Popular Posts

Friday, May 27, 2011

Dalam Hati

Sesungguhnya dalam hati ada koyakan yang tidak boleh dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah.

Dalam hati ada kesepian yang tidak dapat diubat kecuali dengan menyendiri bersama Allah.

Dalam hati ada kesedihan yang tidak mampu dihapus kecuali dengan mengenal Allah.

Dalam hati ada kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan melainkan dengan berhimpun kerana Allah.

Dalam hati ada api yang tidak mampu dipadamkan melainkan dengan redha dengan perintah, larangan dan keputusan-Nya diiringi dengan kesabaran menunggu saat bertemu dengan-Nya.

(Ibnul Qayyim, Al-Daa’ wad Dawa’)

Monday, May 23, 2011

Sepatah Dua Kata


Assalamualaikum w.b.t…
InsyaAllah, kurang lebih 2 minggu lagi bakal menunaikan umrah. Buat sahabat-sahabat, maafkan saya jika pernah mengguriskan hati kalian sama ada disengajakan ataupun tidak. Saya bukanlah seorang sahabat yang sempurna. Mohon doa daripada kalian agar semuanya berjalan lancar. Bismillah... 

Saturday, May 14, 2011

Sakit



Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan oleh-Nya untuk bernafas dan menumpang di bumi ini. Semalam, tangan kanan terasa begitu sakit sehinggakan tidak mampu untuk memegang gayung di bilik air. Walaupun ketika sedang dalam keadaan rehat dan tidak melakukan apa-apa, sakitnya terus menyerang pada setiap masa. Saya tidak tahu apakah puncanya sehinggakan saya terfikir, mungkin saya ada melakukan dosa besar dengan tangan kanan semalam. Sakitnya sungguh perit. Semua kerja terpaksa dilakukan dengan menggunakan tangan kiri.

“Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

(6: 17)

Dalam sakit yang amat sangat, macam-macam perkara bermain dalam fikiran. Hati kecil berkata, “Ya Allah, jika sakit sebegini pun aku tidak tahan, bagaimana agaknya dengan sakit yang dialami di neraka. Sudahlah keadaannya panas, kena seksa pula. A’uzubillahiminzalik. Ya Allah, ampunkan dosaku…”

Sebagai manusia yang tidak sempurna, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Namun, kesalahan tersebut haruslah disusuli dengan keinsafan dan taubat kepada-Nya. Terdapat tiga syarat taubat:

  1. Menghentikan maksiat
  2. Menyesali perbuatan
  3. Berazam tidak akan mengulangi dosa tersebut selama-lamanya

Sekiranya maksiat yang dilakukan berkaitan dengan manusia, satu lagi syarat akan ditambah – menunaikan hak manusia tersebut. Sebagai contoh, jika mengambil barang orang lain, barang tersebut hendaklah dipulangkan semula dan memohon maaf kepada orang tersebut.

“… Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh, Dia Maha Pengampun, maha Penyayang.”

~ Moga sakit itu menjadi kafarat bagi dosa-dosaku sebelum ini. Ameen.. ~

Wednesday, May 4, 2011

Tolong Ingatkan Aku

Sudah menjadi lumrah manusia, sudah terhantuk baru terngadah. Apabila berlaku sesuatu perkara yang tak diingini, baru tersedar akan kesilapan yang telah dilakukan. Astaghfirullah… Aku terlupa, Ya Allah. Ampuni aku.......

“Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. (Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Dia juga menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

(Ar-Ruum: 36-37)

Walaupun menyesal dengan apa yang telah berlaku, aku tahu masa itu tidak mungkin akan berpatah balik. Moga kesalahan yang sama tidak aku ulang lagi… dan moga Dia terus membimbing dan mengingatkan aku agar ku tidak tergelincir daripada landasan-Nya.

Ameen... (-_-)

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....