Popular Posts

Friday, March 30, 2012

Menguap


Setiap orang pernah menguap. Dari segi saintifik, seseorang itu menguap kerana tubuhnya yang kekurangan oksigen. Jadi, mulut dengan sendirinya akan terbuka luas untuk mendapatkan tambahan oksigen. Wallahu’alam.

Tapi, tahu tak sebenarnya menguap sangat dibenci dalam Islam. Syaitan amat menyukai orang yang menguap terutamanya bila menguap dengan ‘sound effect’ sekali. Hua… Memang syaitan suka sangat kalau ada yang menguap macam tu.

Ada tiga sebab kenapa syaitan suka orang yang menguap:
  1. Menguap menunjukkan kemalasan seseorang.
  2. Syaitan memasuki badan seseorang ketika menguap.
  3. Syaitan mentertawakan sesiapa yang menguap dan memperlekehkan keburukan wajah orang yang sedang menguap.


Jadi, takkan tak boleh menguap kot? Mana nak tahu kita menguap bila, pukul berapa? Mana boleh ‘control’ kan.. Antara cara untuk elakkan menguap:
  1. Bila nampak orang lain tengah menguap, cepat-cepat tarik nafas dalam-dalam (menguap ni mudah berjangkit).
  2. Jangan makan berlebihan.
  3. Duduk dengan postur yang betul, untuk melancarkan peredaran udara di dalam badan.

Macam mana pula kalau nak menguap juga? Ok, menguap pun ada adab-adabnya.
Kalau boleh, bila rasa nak menguap cuba tutup mulut rapat-rapat. Kalau tak tahan jugak, boleh tutup mulut dengan belakang tangan kiri dan ucapkanlah astagfirullah selepas menguap.

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. 
(Hadith Riwayat Bukhari) 

Monday, March 19, 2012

Dunia


Assalamualaikum…
Dah lama tak meng’update’ blog ni. Labah-labah pun dah mula bersarang agaknya.
Kesibukan yang melanda menuntut saya untuk mengabaikan sesetengah hal demi menunaikan hak ke atas yang lain. Haish, mujur belum berkeluarga sendiri waktu tengah belajar ni. Sekarang pun dah mula lelah menguruskan hal sendiri. Dunia… Dunia…

 “Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui…
(Al-‘Ankabut: 64)




 P/s: Kejarlah akhirat, nescaya dunia akan turut sama mengejarmu.

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....