Popular Posts

Saturday, May 14, 2011

Sakit



Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan oleh-Nya untuk bernafas dan menumpang di bumi ini. Semalam, tangan kanan terasa begitu sakit sehinggakan tidak mampu untuk memegang gayung di bilik air. Walaupun ketika sedang dalam keadaan rehat dan tidak melakukan apa-apa, sakitnya terus menyerang pada setiap masa. Saya tidak tahu apakah puncanya sehinggakan saya terfikir, mungkin saya ada melakukan dosa besar dengan tangan kanan semalam. Sakitnya sungguh perit. Semua kerja terpaksa dilakukan dengan menggunakan tangan kiri.

“Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

(6: 17)

Dalam sakit yang amat sangat, macam-macam perkara bermain dalam fikiran. Hati kecil berkata, “Ya Allah, jika sakit sebegini pun aku tidak tahan, bagaimana agaknya dengan sakit yang dialami di neraka. Sudahlah keadaannya panas, kena seksa pula. A’uzubillahiminzalik. Ya Allah, ampunkan dosaku…”

Sebagai manusia yang tidak sempurna, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Namun, kesalahan tersebut haruslah disusuli dengan keinsafan dan taubat kepada-Nya. Terdapat tiga syarat taubat:

  1. Menghentikan maksiat
  2. Menyesali perbuatan
  3. Berazam tidak akan mengulangi dosa tersebut selama-lamanya

Sekiranya maksiat yang dilakukan berkaitan dengan manusia, satu lagi syarat akan ditambah – menunaikan hak manusia tersebut. Sebagai contoh, jika mengambil barang orang lain, barang tersebut hendaklah dipulangkan semula dan memohon maaf kepada orang tersebut.

“… Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh, Dia Maha Pengampun, maha Penyayang.”

~ Moga sakit itu menjadi kafarat bagi dosa-dosaku sebelum ini. Ameen.. ~

No comments:

Post a Comment

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....