Bismillah…
Alhamdulillah, dengan izin-Nya saya masih
bernafas dan dapat meneruskan perjalanan hidup untuk hari ini.
Segala puji bagi Allah – Penguasa dan
Pemilik segala yang ada di langit dan di bumi.
Semester ni sangat mencabar bagi saya. Segala
masalah dan cabaran datang serentak, daripada sekecil-kecil perkara hingga ke
sebesar-besar perkara. Semuanya menuntut kesabaran dan keteguhan hati… dan
waktu diuji sebegini saya benar-benar dapat merasakan keagungan dan kebesaran
Allah. Sungguh, sampai ke suatu tahap saya percaya tiada orang lain lagi yang
mampu menolong saya untuk mencari jalan keluar melainkan Dia. Saya berdoa dan
berharap keajaiban akan datang dari Dia, kerana saya percaya Dia-lah pemilik
alam semesta dan Dia-lah pemilik hati-hati manusia. Hanya Dia yang mampu
mengubah hati manusia untuk berbuat ‘sesuatu’ membantu saya.
Ketika ini, saya masih dalam proses untuk
memohon kelulusan bagi pengumpulan data. Proses ini sudah bertangguh
berminggu-minggu lamanya dek kerana konflik pada tajuk yang saya kaji dan juga
prosedur proses kajian. Saya hanya mampu merancang, tapi Dia ialah sebaik-baik
perancang. Dan saya percaya perancangannya lebih baik daripada saya. Apa yang
saya mampu lakukan sekarang hanyalah buat sehabis daya dan sehabis baik. Just do
the best, leave the rest to HIM. Saya perlu percaya, setelah saya buat yang
terbaik, apa yang bakal terjadi selepas ini adalah yang terbaik ditentukan oleh
Allah buat saya.. kerana suatu hari nanti, Allah tidak akan bertanya pada saya
apa keputusan yang saya dapat, tetapi apa yang saya telah lakukan sebagai usaha
saya sendiri.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah
keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri...”
(ar-Ra’d:
11)
Sabar-Senyum-Doa
Walaupun senyum dah lain macam kadang2.. erk ;)
P/s: Rasa muka tebal berinci-inci
dek kerana terlalu banyak memaksa diri berjumpa dengan ramai orang ‘besar’
untuk mintak tolong dan bertanya itu ini… Ya Allah, Kau permudahkanlah… Ameen..