Manusia umpama robot. Robot umpama manusia.
Eh?
Setiap hari kita lakukan rutin yang sama. Hampir
setiap hari – bangun pagi, gosok gigi, mandi, buat kerja, rehat, tidur.
Robot – on (bangun daripada tidur), buat
kerja, off (tidur). Erk, sama je kan dengan manusia. Cuma bezanya robot tak
gosok gigi dan mandi macam manusia =p
Eh, cop! Tapi ada satu rahsia yang buatkan
manusia ni SPECIAL daripada robot.
Pssst, nak tahu tak apa rahsianya?
Manusia kena beribadah pada Allah. Hari-hari
kita solat, zikir, belajar (niat ibadah), dan sebagainya.
Haaa, itulah rahsianya! Manusia ada akal
dan tujuan utama manusia diciptakan adalah untuk beribadah kepada Allah.
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.”
(Al-Dzariyat:
56)
Errr, jadi orang yang tak solat, tak puasa
tu hidup macam robotlah ya? Setiap hari buat benda yang sama sampai ke akhir
hayat… Hurm, make sense.
Na’uzubillahiminzalik…
Ehem, jadi…. Kalau tak nak jadi macam robot
rajin-rajinkanlah memaknakan kehidupan anda di dunia ni dengan beribadah kepada
Allah. Setiap pekerjaan yang kita lakukan jika diniatkan kerana Allah, insya
Allah akan beroleh ganjaran dari-Nya…
P/s: Hidup biar bermanfaat, walaupun
manfaat itu kelihatannya sedikit. Jangan hiraukan pandangan manusia, tetapi
hiraukan pandangan Allah kerana hanya Dia yang akan menolong kita di sana
nanti.
“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana
sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin.”
(Al-Dzariyat:
55)
No comments:
Post a Comment