Popular Posts

Wednesday, May 4, 2011

Tolong Ingatkan Aku

Sudah menjadi lumrah manusia, sudah terhantuk baru terngadah. Apabila berlaku sesuatu perkara yang tak diingini, baru tersedar akan kesilapan yang telah dilakukan. Astaghfirullah… Aku terlupa, Ya Allah. Ampuni aku.......

“Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. (Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Dia juga menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

(Ar-Ruum: 36-37)

Walaupun menyesal dengan apa yang telah berlaku, aku tahu masa itu tidak mungkin akan berpatah balik. Moga kesalahan yang sama tidak aku ulang lagi… dan moga Dia terus membimbing dan mengingatkan aku agar ku tidak tergelincir daripada landasan-Nya.

Ameen... (-_-)

2 comments:

  1. Ya muqallibalqulub sabbit qulubana 'ala dinik wa 'ala tha'atik (Ya Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami di atas agamaMu dan ketaatan padaMu). InsyaAllah, semoga kita sentiasa berada pada jalan yang lurus.

    ReplyDelete
  2. Ameen... moga bimbingan dan petunjuk-Nya sentiasa mengiringi setiap langkah kita, insyaAllah..

    ReplyDelete

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....