Popular Posts

Tuesday, February 12, 2013

Mukmin Kuat & Mukmin Lemah

Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Seorang Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada seorang Mukmin yang lemah, meskipun setiap daripada mereka mempunyai nilai baik. Lakukanlah sesuatu yang bermanfaat bagimu; mohonlah pertolongan kepada Allah (dalam berbuat ketaatan); dan janganlah bersikap lemah. Jika tertimpa suatu musibah, janganlah engkau mengatakan: 'Seandainya aku berbuat begini dan begini, pasti akan begini dan begini', akan tetapi katakanlah: 'Apa yang telah Allah tetapkan dan kehendaki pasti terjadi.' Sesungguhnya perkataan: 'Seandainya' itu akan membuka ruang bagi syaitan untuk ambil peranan."
(HR Muslim no. 2664)

  
P/s: Semester akhir, insya Allah. Berdebar meniti hari-hari seterusnya... Apakah hati ini masih teguh dan kuat? Hanya pada-Nya aku berharap...... Ya Allah, Kau permudahkanlah! Ameen...

No comments:

Post a Comment

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....