Popular Posts

Monday, January 2, 2012

Mencuci


Ketika mencuci baju pagi tadi, terfikir: "kan bagus kalau dapat cuci hati macam cuci baju…."




Cuci hati tak sesenang cuci baju, sebab kadang-kadang kita tak tahu pun bila hati kita kotor. Kalau tak tahu yang hati kotor, macam mana nak cuci kan? Jom tengok, apa tanda-tanda hati kotor.. 
  • Larut dalam dosa
  • Tidak menghayati kandungan al-Quran
  • Tidak serius ketika mendengar pencerahan hati (dakwah) atau petunjuk-petunjuk Allah
  • Mancari kesalahan dan mengikut hawa nafsu
  • Berprasangka buruk (su’u dzon)
  • Mendustakan janji-janji Allah
  • Enggan berjuang di jalan Allah
  • Benci ketika nama Allah disebut
  • Mudah menyukai wanita yang tidak halal
  • Tertutup dari cahaya Allah S.W.T. Hatinya tidak bisa lagi menerima kebenaran dan petunjuk yang didengar telinganya
  • Mudah hanyut dalam fitnah

 (Menyelami Ayat-ayat Hati – Nur Faizin Muhith): http://anisha3.multiply.com

Cara membersihkan hati 
  • Baca al-Quran dengan memikirkannya
  • Puasa
  • Qiyamullail
  • Taubat
  • Mengingati Allah
  • Doa
  • Bergaul dengan orang-orang soleh
  • Mengingati mati
  • Menghadiri majlis ilmu


“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat da memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat)…”
(Al-Hasyr 59: 18)


“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
 (Al-Ankabut 26: 69)

P/s: Seorang hamba yang menulis untuk memberi peringatan buat diri sendiri. Kerana diriku juga manusia biasa, yang lupa apabila tidak diperingatkan, yang leka apabila dilalaikan. Moga diberikan istiqamah di jalan-Nya... Amin.

No comments:

Post a Comment

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....