Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah
r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah berfirman
yang bermaksud:
“Sesiapa yang
memusuhi wali-Ku, maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Tidaklah hamba-Ku
mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan amalan yang lebih Aku sukai daripada
dengan mengerjakan ibadah yang telah Aku fardhukan atasnya. Hamba-Ku yang
sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadah sunah, nescaya Aku
mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang
dengannya dia mendengar, menjadi penglihatannya yang dengannya dia melihat,
menjadi tangannya yang dengannya dia berbuat, dan menjadi kakinya yang
dengannya dia berjalan. Jika dia meminta kepada-Ku, nescaya Aku akan
memberinya; dan jika dia memohon perlindungan kepada-Ku, nescaya Aku melindunginya.”
(Riwayat
al-Bukhari no. 6137)