Assalamualaikum wbt…
Alhamdulillah, pejam celik rupa-rupanya
sudah 2 tahun saya berada di bumi Gombak demi menyambung pengajian di peringkat
sarjana. Sungguh cepat masa berlalu. Dan sekarang, saya sedang menghabiskan
hari-hari terakhir di sini. InsyaAllah, besok saya akan meninggalkan UIA
Gombak. Sedih… Walaupun hanya 2 tahun di sini, pengalaman yang saya lalui tidak
terhitung nilainya. Saya banyak belajar tentang manusia dan kehidupan di UIA yang berbeza.
UIA Gombak dan UIA Kuantan – kedua-duanya
kelihatan sama, tetapi mereka sebenarnya amat berbeza. Saya bersyukur kerana diberikan
kesempatan oleh Allah untuk mengenali kedua-duanya – tempat, suasana, budaya
dan orang-orangnya.
InsyaAllah, saya akan berkonvokesyen pada
16 November 2013. Alhamdulillah sempat juga berkonvo tahun ini selepas beberapa
baldi air mata tumpah untuk menyiapkan project paper. Hehe..
Ehem.. Terasa nak buat ucapan penghargaan
pulak kat sini :p
Pertama sekali, terima kasih Allah untuk
anugerah kehidupan dan nikmat tak pernah putus yang tak ternilai harganya.
Terima kasih buat mak ayah terchenta yang
sedia menjadi penyumbang dan pendengar setia di kala susah dan senang.
Terima kasih buat adik2, Najihah dan
Nabilah serta family tersayang untuk sokongan padu kalian.
Terima kasih buat para pensyarah dan teman2
yang tak jemu mendorong dan melayan kerenah saya - Dr Mohyani, Dr Joharry, Dr
Sharifah, Prof Rosnani.. Azniza Azrai, Aimi Shazwani, Norhalina, Nur Hanim,
Azlin Azmy dan Zulmaryan.
Tidak dilupakan, terima kasih buat adik2
usrah yang sentiasa bersama di kala susah dan senang.
Akhir sekali, terima kasih untuk semua yang
membantu saya secara langsung mahupun tak langsung.
Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
P/s: “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah
yang kamu dustakan?”
Aimi, thanks for this cute cake! =)