Popular Posts

Friday, October 28, 2011

Pilihan di Tangan Anda


Setiap orang punya pilihan di dalam hidup.

Mahu berjaya atau gagal.
Mahu menerima atau menolak.
Mahu bergembira atau bersedih.
Mahu melupakan atau memaafkan.
Mahu membuka peluang atau menutup jalan.
Mahu bersifat terbuka atau berminda sempit.
Mahu berfikiran positif atau berfikiran negatif.
Mahu menempah bahagia atau terus menderita.

Allah telah mengurniakan akal buat manusia, agar manusia mampu memikirkan akibat daripada sesuatu tindakannya.

Dan Allah telah bersumpah dengan makhluk ciptaan-Nya bahawa:

“Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya, serta mengilhamkan jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan membawanya kepada bertakwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih  - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)."

(Asy-Syams: 7-10)

Anda boleh memilih kerana anda mampu melakukannya.



Dan anda adalah apa yang anda fikirkan.

Maka, berfikirlah sebelum bertindak.

Pilihan di tangan anda...



Anda mampu mengubahnya!





Wednesday, October 26, 2011

Segaris cahaya


Aku tersesat dalam kegelapan
Bingung dalam kealpaan
Dalam gelap kulihat segaris cahaya
Hati tenang dan percaya
Itulah cahaya yang kuperlu
Kucuba mencari arah untuk dituju
Namun di pertengahan perjalananku
Bunga cantik menawan hatiku
Aku terleka dan tersasar dari laluan asalku
Keindahan duniawi melalaikanku
Aku terlupa dengan cahaya yang kucari
Aku leka mencari kepuasan diri
Akhirnya cahaya tadi semakin malap
Dan aku akhirnya kembali bergelap…

Nikmat mana yang hendak aku dustakan???

AstaghfirULLAH…

“Dan bumi pula dijadikan-Nya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhluk-Nya yang lain. Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang. Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat bunga-bungaan yang harum. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? “

(Ar-Rahman: 10-13)

Nota:
Buat insan yang telah membawa cahaya padaku, maafkan diriku kerana telah mensia-siakan cahaya yang datang untuk menyuluhi diri ini… kesibukan dunia sering menjadi alasan untuk kealpaan kepada akhirat. Dan kini kusedar bahawa aku sangat memerlukan cahaya itu… (T_T)

Saturday, October 1, 2011

Entah


Assalamualaikum…

Alhamdulillah, hampir sebulan saya menjalani kehidupan baru di Gombak – sebagai pelajar PG. Dalam tempoh itu, pelbagai cabaran dan cubaan yang datang menguji yang hampir membuatkan saya mahu lari dari bumi Gombak ini. Saya tahu, saya harus menanggung risiko untuk tindakan tergesa-gesa yang terpaksa saya ambil dalam waktu yang singkat.

Sebenarnya, dalam hati saya masih ada ragu. Namun, jika ragu itu dibiarkan pasti akan menjadi bertambah haru. Saya tahu, saya perlu mulakan langkah baru.

Ini bukan zon selesa untuk saya. Saya kian nampak akan duri-duri yang merentang di sepanjang laluan saya. Saya tidak punya pilihan, melainkan cuba menggagahkan diri untuk merempuh dan memijak duri-duri tersebut. Jika mahu mengurangkan kesakitan di sepanjang perjalanan, saya harus melangkah dengan lebih pantas dan selaju mungkin. Saya tidak boleh teragak-agak lagi ketika melangkah jika tidak mahu memijak duri dengan lebih lama.

Saya perlu mula untuk percayakan diri sendiri dan melangkah dengan yakin. Jika tidak, saya mungkin akan hanyut dibawa arus deras di sini……

Mode:: perasaan saya sekarang seperti Astro - macam-macam ada! Huhu…

Monday, September 12, 2011

aku ada Dia


Menyelusuri lorong suram
masih tidak ketahuan di mana penghujungnya
tertanya-tanya arah yang perlu ditujui
adakah cahaya menanti di depan sana?

Masih tiada jawapan pasti...

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim
cuba melangkah setenang mungkin
walau tidak kupasti akan pengakhirannya
tetapi, satu keyakinanku

aku ada Dia yang sentiasa menemani... (-_-)

Monday, August 8, 2011

Pada Ramadan Ini…

Ramadan ini akan pergi

Namun yang pergi hanya giliran purnama

Bukan rasa dan maknanya

Semoga semuanya masih… di jiwa

Yang sentiasa merindui

Barakah dan maghfirahnya


(Apakah roh Ramadan ini akan terus

menerangi… bulan-bulan seterusnya?)


Nanti Syawal bertamu jua

Bersama wajah seindah fitrah

Tasbih, tahmid dan takbir pun diucapkan

Meraikan satu kemenangan

Di satu peperangan…

di dalam diri


(Apakah kita berjaya?

atau sekadar menumpang gembira…

di pinggiran kebesaran-Nya?)


Ramadan dan Syawal akan pergi

Silih berganti masa

Dan kita bagaimana?

Masih di pelabuhan alpa?

Masih di dermaga dosa?

Dan bahtera kita terus kelelahan

...dihempas ombak keresahan


(Akan tiba saatnya

Ketika Ramadan dan Syawal datang jua

Tapi kita telah tiada…

Untuk menyambutnya!)


Ya ALLAH… bagaimana Ramadanku kali ini?

Monday, June 20, 2011

Catatan Kembara: Mekah-Madinah

Alhamdulillah, selamat tiba di Malaysia selepas 8 hari berada di tempat orang. Jam dah pun menginjak ke angka 2.05 pagi, tapi mata masih belum mahu lelap. Barangkali, belum lagi dapat menyesuaikan diri dengan waktu di sini. Saya balik ke Malaysia dengan pelbagai perasaan. Sebak meninggalkan bumi suci Mekah dan sedih meninggalkan bumi Madinah. Saya terpesona dengan keindahan seni bina masjid di sana. Saya tertarik dengan budaya orang Arab di Mekah.


Pemandangan luar Masjidil Haram.


Pemandangan Ka'abah dari tingkat atas Masjidil Haram.

Di dalam Masjidil Haram.

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4
Pada hari Khamis dan Jumaat, suasana di Masjidil Haram tersangat sesak dan padat kerana hari tersebut merupakan cuti umum di sana. Saya lihat penduduk di sana gemar menghabiskan masa mereka dengan bersantai di dalam masjid. Ada yang berbaring, ada yang berzikir, ada yang membaca al-Quran dan sebagainya.

Orang Arab di Mekah dan Madinah juga gemar membawa anak-anak mereka ke masjid. Setiap kali waktu solat tiba, suara tangisan anak-anak pasti akan kedengaran. Selagi solat belum selesai, selagi itulah pekikan dan tangisan anak-anak akan berterusan. Pihak pengurusan masjid di sana juga tidak melarang untuk membawa masuk anak-anak kecil ke dalam masjid. Saya lihat anak-anak kecil yang baru berumur beberapa bulan pun sudah dibawa dan dididik untuk ke masjid.

Payung sedang mengembang di luar Masjid Nabawi.

Tak banyak gambar yang dapat dirakamkan di Masjid Nabawi kerana pihak pengurusan masjid tidak membenarkan muslimat untuk membawa masuk kamera atau handphone berkamera ke dalam masjid.

Bukit Safa yang telah dipagari dengan cermin.


Sai'e.


Sebenarnya ada banyak lagi gambar dan peristiwa yang ingin dikongsikan, tetapi masa tidak mengizinkan saya. Cukuplah setakat ini dahulu. Wassalam.

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....