the Qur’an, we have to align our thinking with the truth that the Qur’an speaks of, which in turn requires us making changes in our lived reality. Unfortunately, most of us are fear of accepting the challenge which prevents us from reading the Qur’an in order to understand it.
            The reading of the Qur’an is not only an act of personal piety for one’s relationship with Allah but to be an exercise engaged in to created tools of social critism in order to realize social justice on this earth. To be a vicegerent of Allah in this world means being concerned with the well being of other humans. The personal and social constitute one comprehensive moral and spiritual universe in Islam because both revolve around the axis of tawhid. Thus, social critique and pious life is dependent to each other. Meaning that, social critique is necessary for a pious life and pious life is necessary for engaging in social critique. Tawhid is the axis around which both social and personal existence revolves. On the other hand, taqwa is the process by which tawhid is first internalized and then lived in both spheres.
            A Muslim needs to look critically both at his/her society and other societies of the world to expose  at the individual and social level any deviation from tawhid and falling away from taqwa in Islam, knowledge is a path that leads to Allah. It highlights two things about Islam. Firstly that knowledge in Islam is important for a Muslim’s spiritual growth and development. Secondly, critical thinking is essential for a Muslim to grow intellectually and spiritually because knowledge is acquired through the active process of going beyond what one already knows.
In the Western critical thought, the success of a critique is judged purely on pragmatic and utilitarian grounds. For them, critique is entirely a this-worldy-affair, to bring changes in the world for the purpose of this world. However in Islam, to engage in critical thought is a moral commitment and to be judged on its moral worth independent of its success or failure in this world.  We are required to act morally but the success or failure of our actions is entirely in Allah’s hand. It is the principle of tawhid which is very important in Muslims’ life. Trying to preserve and maintain the principle of tawhid is an unending historical process. Therefore, it is vital to preserve the principle of tawhid in history as to avoid the utopian flavor in Muslim thought.
               As a conclusion, Muslims should be trained to think critically based on tawhid and take the challenge to understand the Qur’an in order to succeed in this world and the hereafter.


Tuesday, December 11, 2012

Andai Esok Ajalku



Andai esok ajalku
Aku tidak pasti adakah amalku sudah cukup
Untuk aku menempah tiket ke syurga
Atau adakah amalku mampu menyelamatkan diriku
Dari seksaan dahsyatnya api neraka

Andai esok ajalku
Aku tidak pasti adakah aku bersedia
Bagi menjawab persoalan Mungkar dan Nakir
Tentang  umurku, amalku, hartaku
Kemana telah kuhabiskan kesemuanya

Andai esok ajalku
Aku tidak pasti adakah aku mampu
Untuk ditinggal seorang-seorang di dalam kubur
Rumah sepi yang gelap dan sunyi
Tanpa teman mahupun pendamping setia

Andai esok ajalku
Tidakku sanggup lagi bergelak ketawa hari ini
Tidak akan kusia-siakan setiap detik dan ketika yang ada
Tidak akan kulayan segala yang tidak berkepentingan untuk akhiratku
Tidak akan kupandang pada keindahan dan kenikmatan pada dunia lagi

Andai esok ajalku
Aku akan berlumba-lumba untuk membuat amal kebajikan
Kerana aku tidak tahu antara semua amalku
Yang mana satu akan diterima di sisi-Nya
Yang mana satu bakal menjadi penyelamatku di akhirat nanti

Andai esok ajalku
Akan kuusahakan untuk berbuat sesuatu
Demi kepentingan dan kebaikan ummah
Agar ia bakal menjadi amal jariahku
Ketika aku sudah tiada di dunia ini

Andai esok ajalku
Ingin sekali aku katakan pada insan di sekelilingku
Betapa aku amat menyayangi kalian
Bahawa aku amat ingin mengajak kalian
Berpimpin tangan denganku menuju ke syurga

Andai esok ajalku
Dan andai hari ini aku masih bermain-main
Terlalu leka dan khayal dengan dunia
Ingin sekali aku mempunyai sahabat dan teman sejati
Yang saling mengingatkan tentang ajal yang bakal tiba

Andai esok ajalku
Sama ada diri ini bersedia atau tidak
Yang pasti semua manusia akan menghadapinya
Ajal tidak membilang usia, tidak menghitung tua atau muda
Tidak melihat pada status dan harta

Harta berjuta tidak kan mampu untuk membeli tiket ke syurga
Rupa lawa tidak mampu untuk menempah tempat paling cantik di syurga
Umur muda tiada guna andai masa yang ada selalu disia
Semuanya akan tercatat pada buku catatan Rokib dan ‘Atid nanti


 P/s: Apabila seseorang mati, ada 3 perkara yang akan mengirinya ke kubur, tetapi 2 akan meninggalkannya dan hanya 1 yang tinggal dengan si mati. Dua perkara tersebut ialah keluarga dan harta, satu perkara yang tinggal ialah amalan. Wallahu’alam.



"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhamu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan."
(Al-Kahfi: 46)

10/12/12
11.49 p.m.
Gombak.

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....