Dah lama tak menulis di sini. Sebenarnya ada banyak perkara yang nak diceritakan, tapi bait-bait perkataan tak mampu untuk menuliskan segala macam perasaan yang ada. Susah betul untuk menterjemahkan perasaan kepada ayat. Speechless, wordless and I ended up writing nothing…
Baru seminggu menjalani latihan praktikal di sekolah, tetapi rasa macam dah sebulan (penatnya). Mungkin ini baru permulaan. Banyak lagi cabaran yang menanti di depan sana. Cikgu-cikgu sekolah pun sedang menghitung-hitung nama cikgu praktikal untuk dimasukkan ke dalam program-program sekolah dan sudah tentu nama kami tidak akan terlepas sementelah kami sahaja cikgu bujang yang tiada tanggungjawab untuk menguruskan rumah tangga.
Minggu pertama di sekolah, saya diberi amanah untuk mengajar kelas tingkatan 1. Ada dua kelas tingkatan 1 yang saya pegang. Bagi saya, kelas tingkatan 1 memang mudah dikawal tetapi cikgu perlukan lebih suara untuk menjerit di dalam kelas. Disebabkan mereka ini masih berada di peringkat awal sekolah menengah, mereka agak manja dan sangat suka melakukan hal-hal yang memaksa cikgu untuk campur tangan. Kata kunci di sini ialah SABAR. Kalau saya tidak cukup bekalan sabar untuk hari itu, pelajar-pelajar saya pasti akan mendengar bebelan saya pula sebagai imbalan. Hehe… Jadi, bawalah bekalan sabar secukupnya sebelum masuk ke dalam kelas.
Sebagai guru praktikal, kadangkala ada juga kesalahan-kesalahan yang tak disengajakan berlaku di dalam kelas. Itu memang perkara biasa. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, manusia mana yang tak pernah buat salah. Jadi, kata kunci kedua ialah YAKIN. Setelah menyedari diri melakukan kesalahan, pandai-pandailah membetulkannya. Tidak salah jika mengakui kesalahan itu, dan yang paling penting jangan teragak-agak untuk terus membetulkan kesalahan ataupun memberi jawapan yang meyakinkan pelajar (budak-budak sekolah ni memang sangat suka mengusik cikgu praktikal).
Cukuplah sekadar itu. Sebenarnya, saya perlu belajar banyak lagi skill dan psychology approach untuk mengawal pelajar di dalam kelas. I need motivation. Kita biasa mendengar tentang pelajar yang tak mahu ke sekolah, tapi pernah tak kita dengar tentang cikgu yang tak mahu ke sekolah? Ya, sayalah cikgu itu. Okay, just kidding.. I believe that time will heal everything and I hope I can contribute something from this three months training. Got to go! Take care…