Popular Posts

Sunday, April 25, 2010

Cuti


Keadaan rumah yang masih belum siap...

Hari ni genaplah dua minggu saya berada di rumah. Alhamdulillah, Allah telah memberikan kesempatan kepada saya untuk bercuti panjang kali ini. Walaupun pada mulanya agak sukar untuk saya menerima kenyataan yang saya akan menghabiskan cuti yang lama di rumah, akhirnya saya akur. Saya percaya ada hikmah di sebalik setiap perkara yang berlaku ke atas diri saya. Mungkin cuti kali ini juga merupakan satu-satunya peluang keemasan untuk saya berbakti kepada kedua ibu bapa saya. Bukan senang untuk mendapat peluang sebegini semenjak saya belajar di Kuantan. Inilah masanya.

Cuti ini juga merupakan kesempatan untuk saya membantu mak dan ayah di rumah, memandangkan keadaan rumah kami yang masih dalam proses pembaikan. Rutin harian saya di rumah: memasak, mengemas, membeli barang keperluan dapur, menjadi pemandu mak dan adik, dan juga menjadi pembuat air (untuk pakcik yang buat rumah).. hehe.. Usaha saya untuk mencari pekerjaan sementara masih belum kesampaian buat masa ini. Jadi, saya membuat keputusan untuk menjadi pembantu suri rumah aje :-).

Harap-harapnya cuti yang panjang ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya (sekadar untuk menasihati diri yang sering leka). Sesekali saya cuba juga memaksa diri untuk membaca bacaan tambahan lain di rumah, kerana saya akui diri ini sangatlah susah untuk dipaksa tetapi saya gagahkan jua untuk keluar daripada ‘zon selesa’ saya. Bukannya senang untuk bermujahadah… Seringkali saya mengingatkan diri ini dengan satu pepatah Arab yang bermaksud: “Statiknya air akan membunuhnya, statiknya pemuda (dengan banyaknya masa lapang) akan membunuh dirinya.” Moga masa cuti saya ini bermanfaat bukan untuk diri saya sendiri, bahkan untuk keluarga saya dan orang di sekeliling saya, insyaAllah..

No comments:

Post a Comment

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....