Popular Posts

Showing posts with label al-Qisah. Show all posts
Showing posts with label al-Qisah. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

Kisah Semut dan Nabi Sulaiman


Assalamualaikum.

Sobahul khoir! Hari ni nak kongsikan cerita tentang salah satu makhluk Allah yang rajin dengan Nabi Sulaiman a.s. Moga bermanfaat… =)

Suatu hari, Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar biji gandum.

Lalu, Nabi Sulaiman a.s memasukkan semut tersebut ke dalam suatu botol dengan diletakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup. 

Cukup tempoh setahun, Nabi Sulaiman pun membuka mulut botol itu semula. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut.
Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada semut, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar biji gandum?

Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol, rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Jadi, dia tidak perlu risau akan hakikat itu. Tetapi apabila dikurung oleh manusia, dia mengambil langkah berjaga-jaga kerana tidak yakin dengan keprihatinan dan jaminan manusia. 

SubhanAllah!

Betapa tinggi sifat tawakkal dan keyakinan semut pada Allah, sehingga ia tidak sedikit pun bergantung pada janji dan jaminan manusia. Inilah sifat tawakkal dan ikhtiar yang boleh dipelajari daripada semut. Yakni, jangan sekali-kali bergantung kepada sesama makhluk dalam soal rezeki. Bergantung sepenuhnya kepada Allah.

Senyum.


Thursday, December 23, 2010

Utamakan Yang Utama

Yang manakah lebih utama, pandangan manusia atau pandangan Allah? Mari kita ikuti kisah berkenaan dengan Luqman al-Hakim dan anaknya.




Pada suatu hari, Luqman al-Hakim dan anaknya pergi ke pasar di mana Luqman ingin memperlihatkan kepada puteranya perbandingan antara pandangan manusia dan pandangan Tuhan. Luqman dan anaknya membawa seekor keldai. Luqman naik ke atas keldai memandunya, sedangkan puteranya berjalan kaki mengiringi keldai tersebut. Sewaktu manusia melihat keadaan tersebut, maka mereka berkata,
"Inilah orang tua yang tidak kasihan kepada anaknya. Dia bersenangan di atas keldai, sedangkan anaknya berjalan kaki."

Maka Luqman menaikkan anaknya duduk di atas keldai bersama-sama dengannya. Luqman di depan anaknya di belakang. Tidak lama kemudian dilihat oleh manusia yang lain, mereka berkata,

"Wah! Dua orang di atas keldai. Kenapa tidak dinaiki tiga orang sekaligus? (Supaya keldai cepat mati)."

Luqman pun turun dari keldai dan anaknya sajalah yang berada di atas keldai itu. Tidak lama kemudian manusia yang lain berkata pula,

"Wah! Orang tua berjalan kaki dan puteranya memandu keldai."

Mendengar itu anaknya turun dari keldai berjalan kaki beserta orang tuanya. Dilihat lagi oleh manusia, mereka yang melihatnya berkata,

"Keldainya kosong tidak dikenderai, dan aneh! Kedua orang ini hanya berjalan kaki saja mengiringi keldai!"
Iktibar daripada kejadian tersebut, Luqman secara langsung telah mengajar anaknya bahawa demikianlah keadaannya apabila kita lebih mengutamakan makhluk dan terpengaruh dengan makhluk. Ia tidak dapat memberi faedah kepada kita.
Kisah teladan ini juga telah menunjukkan bahawa orang lain tidak akan pernah puas dengan apa yang kita lakukan. Sesungguhnya, hubungan yang paling menenangkan jiwa seorang hamba ialah hubungannya dengan Allah. Lakukan sesuatu kerana Allah, bukan kerana makhluk Allah. Utamakanlah pandangan Allah dalam setiap pekerjaanmu, nescaya Allah akan mengutamakanmu.
Sekadar peringatan buat diri sendiri. Wallahualam.

Thursday, December 16, 2010

Butterfly

A man found a cocoon of a butterfly. One day a small opening appeared. He sat and watched the butterfly for several hours as it struggled to force its body through that little hole. Then it seemed to stop making any progress. It appeared as if it had gotten as far as it could, and it could go no further.

So the man decided to help the butterfly. He took a pair of scissors and snipped off the remaining bit of the cocoon.

The butterfly then emerged easily. But it had a swollen body and small, shriveled wings.

The man continued to watch the butterfly because he expected that, at any moment, the wings would enlarge and expand to be able to support the body, which would contract in time.

Neither happened! In fact, the butterfly spent the rest of its life crawling around with a swollen body and shriveled wings. It never was able to fly.

What the man, in his kindness and haste, did not understand was that the restricting cocoon and the struggle required for the butterfly to get through the tiny opening were God's way of forcing fluid from the body of the butterfly into its wings so that it would be ready for flight once it achieved its freedom from the cocoon.

Sometimes struggles are exactly what we need in our lives. If God allowed us to go through our lives without any obstacles, it would cripple us.

We would not be as strong as what we could have been. We could never fly!

I asked for Strength.........
And God gave me Difficulties to make me strong.

I asked for Wisdom.........
And God gave me Problems to solve.

I asked for Prosperity.........
And God gave me Brain and Brawn to work.

I asked for Courage.........
And God gave me Danger to overcome.

I asked for Love.........
And God gave me Troubled people to help.

I asked for Favors.........
And God gave me Opportunities.

I received nothing I wanted ........
I received everything I needed!


Thursday, November 25, 2010

Kisah Monyet

Situasi 1:

Seekor monyet sedang berehat-rehat di atas sepohon kelapa. Angin bayu petang yang bertiup lembut melenakan si monyet dan akhirnya membuatkan si monyet terus hanyut dibuai mimpi. Si monyet terus leka dengan mimpinya sehinggakan tanpa disedari , dia terjatuh daripada pokok tersebut.

Situasi 2:

Si monyet sedang berehat dia atas sepohon pokok. Tiba-tiba angin taufan datang dengan kuat sekali. Si monyet yang terkejut dengan keadaan itu terus mencapai dahan pokok dan berpaut dengan sekuat hati. Setelah taufan mula reda, si monyet pun turut daripada pokok itu dengan selamat.

Pengajaran:

Si monyet yang merasa selesa dan leka dengan hembusan angin lembut itu akhirnya telah terjatuh daripada pokok, manakala taufan yang datang menyerang si monyet telah membuatkannya sentiasa berjaga-jaga dan berusaha keras agar keselamatannya terjamin. Begitu juga halnya dengan manusia. Apabila berada dalam 'comfort zone', manusia mudah lupa akan Tuhannya. Manusia mudah leka dengan kesenangan dan nikmat dunia. Namun, apabila diuji dan ditimpakan dengan kesusahan dan cubaan manusia akan kembali kepada Tuhannya. Kesusahan yang dilalui akan membuatkan manusia mengingati Penciptanya semula.

"Apabila Allah ingin memberi sesuatu kebaikan kepada hamba-Nya, Dia akan menimpakan hamba-Nya dengan cubaan."

( Al-Bukhari)

Ujian Allah itu tanda Allah sayangkan kita. Dia menguji hamba-Nya sebagai peringatan, agar hamba-Nya tidak terus leka dan hanyut dibuai arus dunia. Wallahu’alam.

Friday, November 12, 2010

Ibrah daripada Ikan

Assalamualaikum w.b.t,
Apa khabar iman? Moga-moga iman kita masih sihat, insyaAllah. Saya tertarik untuk berkongsi satu analogi yang saya temui dalam sebuah buku. Jom kita lihat!

“Ikan di laut tidak masin, walaupun air laut di sekelilingnya masin. Tapi apabila ikan yang sama dinaikkan ke laut, disiang dan dibersihkan, secubit garam pun sudah mampu untuk memasinkannya.”



Hmm, ada sesuatu yang tersirat di sebalik analogi tersebut.
Apa bezanya ikan di laut dan ikan di darat ya?

Ikan di laut masih hidup. Ikan di darat telah mati. Begitulah kita kalau hati kita hidup, kita tidak akan dipengaruhi. Tapi bila hati kita mati, kita mudah dipengaruhi…

Bagaimana hati boleh hidup? Bagaimana pula hati boleh mati?

Antara faktor matinya hati itu kerana 3 perkara:
  • Cintakan dunia.
  • Lalai daripada zikrullah.
  • Banyak makan dan mendekatkan diri dengan maksiat.
Manakala, hidupnya hati kerana 3 perkara:
  • Zuhud dengan dunia.
  • Zikrullah.
  • Bersahabat dengan orang-orang soleh.

Hati amat sukar untuk dijaga. Sifat hati itu sendiri – mudah dibolak-balik membuatkan kita kadangkala tidak sedar yang hati kita sedang sakit..

“Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia ada seketul daging, jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota. Ketahuilah bahawa daging itu ialah hati.” (HR Bukhari & Muslim).

Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa hati merupakan anggota yang paling penting dalam diri seseorang. Hatilah yang menentukan peribadi seseorang individu. Maka, hati ini mestilah dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak mudah dicemari oleh unsur-unsur negatif. Hal ini kerana setiap perbuatan yang dilakukan akan mempengaruhi kejernihan hati itu sendiri.




Perkara itu digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (HR Ibnu Majah).

Hitamnya hati merupakan petanda akan matinya hati. Nauzubillah... Bagaimana untuk menjaga hati? Di sinilah fungsi iman seseorang. Iman berperanan untuk menjaga hati. Karakter iman pula adalah selalu naik dan turun. Jadi, iman diibaratkan seperti pakaian. Iman perlu sentiasa diperbaharui.

Antara cara untuk memperbaharui/menguatkan iman:
  • Menuntut ilmu (+ pengetahuan, + iman).
  • Semak tadabbur al-Quran.
  • Zikir dan fikir.
  • Lakukan ibadah dengan pelbagai cara.
  • Mengingati mati.
  • Tidak berangan-angan kosong.
  • Bermunajat kepada Allah dan pasrah kepada-Nya.
  • Tawadhuk (rendah hati).
  • Muhasabah diri dan doa.

Pesan Imam Ghazali, “Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”

Ya Muqollibal Qulub, thabbit qulubana ‘ala dinik wa ‘ala to’atik…
(Wahai Pemilik Hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu dan ketaatan kepada-Mu )…

Nota: Sekadar perkongsian di samping peringatan buat diri sendiri.


Monday, September 27, 2010

The Japanese Fishermen




Here, I want to share the best part that I love most from the book: Life is an Open Secret – Think about It.

The Japanese have always loved fresh fish. But the waters close to Japan have not held many fish for decades. So, to feed the Japanese population, fishing boats became bigger and went farther than ever.

The farther the fishermen went, the longer it took to bring in the fish. There is a problem here. If the return trip took more than a few days, the fish would not be fresh. And the Japanese do not like the taste of a not-so-fresh fish!

To solve this problem, fishing companies decided to install freezers on their boats. Fishermen would catch the fish and freeze them at sea. Freezers allowed the boats to go farther and stayed longer. They thought this would solve the problem.

But they were wrong. The Japanese could actually taste the difference between fresh and frozen, and, of course, they did not like the taste of frozen fish.

This resulted in the frozen fish being sold at a lower price. So the fishing companies tried again.

This time, they installed fish tanks. The idea was this – they would catch the fish and stuff them in the tanks alive, fin-to-fin. After a little thrashing around, the fish would stop moving. They were tired and dull, but the good news is that they were still alive.

You wouldn’t believe this, but, to the dismay of the fishing companies, the Japanese could still taste the difference. Since the fish did not move for days, they had lost their fresh-fish taste. The Japanese preferred the taste of lively fresh fish, not sluggish fish. Interesting, right?

That is when they had their brilliant idea. Listen to this.

To keep the fish tasting fresh all the time, the Japanese fishing companies still put live fish into the tanks. But now they add a small shark to each tank! The shark eats a few fish, but most of the fish arrive in a very lively state, because they now have to swim actively to avoid being eaten by the shark. The fish are challenged. Subhan Allah. Wow…

Very interesting, don’t you think? The adversities that we face in our lives are actually our little sharks – sharks that we need to make sure we stay awake, alive, vibrant and active. These sharks make us more intelligent, persistent and competent in our lives.

But, if we begin to slack off in our duties, growing tired and dreary, what do you think will happen? Yup, you are right. We would be the one of the fish eaten by the shark! Yikes!

As I think about the little sharks in my life, I smile and thank Allah profusely for all the little sharks He has sent to keep me vibrant and alive.

This story is half of a chapter of the book. It really motivates me and makes me feel grateful for what I’m facing and having now. Maybe after this, I’ve to learn on how to greet all my little sharks that comes to me with a grinning smile and open arms.

“Do men imagine that they will be left (at ease) because they say, we believe, and will not be tested with affliction?”
(al-Ankabut: 2)

Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....