You are the author of your own book of deeds.. Make sure it's worth a read on the day of judgement.
Popular Posts
-
In our life, we often use fractions to represent parts of a whole. Do you realize that? Okay, let’s look at examples of fractions that we us...
-
The Qur’an is Allah’s word which was revealed to His Last Prophet Muhammad (peace be upon him) to be conveyed and communicated to all humank...
-
The story of Hayy Ibn Yaqzan takes place on an island uninhabited by human beings. There Hayy is found alone as an infant. Philos...
Friday, February 25, 2011
When Things Go Wrong
Friday, February 18, 2011
Being a Teacher
Thursday, February 17, 2011
Langkah Tercipta - UNIC
Saturday, February 5, 2011
Speechless
Monday, January 17, 2011
Mencari Pak Mood
Besok dah nak balik Kuantan. Macam biasa, mood hilang. Dah penat mencari…
Searching for MOOD…
Downloading...
0%...
1%...
2%...
Progressing…
It will take some time…
…………………………………..
Fail to download MOOD…
Please try again…
(-_-)
Oh, tidak!
Dah 2 hari menuntut dan bertapa semata-mata untuk kenduri kahwin. Inilah hasil pertapaanku.
Baju pun baru 2% siap packing (macam tak packing ja). Aduhai.
Oh, ada lagi 1 kerja. Roommate ada hantar mesej (sms) hari tu. Katanya, “Raihan, bila nak balik Kuantan nanti jangan lupa buatkan kita kek masam manis ya”. Alamak, belum buat lagi! Bertapa punya pasal, kek pun tak sempat buat. Besok pagi la buat. Hmm..
Macam mana nak balik Kuantan ni.
Rasa tak bersedia pulak nak jadi cikgu. Huhu..
Bersedia atau tidak, kena jugak lalui. Suka atau tidak, kena jugak hadapi. Takkan nak lari tinggalkan planet bumi ni kot sebab tak bersedia. Haih.
Sudahlah Raihan. Berhenti mengeluh. Pergi buat kerja lagi baik.
Oh ya. Pesan Dr. Sheikh Muzaffar Shukor, selain daripada berfikiran positif ada tiga tips untuk berjaya:
- Meletakkan target yang tinggi.
- Berusaha bersungguh-sungguh.
- Berkawan dengan orang yang hanya berfikiran positif .
Baik.. Berusahalah!!!
Fighto-Oh!~
Sunday, January 9, 2011
Pergi Tak Kembali
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati."
(Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya).
Mati itu pasti. Kematian pasti akan datang menjemput tidak mengira usia, pangkat mahupun taraf kesihatan seseorang. Allah berfirman:
“Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”
(Al-Anbiya’: 35)
“Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak akan sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan.”
(Al-Waaqi’ah: 60)
Panjang atau pendek umur seseorang bukanlah ukuran. Namun, keberkatan usia itulah yang lebih utama. Tiga cara untuk mendapatkan usia yang berkat:
- Menjauhi perkara yang dilarang oleh Allah.
- Menjauhi perkara yang sia-sia atau lagho.
- Berlumba-lumba melakukan kebaikan.
Dunia hanyalah persinggahan sementara, jambatan menuju ke akhirat yang kekal abadi. Dunia ialah tempat untuk mencari dan mengumpulkan amalan sebagai bekalan untuk perjalanan jauh di ‘sana’ nanti. Umpama kereta yang diisi dengan petrol. Jika kita kehabisan petrol di dunia ini, kita mudah untuk mendapatkan bekalan petrol di stesen minyak yang berhampiran. Akan tetapi, jika kita kehabisan bekalan di 'sana' nanti sudah tentu kita tidak mampu lagi kembali ke dunia untuk mengisi bekalan yang kehabisan itu.
Usah bertangguh melakukan kebaikan, usah teragak-agak meninggalkan kemungkaran.
Rasulullah s.a.w bersabda: Sebaik-baik pekerjaan itu adalah pertengahan. Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan bekerjalah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari.
(Riwayat Ibnu Asakir).
Kita tidak tahu bilakah giliran kita untuk menghadap Yang Esa – mungkin tahun depan, mungkin besok, mungkin sebentar lagi. Jadi, pergunakanlah masa yang ada sebaik-baiknya. Jika maut datang menjemput, perginya kita tidak akan kembali lagi.
Sekadar peringatan buat diri sendiri... (-_-)
Wednesday, January 5, 2011
Teka-teki Imam Ghazali
Assalamualaikum w.b.t...
Semasa menyelongkar laptop, terjumpa teka-teki Imam Ghazali. Sekadar berkongsi :)
1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?
Pada suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya. Pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab "orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya". Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran: 185)
Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar.
Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?" Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar daripada yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf: 179).
Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam
Ghazali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH"(Al-Ahzab: 72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak daripada manusia masuk ke neraka karena tidak dapat memegang amanahnya.
Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan sholat. Gara-gara chatting kita meninggalkan solat.
Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini.
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA". Kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Matematik dan Al-Quran
Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang pecahan dan mengaitkannya dengan al-Quran dalam post Fractions in Daily Life ....

