Raihanim. Nama tersebut pernah kucetuskan suatu ketika dulu. Gabungan nama antara Raihan dan Hanim. Disebabkan kami berdua selalu menjadi penganjur majlis untuk ‘batch’ kami, maka kami bersepakat untuk meletakkan satu nama yang melambangkan kami berdua. Nama tersebut terus kekal hingga kini.
Kami dikatakan seperti kembar, selalu bersama ke mana-mana. Bagi yang kurang mengenali kami berdua, nama kami pasti akan ditukar. Raihan dipanggil Hanim, dan Hanim dipanggil Raihan. Kami pernah bercita-cita untuk bersama-sama menjejakkan kaki ke USM. Namun, mungkin rezeki aku bukan di sana. Aku menarik diri pada saat akhir menghantar borang permohonan. Sebenarnya, aku sedih kerana terpaksa membuat keputusan yang bakal memisahkan kami setelah lebih enam tahun bersama. Pada hari terakhir sebelum berpisah, Hanim sempat menghadiahkanku sebuah buku nota, yang pada mulanya aku sangkakan ianya sebuah buku yang biasa.
Aku terus membuka halaman seterusnya...
Tercatat di dalam buku tersebut nama Raihanim... dan gambar kenangan ketika kami bersama..
Aku yang pada mulanya berlagak 'cool', akhirnya tak dapat menahan empangan air mata..
Sedih... Akhirnya kami terpisah.
Our laugh limitless.. Our memories countless.. Our friendship endless...
All the pics and friendship quotes make me touched.
Hanim, thanks for everything.
It takes time to have a best friend.
UhibbukiFILLAH.
Tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggalah dia mengasihi saudaranya, seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri (Riwayat Bukhari dan Muslim).
|
No comments:
Post a Comment