Popular Posts

Monday, July 29, 2019

Lone Ranger Kembali

Assalamualaikum.

Lepas ni, blog ni mungkin akan jadi informal sebab banyak nak cerita kat sini. Kembali menjadi lone ranger semula, maka di sinilah tempat meluah rasa.

Sejak pindah ke negeri asal, dah tak ramai best friend yang dekat untuk ajak mengopi atau mengeteh, walaupun rakan sekerja tu ada. Rasa malas nak bina hubungan dengan orang baru - malas layan feeling2 friendship forever what so ever. Cukuplah kawan2 baik yang sedia ada. Kalau yang baru nak kenal & boleh tahan dengan aku, silakan :)

Okay, let me update about myself. Sekarang ni jadual aku macam biasa sibuk memanjang. Cuma bezanya dulu sibuk dengan persatuan, sekarang masih sibuk dengan persatuan tapi lebih sibuk dengan kerja yang tak menentu (ayat pun putar belit).

Setiap hari Isnin-Jumaat siang, aku mengajar di sekolah. Malam hari Isnin-Khamis uruskan pusat tuisyen. Hari Jumaat malam dan Sabtu pagi aku mengajar tuisyen personal (2 minggu sekali). Sabtu Ahad siang sambung lagi uruskan pusat tuisyen. Jadinya, aku ada komitmen kerja di tiga tempat berbeza setiap minggu. Haa, itu tak termasuk lagi usrah mingguan sendiri & usrah mingguan yang aku bawak. Tak termasuk lagi program persatuan. Penat? Allah je tahu penatnya macam mana. Tapi hidup perlu diteruskan, kan?

Moga Allah permudahkan urusan kita semua dan murahkan rezeki kita. Ameen..

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....