Popular Posts

Tuesday, October 22, 2013

Ibu Tua Itu



Ibu tua itu masih setia menanti
Menunggu kehadiran si anak kesayangan yang terlalu dirindui
Sesekali dia menjenguk ke luar jendela
Dia tampak resah bagai ibu kucing kehilangan anaknya

Jika ditanyakan sesuatu bagi memulakan bicara
Ibu tua itu lantas menjawab acuh tak acuh
Tidak senang orang lain mengganggu dunianya
Biarlah dia memikirkan tentang si anak sendiri

Dan aku masih di sini
Tidak tahu apa yang harus kuperbuat
Aku galau memerhatikan si ibu tua
Ingin menolong tapi tiada mampu

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan
Untuk menghadapi ragam persekitaran
Yang kadangkala meragut damaiku
Kerana aku juga seorang anak.




Sunday, October 6, 2013

Alhamdulillah, finally...!



Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah, pejam celik rupa-rupanya sudah 2 tahun saya berada di bumi Gombak demi menyambung pengajian di peringkat sarjana. Sungguh cepat masa berlalu. Dan sekarang, saya sedang menghabiskan hari-hari terakhir di sini. InsyaAllah, besok saya akan meninggalkan UIA Gombak. Sedih… Walaupun hanya 2 tahun di sini, pengalaman yang saya lalui tidak terhitung nilainya. Saya banyak belajar tentang manusia dan kehidupan di UIA yang berbeza.

UIA Gombak dan UIA Kuantan – kedua-duanya kelihatan sama, tetapi mereka sebenarnya amat berbeza. Saya bersyukur kerana diberikan kesempatan oleh Allah untuk mengenali kedua-duanya – tempat, suasana, budaya dan orang-orangnya. 

InsyaAllah, saya akan berkonvokesyen pada 16 November 2013. Alhamdulillah sempat juga berkonvo tahun ini selepas beberapa baldi air mata tumpah untuk menyiapkan project paper. Hehe..

Ehem.. Terasa nak buat ucapan penghargaan pulak kat sini :p

Pertama sekali, terima kasih Allah untuk anugerah kehidupan dan nikmat tak pernah putus yang tak ternilai harganya.

Terima kasih buat mak ayah terchenta yang sedia menjadi penyumbang dan pendengar setia di kala susah dan senang.

Terima kasih buat adik2, Najihah dan Nabilah serta family tersayang untuk sokongan padu kalian.
Terima kasih buat para pensyarah dan teman2 yang tak jemu mendorong dan melayan kerenah saya - Dr Mohyani, Dr Joharry, Dr Sharifah, Prof Rosnani.. Azniza Azrai, Aimi Shazwani, Norhalina, Nur Hanim, Azlin Azmy dan Zulmaryan. 

Tidak dilupakan, terima kasih buat adik2 usrah yang sentiasa bersama di kala susah dan senang.
Akhir sekali, terima kasih untuk semua yang membantu saya secara langsung mahupun tak langsung.

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

P/s: “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” 

Memory...

Aimi, thanks for this cute cake! =)

Sunday, August 18, 2013

Philosophy for Children (P4C)



P4C is a methodology that develops, enhances and enriches thinking and questioning skills. It is a discipline concerns with logical, critical and reflective thinking and the development of reasoning. It emphasis on process rather than the end result. P4C encourages children to think and share their opinions with others.

P4C encourages collaboration by thinking, discussing, and cooperative working to build communication and conversional skills. Besides, it enables caring as P4C is regards as an excellent thinking tool through healthy debate, social responsibility and moral citizenship. Moreover, it builds children’s confidence, self-awareness, motivation and emotional strength through reasoned and good judgement in everyday life.

There is a formal structure for P4C. Children have to sit in a semi-circle, horseshoe or circle. Then, the facilitator will decide on rules. There will be 2 minutes warm-up session to make the children focus. After that, stimulus will be presented. The children will be given thinking time, depending on their age. The more time given, the more idea will be generated. Finally is the discussion session. For this session, the children will talk and express their ideas or opinion about the topic given. Usually, the optimum time for each session is about ¾ of an hour to an hour.  


As a conclusion, P4C is good and beneficial for children nowadays as it promotes children to think in order to make even a simple decision in their life. If all children are trained with P4C from their early age, social problems and social illnesses which happen among teenagers might be lesser as they have been practiced to think deeply before making any decision in their life.

Monday, May 20, 2013

Tanda Cinta Allah kepada Hamba-Nya



Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Tidaklah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan amalan yang lebih Aku sukai daripada dengan mengerjakan ibadah yang telah Aku fardhukan atasnya. Hamba-Ku yang sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadah sunah, nescaya Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar, menjadi penglihatannya yang dengannya dia melihat, menjadi tangannya yang dengannya dia berbuat, dan menjadi kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika dia meminta kepada-Ku, nescaya Aku akan memberinya; dan jika dia memohon perlindungan kepada-Ku, nescaya Aku melindunginya.”
(Riwayat al-Bukhari no. 6137)

Sunday, April 28, 2013

Sabar-Senyum-Doa



Bismillah… 

Alhamdulillah, dengan izin-Nya saya masih bernafas dan dapat meneruskan perjalanan hidup untuk hari ini.

Segala puji bagi Allah – Penguasa dan Pemilik segala yang ada di langit dan di bumi.

Semester ni sangat mencabar bagi saya. Segala masalah dan cabaran datang serentak, daripada sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara. Semuanya menuntut kesabaran dan keteguhan hati… dan waktu diuji sebegini saya benar-benar dapat merasakan keagungan dan kebesaran Allah. Sungguh, sampai ke suatu tahap saya percaya tiada orang lain lagi yang mampu menolong saya untuk mencari jalan keluar melainkan Dia. Saya berdoa dan berharap keajaiban akan datang dari Dia, kerana saya percaya Dia-lah pemilik alam semesta dan Dia-lah pemilik hati-hati manusia. Hanya Dia yang mampu mengubah hati manusia untuk berbuat ‘sesuatu’ membantu saya.

Ketika ini, saya masih dalam proses untuk memohon kelulusan bagi pengumpulan data. Proses ini sudah bertangguh berminggu-minggu lamanya dek kerana konflik pada tajuk yang saya kaji dan juga prosedur proses kajian. Saya hanya mampu merancang, tapi Dia ialah sebaik-baik perancang. Dan saya percaya perancangannya lebih baik daripada saya. Apa yang saya mampu lakukan sekarang hanyalah buat sehabis daya dan sehabis baik. Just do the best, leave the rest to HIM. Saya perlu percaya, setelah saya buat yang terbaik, apa yang bakal terjadi selepas ini adalah yang terbaik ditentukan oleh Allah buat saya.. kerana suatu hari nanti, Allah tidak akan bertanya pada saya apa keputusan yang saya dapat, tetapi apa yang saya telah lakukan sebagai usaha saya sendiri. 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri...”
(ar-Ra’d: 11)

Sabar-Senyum-Doa
Walaupun senyum dah lain macam kadang2.. erk ;)
 
P/s: Rasa muka tebal berinci-inci dek kerana terlalu banyak memaksa diri berjumpa dengan ramai orang ‘besar’ untuk mintak tolong dan bertanya itu ini… Ya Allah, Kau permudahkanlah… Ameen..


Matematik dan Al-Quran

Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life  ....