Popular Posts

Wednesday, December 21, 2011

Muhasabah Diri


Bismillahirrahmanirrahim…

Malam tadi usai solat Maghrib, saya menghadiri halaqah gabungan. Kali pertama join halaqah gabungan di sini. Alhamdulillah, syukur kerana diberi peluang sebegitu. Sekadar berkongsi dan bermuhasabah untuk diri sendiri. Ada beberapa situasi yang telah dipaparkan kepada kami. Antaranya,

Rasa malas nak bangun tahajud, malas nak pergi usrah… Letih, mengantuk… Banyak kerja lagi kena buat.. Kalau bangun tahajud kena tidur awal …

Kadang-kadang pakai stoking, kadang-kadang tak pakai… Sekali-sekala tak apa kalau tak pakai stoking pun, walaupun depan bukan mahram…

Saya boleh bercakap dan bergaul dengan lelaki.. Saya tak nak dikatakan sombong.. Kawan je, bukannya ada apa-apa pun.. Saya boleh je bergurau lebih-lebih dengan mereka. Tak malu pun..

Sejak akhir-akhir ni selalu solat lambat, susah nak baca Qur’an… Leka dengan Facebook, assignment.. Malasnya rasa…

Tengok orang couple best je… Teringin, rasa macam nak couple jugak.. Takpe, boleh buat couple cara Islam.. Islamic couple..

…………………………………………………………………………

Kami kemudian ditanya, ‘Apakah penyebab bagi situasi-situasi tersebut?’
Setiap situasi telah diberi jawapan yang berbeza. Tapi, sebenarnya ada satu sahaja jawapan utama untuk semua masalah yang diutarakan.


Jawapannya ialah iman. Ya, iman.


Setiap perbuatan, sikap, perlakuan ataupun tabiat seseorang dapat menterjemahkan imannya. Sama ada tinggi, rendah, naik, turun, ataupun sedang-sedang.

Iman tak perlu diungkap melalui kata-kata, kerana kita tidak boleh merancang iman kita.

Iman akan jelas terlahir daripada peribadi seseorang individu. Kalau iman seseorang kuat, tak perlu disuruh, tak perlu dipaksa, secara automatik dia akan mudah untuk melakukan kebaikan dan ketaatan, serta menjauhkan kemungkaran. Tapi, jika imannya lemah, dia akan terasa amat berat dan susah setiap kali ingin melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Iman cerminan peribadi. 

P/s:

Ketukan itu membuatku  tersedar dari mimpi yang fana.
Ku kini kembali ke alam nyata.
Bolehkah masa lalu diputar kembali?
Ku ingin sucikan hati ini.
Tuhan, layakkah aku Kau ampuni?
Aku ingin suci tika kembali mengadap-Mu Ilahi.

Saya terjaga lagi. Kembali mengingati dosa yang telah dilakukan sebelumnya. Oh, sangat mudah diri ini terlena. Dan alhamdulillah, saya kembali dikejutkan malam tadi. 
Astaghfirullah...(-_-)

No comments:

Post a Comment

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....