Popular Posts

Showing posts with label Bicara Tintaku. Show all posts
Showing posts with label Bicara Tintaku. Show all posts

Tuesday, October 21, 2014

Dunia Sebentar Cuma



Sungguh pada hari ini Aku memberi balasan kepada mereka, kerana kesabaran mereka; sungguh mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan.

Dia (Allah) berfirman, “Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?”

Mereka menjawab, “Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada mereka yang menghitung.”

Dia (Allah) berfirman, Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar saja, jika kamu benar-benar mengetahui.”

Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
(Al-Mu’minun: 111-115)

P/s: Susah, sakit, pedih, sedih, derita… semua itu hanyalah sementara kerana dunia ini sebentar cuma. Allahu… Dialah yang Maha Mengetahui segala isi hati. T_T

Saturday, January 25, 2014

Awas! Jaga Lisan & Perbuatan.



Assalamualaikum w.b.t…

Alhamdulillah, akhirnya berpeluang juga untuk menulis hari ni.. Pelbagai perkara yang berlaku baru-baru ni dan saya kadangkala tak dapat mengawal emosi sendiri untuk berdepan dengan situasi yang menguji.
Hmmm, disebabkan perasaan dan hati yang selalu terguris dan sakit ni saya nak menyentuh mengenai topik lisan dan perbuatan seorang muslim.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan dalam sebuah hadis yang bermaksud,

“Seorang muslim adalah seseorang yang orang muslim lainnya selamat dari gangguan lisan dan tangannya.” (H. R. Bukhari dan Muslim)
Lisan dan tangan di sini bukan hanya bermaksud perkataan yang diucapkan oleh seseorang, tapi juga tulisan hasil tangannya sendiri. Kadangkala mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang – terus tembus dan menusuk ke hati. Jadi, beringatlah sebelum menulis. Jangan sampai tulisan kita (blog, sms dan sebagainya) bisa membuatkan air mata orang lain mengalir dan memberi tekanan perasaan pada orang lain.

Jangan lupa, apa yang kita lakukan setiap saat dihitung oleh malaikat dan malaikat tak pernah sesekali lalai dalam menjalankan tugasnya.

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya, (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk disebelah kanan dan yang lain duduk disebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (Qaf : 16-18)

Diam itu emas. Kalau tidak ada kepentingan untuk bercakap, lebih baik diam. Diam lebih selamat.
Sesungguhnya seorang hamba yang mengucapkan suatu perkataan yang tidak difikirkan apa kesan-kesannya akan membuatnya terjerumus ke dalam neraka yang dalamnya lebih jauh dari jarak timur dengan barat.” (H. R. Bukhari dan Muslim)

“Orang yang berakal selayaknya lebih banyak diam daripada bicara. Hal itu kerana betapa banyak orang yang menyesal kerana bicara, dan sedikit yang menyesal kerana diam. Orang yang paling celaka dan paling besar mendapat bahagian musibah adalah orang yang lisannya senantiasa berbicara, sedangkan fikirannya tidak mahu jalan”.. Lisan seorang yang berakal berada di bawah kendali hatinya. Ketika dia hendak berbicara, maka dia akan bertanya terlebih dahulu kepada hatinya. Apabila perkataan tersebut bermanfaat bagi dirinya, maka dia akan bebicara, tetapi apabila tidak bermanfaat, maka dia akan diam. Adapun orang yang bodoh, hatinya berada di bawah kendali lisannya. Dia akan berbicara apa saja yang ingin diucapkan oleh lisannya. Seseorang yang tidak mampu menjaga lidahnya bererti tidak faham terhadap agamanya” (Imam Abu Hatim Ibnu Hibban Al-Busti)

“Seseorang yang baik perkataannya dapat aku lihat dari amal-amal perbuatannya, dan orang yang buruk perkataannya pun dapat aku lihat dari amal-amal perbuatannya.” (Yahya bin Abi Katsir)
Cukuplah seseorang dikatakan buruk jika sampai menghina saudaranya sesama muslim. Seorang muslim wajib menjaga darah, harta dan kehormatan orang muslim lainnya.” (H. R. Muslim) 
Wallahu’alam…

Friday, November 8, 2013

Jangan Jadi Robot



Manusia umpama robot. Robot umpama manusia. Eh?





Setiap hari kita lakukan rutin yang sama. Hampir setiap hari – bangun pagi, gosok gigi, mandi, buat kerja, rehat, tidur.

Robot – on (bangun daripada tidur), buat kerja, off (tidur). Erk, sama je kan dengan manusia. Cuma bezanya robot tak gosok gigi dan mandi macam manusia =p

Eh, cop! Tapi ada satu rahsia yang buatkan manusia ni SPECIAL daripada robot.

Pssst, nak tahu tak apa rahsianya?

Manusia kena beribadah pada Allah. Hari-hari kita solat, zikir, belajar (niat ibadah), dan sebagainya.
Haaa, itulah rahsianya! Manusia ada akal dan tujuan utama manusia diciptakan adalah untuk beribadah kepada Allah.

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.”
(Al-Dzariyat: 56)

Errr, jadi orang yang tak solat, tak puasa tu hidup macam robotlah ya? Setiap hari buat benda yang sama sampai ke akhir hayat… Hurm, make sense. 

Na’uzubillahiminzalik…


Ehem, jadi…. Kalau tak nak jadi macam robot rajin-rajinkanlah memaknakan kehidupan anda di dunia ni dengan beribadah kepada Allah. Setiap pekerjaan yang kita lakukan jika diniatkan kerana Allah, insya Allah akan beroleh ganjaran dari-Nya…

P/s: Hidup biar bermanfaat, walaupun manfaat itu kelihatannya sedikit. Jangan hiraukan pandangan manusia, tetapi hiraukan pandangan Allah kerana hanya Dia yang akan menolong kita di sana nanti.

“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin.”
(Al-Dzariyat: 55)



Tuesday, October 22, 2013

Ibu Tua Itu



Ibu tua itu masih setia menanti
Menunggu kehadiran si anak kesayangan yang terlalu dirindui
Sesekali dia menjenguk ke luar jendela
Dia tampak resah bagai ibu kucing kehilangan anaknya

Jika ditanyakan sesuatu bagi memulakan bicara
Ibu tua itu lantas menjawab acuh tak acuh
Tidak senang orang lain mengganggu dunianya
Biarlah dia memikirkan tentang si anak sendiri

Dan aku masih di sini
Tidak tahu apa yang harus kuperbuat
Aku galau memerhatikan si ibu tua
Ingin menolong tapi tiada mampu

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan
Untuk menghadapi ragam persekitaran
Yang kadangkala meragut damaiku
Kerana aku juga seorang anak.




Thursday, January 24, 2013

Rindu Rasul

Salam Maulidur Rasul...
Sangat merindui baginda Rasulullah.. Akhlaknya, peribadinya, sifatnya dan kemuliaannya amat menyentuh hati sesiapa saja yang mengenali baginda. Baginda ialah contoh terbaik manusia dan akhlak baginda ialah al-Quran. Sebagai pelengkap utusan Allah yang terakhir, baginda menjadi ikon kepada umat manusia menerusi kehidupannya - seorang anak yang suci, remaja yang amanah dan dipercayai, suami dan bapa yang penyayang dan bertanggungjawab, seorang miskin yang bersyukur, seorang kaya yang dermawan, seorang pejuang yang berstrategi dan tidak mengenal erti putus asa, seorang hamba yang bersyukur, seorang pemimpin yang terlalu sempurna dan banyak lagi. Fasa kehidupan baginda merupakan contoh terbaik buat kita. Jom amalkan sunnah dan contohi akhlak baginda. Moga kita berpeluang menemui baginda kelak, insya Allah.


P/s: Antara rancangan tv yang digemari - makin banyak tengok, makin bertambah kecintaan dan kerinduan pada baginda Rasul.. Allahummasolli'alamuhammad!

Monday, December 24, 2012

Terima Kasih Allah



Assalamualaikum…

Dah lama tak bercerita di sini.. Sangat sibuk dengan program, esaimen, dan exam sampai makan tak basah mandi pun tak kenyang (memang pon kan : p)

Alhamdulillah, baru selesai jawab take home exam. There’ll be one more paper next year (eh, lama lagi tu) hehe, next year in January ok.. insyaAllah lepas dah habis semua subjek, sem depan saya akan mula dengan tesis @ D.R… belum tahu hujung pangkal lagi nak buat yang mana satu. 

Senang cite, nak buat yang paling cepat boleh habis.. saya perlu habis cepat. Saya nak kerja. Saya nak kumpulkan duit. Saya nak… blablabla… kalau boleh saya nak settlekan perkara yang buatkan saya risau apa akan jadi kalau saya mati tanpa sempat menyelesaikan semuanya.. moga Allah permudahkan urusan saya.. ameen… 

Terima kasih Allah untuk sebuah keluarga yang menjadi penyejuk mata..

Terima kasih Allah untuk sahabat-sahabat fillah..

Terima kasih Allah kerana masih setia mengingatkan saya..

Terima kasih Allah kerana selalu menemani saya..

Terima kasih Allah untuk semua pengalaman berharga dalam hidup ini..

Terima kasih Allah untuk semua ujian ini.. dan saya sentiasa berdoa agar setiap kesakitan dan kesedihan yang saya alami akan mengurangkan dosa-dosa saya sebelum ni.. kerana kalau boleh saya nak jumpa Allah dalam keadaan bebas dari dosa.. 

T_T

 "Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantungkanlah dirimu hanya kepada Allah." (Ibnul Qayyim)

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....