Assalamualaikum.
Lepas ni, blog ni mungkin akan jadi informal sebab banyak nak cerita kat sini. Kembali menjadi lone ranger semula, maka di sinilah tempat meluah rasa.
Sejak pindah ke negeri asal, dah tak ramai best friend yang dekat untuk ajak mengopi atau mengeteh, walaupun rakan sekerja tu ada. Rasa malas nak bina hubungan dengan orang baru - malas layan feeling2 friendship forever what so ever. Cukuplah kawan2 baik yang sedia ada. Kalau yang baru nak kenal & boleh tahan dengan aku, silakan :)
Okay, let me update about myself. Sekarang ni jadual aku macam biasa sibuk memanjang. Cuma bezanya dulu sibuk dengan persatuan, sekarang masih sibuk dengan persatuan tapi lebih sibuk dengan kerja yang tak menentu (ayat pun putar belit).
Setiap hari Isnin-Jumaat siang, aku mengajar di sekolah. Malam hari Isnin-Khamis uruskan pusat tuisyen. Hari Jumaat malam dan Sabtu pagi aku mengajar tuisyen personal (2 minggu sekali). Sabtu Ahad siang sambung lagi uruskan pusat tuisyen. Jadinya, aku ada komitmen kerja di tiga tempat berbeza setiap minggu. Haa, itu tak termasuk lagi usrah mingguan sendiri & usrah mingguan yang aku bawak. Tak termasuk lagi program persatuan. Penat? Allah je tahu penatnya macam mana. Tapi hidup perlu diteruskan, kan?
Moga Allah permudahkan urusan kita semua dan murahkan rezeki kita. Ameen..
You are the author of your own book of deeds.. Make sure it's worth a read on the day of judgement.
Popular Posts
-
In our life, we often use fractions to represent parts of a whole. Do you realize that? Okay, let’s look at examples of fractions that we us...
-
The Qur’an is Allah’s word which was revealed to His Last Prophet Muhammad (peace be upon him) to be conveyed and communicated to all humank...
-
The story of Hayy Ibn Yaqzan takes place on an island uninhabited by human beings. There Hayy is found alone as an infant. Philos...
Monday, July 29, 2019
Sunday, January 6, 2019
Muhasabah Diri
Apabila orang sekeliling berdepan dengan masalah, mudah sekali aku memberi nasihat. Apabila diri sendiri yang berdepan masalah sendiri, nasihat-nasihat aku untuk orang sekeliling seakan terngiang-ngiang, menari-nari di telinga.
"Kalau kita nak Allah mudah maafkan kita, kita kena belajar untuk mudah memaafkan orang lain..."
"Sabar.. Allah suka orang-orang yang sabar.."
"Kita kena belajar untuk husnu zhon.. bersangka baik. Fikir positif.."
"Selemah-lemah ukhuwah itu ialah berlapang dada.."
"La taghdhob. Jangan marah. Marah tu dari syaitan. Kalau rasa nak marah, cepat-cepat ambil wudhuk.."
"Sesekali, kita pun kena muhasabah diri. Tak ada manusia yang sempurna. Manusia berbeza tapi saling memerlukan.."
"Jodoh, rezeki, ajal tu rahsia Allah. Kita pun tak tahu apa yang terbaik untuk kita, tapi apa yang terjadi tu yang terbaik Allah takdirkan untuk kita.."
"Jangan pernah putus asa. Selagi kita bernafas, itu bererti Allah berikan satu lagi peluang baru untuk kita. Teruskan usaha untuk jadi lebih baik.."
Aah! Kadang kita tahu tapi entah kenapa kita buat, kita lebih sentap kalau orang lain yang menasihati kita. Padahal, semua nasihat tu dah biasa sangat.
Itulah manusia. Makhluk yang selalu lupa. Lupa bersyukur, lupa berterima kasih pada Sang Pencipta.
Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah..
P/s: Hidup bukan sekadar teori di buku, tapi praktikal agar ilmu itu diamal dan dikerjakan.

Friday, December 28, 2018
Sabar & Syukur
Ujian ialah lumrah kehidupan di dunia. Tanpa ujian maka tiadalah kehidupan. Ujian itu tandanya kita masih hidup di muka bumi ini.
Cuba kita lihat pada mesin hayat, apa yang terpapar pada skrin? Bagaimana kita tahu sama ada seseorang itu hidup atau mati daripada mesin hayat? Ya, garisan turun naik berselang-seli itu tandanya seseorang masih hidup sementara garisan mendatar bermaksud bahawa seseorang itu telah mati. Itulah ibaratnya kehidupan - ada naik turun dan pasang surutnya, suka duka bersilih-ganti. Manakala garisan mendatar itu menunjukkan bahawa telah tamat turun naik ujian seseorang, telah tamat masanya untuk mengumpul pahala/ bekalan semasa di dunia.
Kenapa saya katakan bahawa mati itu petanda telah tamat tempoh untuk mengumpul bekalan? Kerana selagi kita hidup ujian pasti akan bersilih ganti. Ujian itulah ladang untuk kita mengumpul bekalan pahala melalui respon kita terhadap ujian tersebut. Apabila mendapat nikmat bersyukur, apabila mendapat musibah bersabar. Lalu bagaimana pula jika menerima ujian dengan memaki hamun? Maka sakit dan perit ujian itu sia-sia, malahan bisa menambah dosa yang ada.
"Tidak ada seorang muslim pun yang ditimpa musibah, kesedihan, atau kelelahan, kecuali dengan itu Allah akan menghapus dosa-dosanya." (HR Ahmad)
Nah, nikmat dan musibah kedua-duanya baik bagi seorang mukmin! Kerana walaupun kadang kita merasa sakit atau benci akan sesuatu yang terjadi, sebenarnya itulah hal yang terbaik untuk kita. Buruk pada pandangan kita tapi baik pada pandangan Allah, kerana apa-apa yang berlaku pada kita itulah hal terbaik yang Allah tetapkan untuk kita. Allah mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui. :)
Harta, keluarga, pangkat, ilmu, rupa paras semuanya ujian dari Allah untuk kita pada kurang atau lebihnya sesuatu. Kita semua sedang diuji. Dan Allah juga berjanji bahawa seseorang itu tidak akan diuji melainkan sesuai dengan kemampuannya menghadapi. Allah tahu kemampuan kita, justeru mengapa kita ragu untuk menghadapinya?
Jika merasa bahagia, bersyukurlah kepada Pemberi nikmat. Jangan terlalu memuja nikmat sehingga terlupa kepada Pemberi nikmat. Jika merasa susah, bersabar dan berdoa meminta pada Yang Punya Segala. Lihatlah kepada yang lebih susah supaya kita tahu bersyukur.
Jika kita merungut tentang kasut yang koyak tidak berganti, lihatlah kepada orang yang tak punya kaki. Jika kita marah kepada pasangan yang menyakitkan hati, lihatlah kepada orang yang hingga masih belum punya pasangan hingga kini. Jika kita tidak senang dengan ahli keluarga yang pelbagai ragam dan gaya, lihatlah kepada si yatim piatu yang kematian seluruh ahli keluarganya. Jika kita mengeluh tentang rumah yang kecil, lihatlah kepada orang yang tidur di kaki lima tidak berkatil.
Belajarlah untuk bersabar. Belajarlah untuk bersyukur. Kerana sabar dan syukur itu pasti tidak sia-sia di sisi Allah. :')

Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib dalam urusan orang Mukmin. Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang Mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya." (Riwayat Muslim)
Nah, nikmat dan musibah kedua-duanya baik bagi seorang mukmin! Kerana walaupun kadang kita merasa sakit atau benci akan sesuatu yang terjadi, sebenarnya itulah hal yang terbaik untuk kita. Buruk pada pandangan kita tapi baik pada pandangan Allah, kerana apa-apa yang berlaku pada kita itulah hal terbaik yang Allah tetapkan untuk kita. Allah mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui. :)
Harta, keluarga, pangkat, ilmu, rupa paras semuanya ujian dari Allah untuk kita pada kurang atau lebihnya sesuatu. Kita semua sedang diuji. Dan Allah juga berjanji bahawa seseorang itu tidak akan diuji melainkan sesuai dengan kemampuannya menghadapi. Allah tahu kemampuan kita, justeru mengapa kita ragu untuk menghadapinya?
Jika merasa bahagia, bersyukurlah kepada Pemberi nikmat. Jangan terlalu memuja nikmat sehingga terlupa kepada Pemberi nikmat. Jika merasa susah, bersabar dan berdoa meminta pada Yang Punya Segala. Lihatlah kepada yang lebih susah supaya kita tahu bersyukur.
Jika kita merungut tentang kasut yang koyak tidak berganti, lihatlah kepada orang yang tak punya kaki. Jika kita marah kepada pasangan yang menyakitkan hati, lihatlah kepada orang yang hingga masih belum punya pasangan hingga kini. Jika kita tidak senang dengan ahli keluarga yang pelbagai ragam dan gaya, lihatlah kepada si yatim piatu yang kematian seluruh ahli keluarganya. Jika kita mengeluh tentang rumah yang kecil, lihatlah kepada orang yang tidur di kaki lima tidak berkatil.
Belajarlah untuk bersabar. Belajarlah untuk bersyukur. Kerana sabar dan syukur itu pasti tidak sia-sia di sisi Allah. :')
Thursday, December 27, 2018
Jendela Rumah Kita
Diri kita ibarat sebuah rumah. Mata pula diibaratkan seperti jendela. Apa yang masuk melalui jendela akan mempengaruhi keadaan di dalam rumah kita. Begitu juga dengan diri kita; apa yang kita biasa lihat akan terbias pada perilaku kita.
Biasakan diri dengan perkara yang baik supaya kita terbiasa dengan perbuatan baik. Jadilah seperti mata lebah; terbang untuk mencari madu dan membantu proses pendebungaan. Jangan jadi seperti mata lalat; terbang untuk mencari kotoran dan menyebarkan penyakit - na'uzubillah.
P/s: Jaga jendela rumah kita baik-baik tau :)

Tuesday, September 18, 2018
Think Positive
Assalamualaikum.
It has been a while since I updated my last post before. Just sharing my update after a while.
I am on my way to go back to KL. I rushed back to my hometown due to my dad's health condition. Alhamdulillah, now he is getting better but my younger sister seems to get infected by the same virus. Please pray for all my family members to have recovery and stay healthy ok!
Lately, a lot of incidents happened to me. As usual, I am a person who hate to procrastinate my work and always try to find solutions immediately whenever I face a problem. But for this time I feel a little bit down and frustrated as I couldn't manage to handle them when there are too much to be solved at the same time. So, what I do is to keep them in myself and slow down my activities. I even couldn't ask help from anybody at this moment because I believe that no one can help me except Allah. Quranic verses are the best soothe and remedy for any situations and circumstances;
"Allah will not burden His servant more than the servant can bear with.." (2: 286)
"A person cannot claim that he is pious until Allah tested Him.." (29: 2)
"Ask help from Allah with patience and supplication.." (2: 45)
P/s: If you have a big problem, tell your big problem that you have Allah, The Great. If you feel that you are unlucky, try to look at someone that has less than you. Then you will learn to be grateful. Stay positive everyone and take care!
It has been a while since I updated my last post before. Just sharing my update after a while.
I am on my way to go back to KL. I rushed back to my hometown due to my dad's health condition. Alhamdulillah, now he is getting better but my younger sister seems to get infected by the same virus. Please pray for all my family members to have recovery and stay healthy ok!
Lately, a lot of incidents happened to me. As usual, I am a person who hate to procrastinate my work and always try to find solutions immediately whenever I face a problem. But for this time I feel a little bit down and frustrated as I couldn't manage to handle them when there are too much to be solved at the same time. So, what I do is to keep them in myself and slow down my activities. I even couldn't ask help from anybody at this moment because I believe that no one can help me except Allah. Quranic verses are the best soothe and remedy for any situations and circumstances;
"Allah will not burden His servant more than the servant can bear with.." (2: 286)
"A person cannot claim that he is pious until Allah tested Him.." (29: 2)
"Ask help from Allah with patience and supplication.." (2: 45)
Throwback: a day before my dad's discharge from the hospital.
Wednesday, August 16, 2017
Teaching Children about Classification
Classification is one of the important skills in Early Mathematics. Classification means to sort or group the objects by some common characteristics. For example:
- to classify the animals in groups (number of legs, giving birth/ laying eggs, etc.).
- to classify the fruits according to colours.
- to classify the clothes according to sizes (big, medium, small).
This is one of teaching materials made by my students as an assignment. From the teaching material, students will learn to recognize colours and shapes as well as to classify the objects accordingly.
Classification according to shapes.
Classification according to colours.
In the early age, children learn about classification to differentiate between big numbers and small numbers. At their level, they need to recognize about big and small numbers for doing subtraction process. They only can subtract a small number from a big number as young children still do not learn about negative number.
It is crucial for children to learn about classification as they need it while learning mathematical concepts in schools. For example, they will learn about positive and negative numbers, natural numbers, rational numbers and so on while doing mathematical operations.
Sunday, August 13, 2017
Hiking at Bukit Besi, Denai Alam, Cheras
It was my first time going to Denai Alam. We gathered and parked our cars in front of OCBC Cheras. Then, we just need to cross the road to reach Bukit Besi. It took about 1 and half hour (including waiting time for some of the team members) to finish our hiking. I love to see the beautiful view from the top. Bukit Besi is the easiest one for me so far. As we finished hiking at Bukit Besi, we rushed to Bukit Dinding, Wangsa Maju for our second hiking. Alhamdulillah, we succeeded in hiking two hills yesterday!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Matematik dan Al-Quran
Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life ....