Setiap orang punya pilihan di
dalam hidup.
Mahu
berjaya atau gagal.
Mahu
menerima atau menolak.
Mahu bergembira atau bersedih.
Mahu bergembira atau bersedih.
Mahu
melupakan atau memaafkan.
Mahu
membuka peluang atau menutup jalan.
Mahu bersifat terbuka atau berminda sempit.
Mahu
berfikiran positif atau berfikiran negatif.
Mahu
menempah bahagia atau terus menderita.
Allah
telah mengurniakan akal buat manusia, agar manusia mampu memikirkan akibat
daripada sesuatu tindakannya.
Dan
Allah telah bersumpah dengan makhluk ciptaan-Nya bahawa:
“Demi
diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya, serta mengilhamkan jalan yang
membawanya kepada kejahatan, dan membawanya kepada bertakwa. Sesungguhnya berjayalah
orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal
kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia
bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)."
(Asy-Syams: 7-10)
Anda boleh memilih kerana anda mampu melakukannya.
Dan anda adalah apa yang anda fikirkan.
Maka,
berfikirlah sebelum bertindak.
Pilihan
di tangan anda...
Anda
mampu mengubahnya!