Assalamualaikum…
Alhamdulillah, hampir sebulan saya menjalani kehidupan baru
di Gombak – sebagai pelajar PG. Dalam tempoh itu, pelbagai cabaran dan cubaan yang
datang menguji yang hampir membuatkan saya mahu lari dari bumi Gombak ini. Saya
tahu, saya harus menanggung risiko untuk tindakan tergesa-gesa yang terpaksa
saya ambil dalam waktu yang singkat.
Sebenarnya, dalam hati saya masih ada ragu. Namun, jika ragu
itu dibiarkan pasti akan menjadi bertambah haru. Saya tahu, saya perlu mulakan langkah
baru.
Ini bukan zon selesa untuk saya. Saya kian nampak akan duri-duri
yang merentang di sepanjang laluan saya. Saya tidak punya pilihan, melainkan
cuba menggagahkan diri untuk merempuh dan memijak duri-duri tersebut. Jika mahu
mengurangkan kesakitan di sepanjang perjalanan, saya harus melangkah dengan
lebih pantas dan selaju mungkin. Saya tidak boleh teragak-agak lagi ketika
melangkah jika tidak mahu memijak duri dengan lebih lama.
Saya perlu mula untuk percayakan diri sendiri dan melangkah
dengan yakin. Jika tidak, saya mungkin akan hanyut dibawa arus deras di sini……
Mode:: perasaan saya sekarang seperti Astro - macam-macam ada!
Huhu…
No comments:
Post a Comment