Popular Posts

Monday, June 20, 2011

Catatan Kembara: Mekah-Madinah

Alhamdulillah, selamat tiba di Malaysia selepas 8 hari berada di tempat orang. Jam dah pun menginjak ke angka 2.05 pagi, tapi mata masih belum mahu lelap. Barangkali, belum lagi dapat menyesuaikan diri dengan waktu di sini. Saya balik ke Malaysia dengan pelbagai perasaan. Sebak meninggalkan bumi suci Mekah dan sedih meninggalkan bumi Madinah. Saya terpesona dengan keindahan seni bina masjid di sana. Saya tertarik dengan budaya orang Arab di Mekah.


Pemandangan luar Masjidil Haram.


Pemandangan Ka'abah dari tingkat atas Masjidil Haram.

Di dalam Masjidil Haram.

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4
Pada hari Khamis dan Jumaat, suasana di Masjidil Haram tersangat sesak dan padat kerana hari tersebut merupakan cuti umum di sana. Saya lihat penduduk di sana gemar menghabiskan masa mereka dengan bersantai di dalam masjid. Ada yang berbaring, ada yang berzikir, ada yang membaca al-Quran dan sebagainya.

Orang Arab di Mekah dan Madinah juga gemar membawa anak-anak mereka ke masjid. Setiap kali waktu solat tiba, suara tangisan anak-anak pasti akan kedengaran. Selagi solat belum selesai, selagi itulah pekikan dan tangisan anak-anak akan berterusan. Pihak pengurusan masjid di sana juga tidak melarang untuk membawa masuk anak-anak kecil ke dalam masjid. Saya lihat anak-anak kecil yang baru berumur beberapa bulan pun sudah dibawa dan dididik untuk ke masjid.

Payung sedang mengembang di luar Masjid Nabawi.

Tak banyak gambar yang dapat dirakamkan di Masjid Nabawi kerana pihak pengurusan masjid tidak membenarkan muslimat untuk membawa masuk kamera atau handphone berkamera ke dalam masjid.

Bukit Safa yang telah dipagari dengan cermin.


Sai'e.


Sebenarnya ada banyak lagi gambar dan peristiwa yang ingin dikongsikan, tetapi masa tidak mengizinkan saya. Cukuplah setakat ini dahulu. Wassalam.

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....