Popular Posts

Tuesday, January 31, 2012

Sebiru Hari Ini


Assalamualaikum.. 



Cuba tengok awan kat atas ni, rasa tenang, kan? Kalau rasa resah-gelisah, gundah dan sedih tak tau nak buat macam mana, try tengok awan. Tak pun cuba tengok alam semulajadi; batu, air yang mengalir, burung yang terbang bebas di udara. InsyaAllah, hati pasti akan tenang... sebab alam semulajadi yang kita lihat tu sedang berzikir pada Allah. Kalau nak lebih baik lagi, cuba latih diri untuk berzikir dan beristighfar (peringatan untuk diri sendiri ^^,). Dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang... (Al-Ra'd).


Alhamdulillah, result dah dapat check hari ni.. Satu permulaan yang baik, insyaAllah :) Cuti masih berbaki kurang seminggu lagi dan semester depan pasti menjanjikan lebih cabaran. Uhuk2! Ada tambahan satu subjek sem depan berbanding sem lepas. Hm, lepas ni semakin tinggi harapan dan tanggungjawab nampaknya. Apapun, saya nak habiskan cuti berbaki ni sebaik mungkin. Masih banyak perkara dan hal surat-menyurat yang perlu diuruskan. Oh ya, saya sempat meluangkan masa bersama sahabat yang datang berziarah di Perlis untuk melawat Masjid Al Hussain, sebuah masjid baru di Kuala Perlis. Ia juga dikenali sebagai Masjid Terapung di sini. Maaflah, saya tak dapat nak tunjukkan gambar masjid yang sedang terapung disebabkan masa ziarah kami adalah selepas waktu Zuhur. Hehe. Jadinya, air di kuala tengah surut waktu tu. Kalau nak cantik, better pergi berziarah waktu lewat petang, boleh terus berjemaah Maghrib di sana. Pemandangan waktu malam di sana pun tak kurang hebatnya, subhanAllah.



Pandangan sisi Masjid Al Hussain, Kuala Perlis..air tengah surut.

Rekaan siling yang unik.. Tertulis 5 Rukun Islam dalam 5 bahasa: Melayu, Inggeris, Arab, Cina & India. 

Masjid Al Hussain, Kuala Perlis.

P/s: Berdebar-debar untuk masuk semester baru. Nampaknya kena lebih rajin lagi sem depan, insyaAllah. Rabbi yassir wala tu'assir.. 

No comments:

Post a Comment

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....